CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1546|Reply: 7

[Sarawak] Covid19 21/04/2021

[Copy link]
Post time 21-4-2021 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini terdapat empat (4) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 145 orang.

I. Kes Kematian Ke-142.
Kes kematian ke-142 melibatkan kes ke-25,092 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 72 tahun telah mendapatkan rawatan di Hospital Kanowit kerana mengalami sesak nafas. Kes dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan selanjutnya. Ujian saringan COVID-19 dengan rT-PCR adalah positif pada 20 April 2021.

Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 19 April 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi.

II. Kes Kematian Ke-143.
Kes kematian ke-143 melibatkan kes ke-19,512 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 73 tahun yang telah mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sibu kerana mengalami sesak nafas. Kes bergejala batuk, demam, hilang deria bau dan rasa beberapa hari yang lepas. Ujian saringan COVID-19 dengan kaedah Rapit Test Kit Antigen dan rT-PCR adalah positif pada 9 April 2021. Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 19 April 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit paru-paru obstruktif kronik dan penyakit jantung.

III. Kes Kematian Ke-144.
Kes kematian ke-144 melibatkan kes ke-13,899 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 61 tahun yang telah menerima rawatan di Hospital Sibu kerana mempunyai kontak rapat kes positif COVID-19 dalam kalangan ahli keluarga. Kes dikategorikan sebagai pesakit berisiko tinggi dengan ko-morbid penyakit kencing manis, dislipidemia dan penyakit buah pinggang tahap akhir. Kes tidak bergejala COVID- 19 sebelum dimasukan ke hospital. Ujian saringan dengan rT- PCR adalah positif COVID-19 pada 19 Mac 2021. Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 20 April 2021.

IV. Kes Kematian Ke-145.
Kes kematian ke-145 melibatkan kes ke-16,330 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 82 tahun telah dimasukan ke Hospital Sibu kerana kes mempunyai kontak rapat kes positif COVID-19 dalam kalangan ahli keluarga dan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19 pada 30 Mac 2021. Kes tidak bergejala sebelum dimasukan ke hospital. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 20 April 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan gout dan memerlukan bantuan dalam aktiviti kehidupan harian. Kes ini melibatkan Kluster Tanjung Genting.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2021 06:01 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 06:02 PM | Show all posts
Hari ini terdapat 429 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak.


Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Meradong (82), Sibu (62), Bintulu (58), Kuching (54), Bukit Mabong (36), Miri (23), Kapit (21), Song (17), Mukah (11), Sarikei (11), Julau (7), Samarahan (6), Kanowit (5), Subis (5), Selangau (5), Limbang (5), Marudi (4), Matu (4), Pakan (4), Sri Aman (2), Pusa (1), Serian (1), Dalat (1), Saratok (1), Beluru (1), Belaga (1) dan Bau (1).

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 06:03 PM | Show all posts
Ades ...

Meradong ngan Sibu ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 06:04 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 06:08 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-4-2021 06:10 PM | Show all posts
Hari ini 429 kes positif COVID-19 dilaporkan di Sarawak
1. Daerah Meradong (82)
2. Daerah Sibu (62)
3. Daerah Bintulu (58)
4. Daerah Kuching (54)
5. Daerah Bukit Mabong (36)
6. Daerah Miri (23)
7. Daerah Kapit (21)
8. Daerah Song (17)
9. Daerah Mukah (11)
10. Daerah Sarikei (11)
11. Daerah Julau (7)
12. Daerah Samarahan (6)
13. Daerah Kanowit (5)
14. Daerah Subis (5)
15. Daerah Selangau (5)
16. Daerah Limbang (5)
17. Daerah Marudi (4)
18. Daerah Matu (4)
19. Daerah Pakan (4)
20. Daerah Sri Aman (2)
21. Daerah Pusa (1)
22. Daerah Serian (1)
23. Daerah Dalat (1)
24. Daerah Saratok (1)
25. Daerah Beluru (1)
26. Daerah Belaga (1)
27. Daerah Bau (1)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 06:11 PM | Show all posts
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan tiga (3) kluster baharu iaitu Kluster Sungai Lemayong, Meradong, Kluster Duranda Emas, Serian dan Kluster Taman Mesra Bako, Kuching.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.091947 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list