View: 5458|Reply: 39
|
[Tempatan]
Kantoi, pengawal keselamatan di Stadium Merdeka rupanya warga Filipina berketuru
[Copy link]
|
|
Edited by Punat_button at 22-4-2021 02:59 PM
Pengawal keselamatan Filipina kantoi miliki kad pengenalan palsu
Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]
Pengawal keselamatan Filipina yang ditahan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur oleh pegawai JPN kerana menggunakan kad pengenalan palsu. Foto Ihsan JPN
Kuala Lumpur: Lapan lelaki Filipina yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan menggunakan kad pengenalan palsu ditahan dalam Operasi Terancang di Stadium Merdeka di sini, semalam.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kuala Lumpur Eris Jemadi Tajudin berkata, operasi itu dijalankan bermula 6 petang hingga 8 malam hasil daripada risikan yang dilakukan oleh Unit Operasi dan Risikan JPN Kuala Lumpur sejak minggu lalu.
Menurutnya, seramai tujuh pegawai JPN Kuala Lumpur dengan bantuan empat pegawai Unit Khas, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya terbabit dalam operasi itu.
"Dalam operasi ini, kami berjaya menahan lapan pengawal keselamatan yang sedang bertugas di pondok pengawal di Stadium Merdeka yang disyaki menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri.
"Semua pengawal keselamatan yang ditahan itu mengaku berketurunan Yakan dan berasal dari Filipina berusia antara 23 hingga 58 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Eris berkata, siasatan juga mendapati mereka memperoleh kad pengenalan palsu dari ejen di Sabah sebelum menyelinap masuk ke Semenanjung untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.
"Ketika pemeriksaan dilakukan, berlaku sedikit pergelutan apabila terdapat cubaan melarikan diri.
"Bagaimanapun, kecekapan pasukan serbuan berjaya menggagalkan usaha mereka sebelum pengawal keselamatan itu ditahan untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, kesemua pengawal keselamatan terbabit akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).
"Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya," katanya.
Disiarkan pada: April 21, 2021 @ 11:25pm
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sindiket pengkhianat negara.. Senang2 ja org asing dpt ic. |
|
|
|
|
|
|
|
maaf kaka dah tak percaya drama siri gerak khas, kaka lagi percaya dato ayob khan sebab dia dari sekecil2 cacing hingga sebesar naga dia cari penjenayah untuk di tumpaskan.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan susah pun nk kenal warga asing atau warga tempatan,dengan perbualan dah tahu cara bahasa yg digunakan....
|
|
|
|
|
|
|
|
di Sabah melambah mcm ini..suatu kebiasaan...2 drp 3 org yg jalan jalan di pasar KK org palsu
|
|
|
|
|
|
|
|
di Sabah melambah mcm ini..suatu kebiasaan...2 drp 3 org yg jalan jalan di pasar KK org palsu |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 @Simunggu masih selamat lagi lah xkena cekup. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 22-4-2021 06:47 AM
maaf kaka dah tak percaya drama siri gerak khas, kaka lagi percaya dato ayob khan sebab dia dari se ...
Haku pun sama..malas dah nk baca pasal polis tangkap org ni..serbu kelab la...ujung2 rupanya tauke2 jugak yg aturkan kat mana polis kene serbu..bodohnya selama ni dok tgk rancangan 999, rasa hebat sgt polis kita..semua dh diaturkan rupanya utk wat content 999.. hahahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
yup sjk kes bouncer kne belasah aritu dh nmpk smthing fishy yg kes tu sengaja diperbesar kn utk menutup kes lain .RiP |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 22-4-2021 09:19 AM
camner boleh lepas kat airport tu??? Arap kat airport..boleh dilakukan sekali...pemeriksaan ke atas penumpang terutamanya dr Sabah...bg mengesan mereka yg guna ic palsu/tipu.(jgn terasa..melainkan korang tu memang anak2 pilak atau anak projek ic). |
|
|
|
|
|
|
|
Camne beli tiket flight
Naik flight semua tu
Ni semua salah semenanjung |
|
|
|
|
|
|
|
keh3
iols teringat masa keje kat 1 opis ni
staff2 sume ragu2 dgn srg guard ni sbb guard rupa nepal pastu jenis blur2
kalau ikut data recruitment, mmg drg msian
jadi 1 hari iols panggil JPN dtg cek cap jari guard2 ni
cap jari sah la...hahaha!
|
|
|
|
|
|
|
|
Belum kau sampai di Sabah lagi yau..ramai ni jalan jalan di KK begini bah..baru satu minggu sampai dari Pakistan, Indon, pelipin ada suda IC..wahai kawan kawan dari semenanjung, jangan disangka semua yg bilang dia orang Sabah ada IC itu adalah warganegara..mana Suda si sigu ini,masuk la memberi sepatah dua kata.. @dua_chzy |
|
|
|
|
|
|
|
eLiaD replied at 22-4-2021 08:04 AM
yup sjk kes bouncer kne belasah aritu dh nmpk smthing fishy yg kes tu sengaja diperbesar kn utk menu ...
Kes bouncer, you mean bodyguard?
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 22-4-2021 09:18 AM
camner boleh lepas kat airport tu??? Arap kat airport..boleh dilakukan sekali...pemeriksaan ke atas ...
Kalau kat immigration counter Sabah Sarawak takde finger scan. Or maybe kalau scan pun lepas sebab IC tu 'original'. Full feature gitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 22-4-2021 12:41 PM
Kes bouncer, you mean bodyguard?
yup bruh yg kes bodyguard aritu |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blanco replied at 22-4-2021 12:37 PM
Belum kau sampai di Sabah lagi yau..ramai ni jalan jalan di KK begini bah..baru satu minggu sampai d ...
KL, Selangor n Johor lebih 10 tahun susah cash ramai pilak. Muka macam Melayu lg tu jadi tiada masalah mo besampur. |
|
|
|
|
|
|
| |
|