View: 836|Reply: 0
|
Perak II gagal raih mata
[Copy link]
|
|
Perak II gagal raih mata

Aksi pemain tuan rumah (jersi kuning) dan Kuching City pada aksi Liga Perdana di Stadium Perak. FOTO Ihsan Perak FC
Ipoh: Perak FC II sekali lagi gagal memanfaat peluang beraksi di laman sendiri selepas tumpas 0-2 ke atas Kuching City FC dalam aksi Liga Perdana di Stadium Perak sebentar tadi.
Skuad kendalian Syamsul Mohd Saad itu kelihatan agresif mengatur serangan menerusi gandingan Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan dan pemain tengah, Aidril Faqir Yousni namun percubaan demi percubaan gagal menembusi gawang pelawat.
Kuching City FC yang bijak menghidu peluang, menghukum pertahanan tuan rumah menerusi jaringan Aliff Hassan pada minit ke-57 dan pemain gantian Joseph Kalang Tie turut menyumbang gol kemenangan pada masa tambahan sekali gus meranapkan impian ruan rumah untuk mengutip mata penuh.
Keputusan malam ini menyaksikan anak buah Syamsul dilanda kemarau kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut selepas seri dengan skuad Projek FAM-MSN, tiga hari lalu.
Pujian harus dihamburkan kepada pasukan pelawat yang berjaya menyerap segala asakan dalam perlawanan kategori seimbang ini sekali gus mencuri tiga mata untuk dibawa pulang ke Kuching.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|