CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 687|Reply: 0

Ronaldo tidak akan pulang

[Copy link]
Post time 22-4-2021 05:34 PM | Show all posts |Read mode

RONALDO bakal meninggalkan Turin menyebabkan spekulasi perpindahannya ke Real diperkatakan banyak pihak. – AFP

Ronaldo tidak akan pulang

MADRID – Presiden Real -Madrid, Florentino Perez menolak kemungkinan bahawa bekas bintangnya, Cristiano Ronaldo akan kembali ke Santiago Bernebeu musim depan.

Penyerang Juventus itu dilaporkan bakal meninggalkan Turin ekoran penstrukturan kewangan yang bakal dilakukan oleh gergasi Itali itu menyebabkan spekulasi perpindahannya ke Real mula diperkatakan.

Kepulangan Ronaldo ke Real pada musim panas nanti dianggap sebagai sebahagian daripada perancangan Perez untuk memastikan beliau terus kekal dipilih sebagai individu paling berkuasa di kelab berkenaan pada pemilihan nanti.

“Cristiano Ronaldo tidak akan kembali ke Real Madrid.

“Ia langsung tidak masuk akal kerana dia masih memiliki kontrak bersama Juventus. Saya -sangat sayangkannya dan dia telah memberikan sumbangan besar untuk kelab ini,” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Perez itu menyebaban timbulnya desas-desus bahawa Real kini sedang merancang untuk mendapatkan bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe.

Mbappe ketika ini sedang memasuki 12 bulan terakhir kontraknya di Paris tanpa sebarang tanda-tanda bakal memperbaharuinya menyebabkan Real bersedia dengan tawaran lumayan tetapi Perez belum bersedia mengakuinya.

“Peminat selalu me-minta saya pergi mendapatkan Mbappe. Saya meminta supaya mereka bertenang. Hakikatnya, dia adalah seorang pemain yang baik.

“Saya tidak pernah bercakap dengan Mbappe ataupun PSG. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dengan kontraknya di sana,” jelasnya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.589712 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list