CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 983|Reply: 0

Pemain tak sempat divaksin tetap dibawa

[Copy link]
Post time 23-4-2021 04:16 AM | Show all posts |Read mode
Pemain tak sempat divaksin tetap dibawa


SKUAD Cheng Hoe berdepan cabaran getir di Dubai.

Kelana Jaya: Beberapa tonggak Harimau Malaya yang kini berpangkalan di luar negara tetap akan dibawa menyertai skuad ke Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 walaupun tidak sempat divaksin.

Berdasarkan ketetapan kejohanan itu, vaksin bukanlah keperluan utama.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, ketika ini, pihaknya masih lagi berhubung dengan persatuan bola sepak negara berkaitan untuk mengetahui situasi semasa berkaitan proses vaksinasi.

Beliau berkata, FAM juga tidak berhadapan masalah jika vaksinasi terbabit perlu ditanggung oleh badan induk bola sepak negara kerana perkara penting adalah keselamatan semua pihak lebih terjamin ketika berada di Emiriah Arab Bersatu.

"Pemain kita dikira sebagai orang asing di negara terbabit dan mungkin kerajaan mahu beri keutamaan kepada rakyat mereka dahulu.Vaksin bukan kriteria utama untuk bermain bola, namun pelaksanaan gelembung sukan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat

adalah penting.

"Pada masa sama, kita juga tiada masalah bayar untuk dapatkan vaksin itu namun sekarang ini masalah adalah bekalan," katanya pada Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengadil FAM penggal 2021-2025, di sini semalam.

Antara tonggak utama pasukan yang berada dalam radar untuk disuntik ialah Luqman Hakim Shamsudin yang kini beraksi dengan KV Kortrijk di Belgium, Liridon Krasniqi bersama kelab Newcastle Jets di Australia dan dua tonggak yang bermain di Thailand iaitu Dominic Tan (Police Tero) serta Junior Eldstal (Chonburi FC).

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.089210 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list