CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1074|Reply: 1

Dari Dungun ke Alcorcon

[Copy link]
Post time 25-4-2021 07:40 AM | Show all posts |Read mode
Dari Dungun ke Alcorcon


AMAR mempunyai teknik kawalan bola yang cukup baik.


Kuala Lumpur: "Sebab saya nak pergi ke luar negara ialah saya nak buktikan yang orang Melayu pun power, bukan orang Eropah sahaja power."

Itu kata pemain muda negara, Amar Makruf Sharuddin yang berjaya menerima tawaran beraksi dengan kelab divisyen dua Sepanyol, Ad Alcorcon sekali gus membuktikan bahawa ubi muda Malaysia semakin laris di Eropah.

Amar, 19, yang berasal dari Dungun, Terengganu ditawarkan kontrak selama semusim untuk beraksi dengan skuad bawah 23 (B-23) Ad Alcorcon pada musim depan dengan majlis menandatangani kontrak itu pada Julai nanti.

Jelasnya, dia mahu merebut peluang berkenaan dan akan berusaha memikat perhatian pengurusan dengan menyasarkan tempat dalam skuad utama yang beraksi di Liga Segunda itu.

Katanya, dia tidak gentar bersaing dengan pemain Eropah dan menjadikan pelumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang sebagai contoh yang berani mencabar lawan.

"Saya ada impian dari kecil, bola sepak benda yang saya minat, saya sayang, saya cinta. Sebab saya nak pergi ke luar negara ialah saya nak buktikan yang orang Melayu pun power, bukan orang Eropah sahaja power.

"Azizul inspirasi saya, dia dah buktikan dia berjaya jadi top di Olimpik dan menang kejohanan dunia. Misi pertama saya masa saya memulakan musim depan ialah untuk membarisi kesebelasan utama dulu untuk pasukan Alcorcon B-23. Impian saya, nak sertai pasukan senior Alcorcon satu hari nanti," katanya kepada Arena Metro.

Untuk rekod, bakat Amar berjaya dikesan oleh ejen di Sepanyol selepas pemain sayap lincah itu menjalani latihan di akademi The Next Generation Sports (TNGS) yang berpangkalan di Valencia, Sepanyol.

Sepanjang beberapa bulan di TNGS sejak November tahun lalu, Amar dilihat menyerlah dan mempunyai teknik dan kawalan bola cukup menarik selain memiliki kepantasan yang menjadi asetnya.

Ujarnya lagi, dia turut mengidam untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa namun buat masa ini fokusnya untuk mencipta nama di luar negara.

"Sudah pasti saya mahu beraksi untuk negara satu hari nanti, tapi buat masa ini saya nak fokus 100 peratus dulu karier di Sepanyol," katanya yang baru pulang ke tanah air semalam dan akan kembali ke Eropah Julai ini.

Terdahulu, hampir 10 pemain muda negara berjaya menerima kontrak profesional dan diterima masuk beraksi bersama akademi serta pasukan pembangunan di beberapa negara di Eropah.

Selain Amar, Aqil Arazi Aziz di Perancis beraksi dengan AS Cannes, Allee Putra Azril bersama sebuah akademi di Sepanyol, FC Malaga City di samping Omar Raiyan Kama Azlan di Serbia dengan kelab, Red Star Belgrade.

Sementara itu, bintang bola sepak negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin meraih kontrak profesional selama lima musim dengan Luqman berpangkalan di Belgium bersama KV Kortrijk.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah anak!!.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.193725 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list