CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1286|Reply: 0

Hafizh Syahrin rayu longgarkan kuarantin atlet

[Copy link]
Post time 22-4-2021 05:35 PM | Show all posts |Read mode


HAFIZH berharap kerajaan mampu memberikan kelonggaran untuk menjalani proses kuarantin di kediaman sendiri. – OFFICIAL FAN CLUB HAFIZH SYAHRIN 55 PESCAO


Hafizh Syahrin rayu longgarkan kuarantin atlet

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah merayu agar kerajaan memberi kelonggaran kepada atlet yang baru pulang dari luar negara dengan menjalani kuarantin di rumah agar mereka dapat meneruskan latihan seperti biasa.

Hafizh yang baru tiba di Malaysia daripada menyertai perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Portugal minggu lalu terpaksa menjalani kuarantin wajib meskipun telah menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

“Seronok tengok atlet Eropah yang balik dari me-nyertai perlumbaan terus menjalani latihan. Tiada kuarantin sebab mereka telah menjalani ujian dan negatif sebelum tiba ke rumah.

“Sebab itu kebanyakan atlet Eropah lebih berjaya daripada kita kerana negara mereka faham tentang atlet. Kita tidak minta pun dilayan seperti orang atasan ataupun raja, tetapi biarlah ada kelonggaran buat atlet jalani latihan atau kuarantin di rumah.

“Tujuan kita balik bukan untuk seronok-seronok seperti orang biasa tetapi atas sebab-sebab tertentu. Kos di Eropah sangat tinggi, bila atlet tidak pamerkan aksi terbaik kita juga kena kritik,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram miliknya semalam.

Katanya, menjalani kuarantin di hotel membataskan pergerakan atlet, sekali gus menyukarkannya untuk me-lakukan persiapan menjelang perlumbaan keempat di Grand Prix Sepanyol yang membuka tirai pada 2 Mei nanti.

“Campak atlet ke hotel kua-rantin lepas itu ada perlumbaan minggu depan, apa yang atlet boleh buat dalam hotel seminggu? Tidur makan sahaja, nak tingkatkan prestasi jauh lagi jawabnya. Kalau di rumah ada segala peralatan untuk jalani latihan,” ujarnya.

Difahamkan, ketika ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang membantu Hafizh untuk mendapat kebenaran untuknya menjalani latihan di rumah.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.926694 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list