View: 16693|Reply: 140
|
[Tempatan]
Cerita dari bazar. Usahawan kosmetik ESW habiskan RM5,000 borong semua juadah di
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 22-4-2021 10:24 PM
Usahawan kosmetik borang semua juadah di Bazar Ramadan
Wartawan MalaysiaGazette -
21 April 2021
Iddin Syah.
KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pengasas produk penjagaan kulit, Iddin Syah memborong semua juadah di kalangan peniaga-peniaga bazar Ramadan Seberang Jaya mencuri tumpuan dan tular di media sosial.
Menerusi satu perkongsian video di Instagram miliknya, Iddin Syah membeli semua juadah yang dijual di beberapa peniaga bazar Ramadan di situ dan meminta pemilik kedai sedekahkan juadah berkenaan kepada orang ramai.
“Saya tak pernah minta pun mendapat perhatian mana-mana pihak ketika mengadakan kunjungan sedekah di bazar Ramadan Seberang Jaya, baru-baru ini kerana niat saya ikhlas.
“Saya sekadar kongsikan video itu di Instagram personal saya sebagai content peribadi, sekali gus untuk memberi contoh yg baik kepada stokis dan ejen ESW,” tulisnya.
Iddin Syah menambah, dia bersyukur sekiranya pengikutnya di Instagram melihat ia satu inisiatif yang baik terhadap inisiatif yang dilakukannya itu.
Namun dia hanya berserah terhadap apa sahaja pendapat di kalangan segelintir netizen yang mengecam dan menganggap dirinya menunjuk-nunjuk kerana dia tahu itu bukanlah tujuan utamanya.
“Baiklah biarlah saya jelaskan disini kenapa saya membuat video ini… Setiap kali balik kerja melalui kawasan bazar Ramadan, saya sayu melihat peniaga-peniaga yang bertungkus-lumus mencari rezeki dalam keadaan hujan lebat.
“Memang banyak hari dah hujan berlaku waktu petang. Dalam hati ‘Ya Allah kesiannya depa ni, dahlah tahun lepas tak boleh berniaga sbb PKP 1.0 semua kena lockdown, tahun ni pula cuaca belah petang hujan lebat’.
“Macam manalah perasaan depa kalau juadah yang dijual tak habis sebab orang tak mai beli sebab hujan. Mesti depa rugi kan?” ujarnya pengasas produk ESW ini.
Iddin Syah memberitahu, menyedari keadaan itu, dia telah mengambil keputusan untuk membuat kejutan kepada peniaga-peniaga bazar.
“Kebetulan Allah SWT bagi rezeki dekat saya dan seluruh warga ESW kebelakangan ini, Subhanallah tak terkata hebatnya.
“Tapi video ini telah dikongsikan seseorang yang saya tidak kenali di Twitter lalu menjadi tular. Terima kasih naa spreadkan kebaikan…” ujarnya.
Pada masa sama, Iddin Syah berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebaikan untuk dirinya.
“Akhir kata, saya harap peniaga2 bazar ramadan yg berada di pelosok mana pun tak pernah putus semangat untuk terus mencari rezeki yg halal.
“Terima kasih kerana bersusah payah menyediakan hidangan buat kami semua yang tak sempat masak ekoran kesibukan kerja,” ujarnya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak nak komen... could be positive, could be negative |
|
|
|
|
|
|
|
produk timbang kilo ker camna tu?
#tanyajer |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ko bkn ebit pasti yg kecam terima la hakikat bit tu tohan agung sembahan nitezen tau |
|
|
|
|
|
|
|
Benda yg baik, apa salahnya disokong , ikhlas ke tidak itu semua urusan Allah dan dia |
|
|
|
|
|
|
|
harap diteruskan ke 'bulan' yg lain...dlm bab membantu(selain drp beli & sedekahkan) ni. |
|
|
|
|
|
|
|
I ketepikan niat, itu urusan dia dgn Allah SWT. Rezeki utk peniaga2 bazar. Memang dugaan utk peniaga2 bazaar musim sekarang ni. Tiap2 hari hujan lebat petang, pengunjung mesti kurang, juadah mesti banyak tak habis jual. I tak nak komen bab kualiti juadah. |
|
|
|
|
|
|
|
isu nya ialah apa motif dok tayang dok kt kereta buka pintu ada masuk rim tayar bmw? pernah ke ebit liew buat mcm tu?
lagi satu konsistensi. baru sekali buat kebaikan tp dok canang merata. get a life la.
|
|
|
|
|
|
|
|
batusembilan replied at 21-4-2021 04:55 PM
isu nya ialah apa motif dok tayang dok kt kereta buka pintu ada masuk rim tayar bmw? pernah ke ebi ...
Ebit pnh sopin p butik lv so apa beza wlpn bkn sesi sedekah .... O penyembah tohan ebit rupanya ...marah benor ko ni...ebit bole tk kn diorg ni tk bole pilih2 org pakai kepiah yg dok bersayu saya sayu 24 j ke ..ko ni jenis melyu pnh kena tipu ..choi.. |
|
|
|
|
|
|
|
byk YouTuber yg buat mcm ni sebelum ramadan
mereka cari peniaga tepi jalan yg susah sikit nak berniaga
borong semua jualan makanan
dlm masa sama mereka lancar tabung kalau ada netizen nak menyumbang utk misi seterusnya |
|
|
|
|
|
|
|
songhara1226 replied at 21-4-2021 04:37 PM
Benda yg baik, apa salahnya disokong , ikhlas ke tidak itu semua urusan Allah dan dia
Suka ayat uols. Terus husnuzon |
|
|
|
|
|
|
|
cehhh!!! depa tak habaq kat aku seberang jaya dah pindah pi dok kl
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku doa 1 hari nnt aku mampu buat mcm ni...
Tp bukan utk di show off......... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pe la.. Harap2 dia niat baik.. Semoga mendapat barakah.. Mls nk banding2 kan gan org lain.. Kadang2 aku jemuuuu.. Bidadari sana sini nangis2.. X kene gan jiwa mak long rock.. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|