CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 0

Uefa siasat Ibrahimovic

[Copy link]
Post time 28-4-2021 07:38 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic. FOTO AFP

Milan: Zlatan Ibrahimovic akan disiasat oleh Uefa berhubung pembabitan dalam pelaburan kewangan haram membabitkan syarikat perjudian.

Menurut laporan di negara kelahirannya Sweden, penyerang AC Milan berusia 39 tahun itu dikatakan melanggar peraturan selepas menjadi rakan kongsi kepada sebuah syarikat perjudian.

Syarat disiplin Uefa menyatakan pemain tidak harus mempunyai kepentingan kewangan dalam perjudian.

Minggu lalu Ibrahimovic menandatangani kontrak baharu yang akan sah sehingga hari lahir ke-40 pemain itu.

"Wakil badan penyiasat etika dan disiplin Uefa melantik panel penyiasatan untuk mengenal pasti perkara ini yang ternyata melanggar peraturan yang ditetapkan," dalam satu kenyataan Uefa.

Bekas penyerang Manchester United meledak 17 gol dalam 25 penampilan dalam semua kejohanan musim ini.

SUMBER:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.256116 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list