Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
606
View
6
Reply

Sempena Nuzul Quran : Merenung, Mencerna, Berfikir

[Copy link]

Author: mbhcsf       Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-4-2021 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 29-4-2021 11:16 PM

SiriKhas Sempena Nuzul al-Qur’an

RENUNG DANFIKIR
Oleh
RoslanAbd Jelani (sumbangan daripada Hamba ALLAH so let us pray for her amal soleh)


1.             Al-Qur’an adalah puncak bagi segalamukjizat, bahkan ia adalah mukjizat agung bagi Rasulullah s.a.w. Bagi menyelamikeindahan dan keluasan ilmu dan hikmah daripada al-Qur'an, maka ia hendaklahdidekati dan dibaca dengan penuh ta’zimdan tahrim (penghormatan). Jiwa dantubuh badan mestilah dipastikan berkeadaan suci dan bersih, yakni bebasdaripada segala kotoran dan najis sama ada yang bersifat zahir mahupun batin. Al-Qur’an  dalam hal ini mestilah didekati dalam keadaan jiwa yang penuh dengan kesedaranruhaniah, yakni yang mengutamakan kelazatan ruhani berbanding kelazatanjasmani; didekati dalam keadaan aqal yang sentiasa mengekalkan ingatannyaterhadap Allah; didekati oleh diri yang beristiqamah dalam 'amal fardhu dan 'amal soleh; dan didekati oleh jiwa yangbukan lagi berkeadaan ragu dan engkar. Ini disebabkan al-Qur'an itu terkandungsegala rahsia batin yang tidak sama sekali dapat ditadabbur oleh jiwa yang diselaputi dengan ketagihan dunia yangberbentuk shahwat penenggelam hati.


2.              Sesungguhnya al-Qur’an merupakan anakkunci kepada khazanah maknawi dan hakikat nama Illahi yang tersembunyi disebalik setiap kejadian. Padanya juga terkandung segala kenyataan tentang alamghaib dan menjelaskan dengan penuh nyata tentang zat, sifat, nama, danperbuatan Tuhan. Al-Qur’an memenuhi keperluan hakiki insan kerana ia merupakanrisalah yang sesuai dengan fitrah manusia dan memimpinnya kepada kebahagiaanyang abadi.Dari satu segi, al-Qur’an merupakan Kalam Allah yang menyatakansifatNya sebagai rabb, yakni TuhanPencipta dan Pemilik sekalian alam, manakala dari satu segi lain, al-Qur’anmerupakan perintah Allah yang menyatakan sifatNya sebagai ilah, yakni yang menafikan sebarang sekutu, lawan, dan serupabagiNya dan hanya padaNya saja kita wajjib tunduk patuh menyerah diri dan taatsepenuhnya dengan menuruti cara dan gaya yang diperkenan olehNya sebagaimanayang ditunjukkan oleh para Nabi yang diutusNya.



3.            Al-Qur’an suci daripada sebarang bentuk khayalandan rekaan; bebas daripada bercampur-baur dengan kesalahan yang akan menjerumus seseorang ke jurang kesesatan; hidayah dan petunjuk yang kita peroleh darinyaadalah jelas dan meyakinkan serta dapat meneguhkan jiwa; kenyataan-kenyataan dalamnyatidak sedikitpun mengandung kesangsian malah ia memisahkan kenyataan yang benardari yang palsu yang direka-reka oleh sesetengah manusia yang tidak mungkindapat diterima oleh akal yang sihat; dan, dalamnya juga terkandung pokok-pokokasas untuk membaiki diri dan mensejahtera manusia. Keagungan Kalam Allah dan hakikat maknanya dilambangkan oleh Allah dalam bentuk kata-kata yangkemudiannya disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dalam suatu bentuk bahasa Arabyang baharu yang dapat difahami dengan jelas, amat fasih dari segi lafaznya,terlalu menakjubkan dari segi uslubnya(gaya bahasa), dan tidak mungkin sama sekali dapat dikelirukan atau dicampuraduk dengan hasil khayalan manusia. Oleh sebab itu, hanya dengan satu lafazsahaja sudah memadai untuk mengingatkan kita kepada kebesaran dan keluasansifat Rahmat Tuhan.

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 29-4-2021 11:19 PM | Show all posts
            

4.  
Begitu juga diriwayatkan bahawaterdapat seorang Arab Badwi yang terlalu asyik dan terpegun dengan ketinggianuslub al-Qur’an lalu dia sujud walaupun dia belum memeluk Islam. Ini berlakuselepas dia mendengar ayat 44 Surah al-Hijryang bermaksud, “Oleh itu, secara berterus-terang sampaikanlah apa yangdiperintahkan kepadamu (wahai Muhammad).” Sebaik sahaja dia melakukan sujud,seseorang bertanya padanya, “Adakah engkau telah memeluk Islam?” lalu dia menjawab,“Tidak, tetapi aku sujud kerana kagum dengan balaghah yang terdapat pada ayat tersebut.” Apa yang dimaksudkansebagai balaghah di sini secaraumumnya adalah menyangkut tentang kehalusan, kesesuaian dan keunikanlafaz-lafaz yang digunakan dalam menerangkan suatu perkara di samping kekuatanmakna yang terkandung dalamnya. Setiap susunan lafaz dan ayat dalam al-Qur’anibarat jarum jam yang menghitung saat, minit dan jam, yakni setiap satunyamenyempurnakan antara satu sama lain.


          5.     Al-Qur’an adalah sumber yang dapatmenyuburkan dan mengkayakan akal, dan ia juga ibarat santapan bagi hati sertaubat dan penawar bagi jiwa. Ia sentiasa segar, manis dan tidak memuakkansehinggakan apabila salah seorang pemuka Quraisy mendengar al-Qur’an daripadaRasulullah s.a.w., dia berkata, “Sesungguhnya ia dipenuhi dengan kemanisan dankesegaran…..apa yang diucapkan oleh Muhammad itu sedikitpun tidak menyerupaisegala puisi yang ada.”


           6.  Ketahuilah bahawa makna-makna, ilmudan hikmah al-Qur’an adalah termasuk dalam‘Alam al-Malakut. Makna-makna dan hikmah ini terselindung di sebalik bentukbahasa Arab yang diperbaharui olehNya, yang berwibawa dan berdaya tinggisepanjang zaman sebagai bahasa murni untuk memperikan hakikat dan kebenaran.Ringkasnya, gambaran mengenai Allah yang ditayangkan oleh al-Qur'an adalahgambaran mengenai Diri-Nya sendiri dalam Perkataan-Nya sendiri dalam bentukbahasa Arab al-Qur'an. Oleh sebab itu, tidak ada yang paling utama dalam ilmu fardu 'ain kecuali ilmu tentang tilawah, tafsir dan ta'wil al-Qur'ankerana al-Qur'an memberi ma'na hidup yang dapat menyempurnakan keperibadian sebenarmanusia, dan al-Qur'an bukan sahaja menyampaikan kebenaran tetapi ia sendirimerupakan kebenaran.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-4-2021 11:24 PM | Show all posts
7.        Al-Qur'an adalah Hidayah yang Nyata dan Penjelasan yang Mu'tamad yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.bukan saja dalam bentuknya sebagai Kitab malah lebih dari itu, yakni dalam lidahnya, dalam qalbunya, dalam aqalnya, dalam seluruh tubuhnya sehingga menyerapi dalam seluruh dirinya lalu lahirlah sebagai akhlaq yang paling sempurna yang menjadi ikutan-contoh-teladan untuk manusia seluruh alam. Walau bagaimanapun, pemahaman tentang al-Qur'an tak akan sempurna tanpa disusuli serentak dengan mendalami ilmu-ilmu tentang Sunnah dan Sirah Rasulullah s.a.w.; Fiqh; Kalam; Tasawwuf; Sejarah; dan, selok-belok bahasa Arab al-Qur'an. Persoalnnya adalah:


i.        Bagaimana kita dapat memahami sifat dan perbuatan Tuhan sebagaimana yang secara jelas-nyata dinyatakan dalam al-Qur’an sedangkan kita tidak pernah dilazimi dengan ilmu-ilmu yang menjadi prasyarat kepada tercapainya makrifat tentang kebesaran dan keagungan Tuhan;


ii.        Bagaimana kita akan beroleh petunjuk dan pedoman ke jalan yang lurus sebagaimana yang terkandung dalam al-Qur’an sedangkan pendidikan kita tidak memberi penekanan kepada asuhan jiwa secara berterusan  untuk membolehkan seseorang itu mengenali hikmah dan sifat kasih-sayang Tuhan;


iii.        Bagaimana kita terdorong untuk menuruti segala contoh teladan Rasulullah s.a.w.sebagaimana yang diperintahkan dalam al-Qur’an sedangkan kita tidak mengambil endah untuk menyucikan hati kita sehingga ia berupaya untuk melihat (ru’yat) tentang nikmat, kelebihan, dan kemurahan Tuhan.


Semua persoalan ini akan dapat diselesaikan jika ilmu yang betul lagi lengkap tentang ajaran al-Qur’an dijadikan dasar kehidupan. Jika al-Qur’an tidak difahami, nescaya keadaan ini akan mengakibatkan seseorang itu berada dalam keraguan, kekeliruan, dan engkar dalam mengamalkan ajaran al-Qur’an.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-4-2021 11:28 PM | Show all posts
8.         Al-Qur’an ibarat matahari. Limpahan Nur al-Qur’an dalam hati ibarat pantulan sinaran matahari ke muka bumi. Kadar cahaya itu bergantung kepada posisi bumi itu. Cahaya itu pula akan memberi kesan terhadap anasir-anasir bumi hinggakan logam biasa dapat bertukar menjadi galian yang berharga. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud, al-Qur’an digambarkan sebagai undangan Tuhan untuk menghadiri perjamuan di atas muka bumi. Yang dijemput hanyalah orang yang mulia dan mendapat kehormatan untuk diundang, Mereka sudah semestinya bertaraf mulia, berpendidikan tinggi, dan berupaya menunjukkan tingkah laku yang sesuai dengan suasana perjamuan. Begitulah juga dengan al-Qur’an yang mana ilmu dan hikmahnya, yang boleh kita ibaratkan seperti makanan yang lazat dan enak yang dihidangkan dalam perjamuan tersebut yang hanya boleh dinikmati oleh orang yang mempunyai darjat dan maqam diri ruhani yang tinggi.  



9.        Atas kefahaman yang mendalam tentang hakikat al-Qur’an ini dan keyakinan yang tinggi tentang kebenarannya, maka inilah yang menjadi dorongan utama kepada para ulama dan ahli ilmu zaman kegemilangan tamadun Islam. Kegigihan mereka menuntut ilmu yang bermanfaat dari mana-mana saja dan daripada sesiapa saja yang berwibawa, ketabahan mereka melakukan percubaan-percubaan baru yang mendatangkan manfaat sebenar dalam kehidupan insan, dan ketekunan mereka dalam membahaskan ilmu, semuanya ini bertitik-tolak dari akhlak, sikap, kecenderongan, dan kerangka pemikiran mereka yang dibina dan tumbuh subur bersumberkan al-Qur’an. Inilah juga yang menjadi tonggak utama dalam pembinaan ilmu sains dalam Islam lalu diamanahkan kepada kita sebagai satu tradisi keilmuan yang agung.



10.        Malangnya, tradisi yang diamanahkan kepada kita ini hilang sedikit demi sedikit di kalangan orang Islam sendiri. Amat malang lagi apabila pemimpin Islam dalam pelbagai bidang penting kehidupan insan hanya berpuas hati menjadi peniru dan pengikut tradisi ilmu pengetahuan yang menafikan al-Qur’an sebagai sumber ilmu utama dan bermati-matian mempertahankan tradisi tiruan itu jika dikritik dan dibahaskan.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-4-2021 11:31 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 29-4-2021 11:34 PM

11.        Ingatlah! Warisan penting bagi orang Islam adalah ilmu dan ahli ilmu yang lahir dalam rangka al-Qur’an, dan yang mustahak dalam konteks mengekalkan makna dan keperibadian sebenar orang Islam adalah kitab-kitab dan helaian kertas yang mencatatkan dan mensyarahkan intipati ajaran al-Qur’an. Apa tujuan kita menjadi pengikut buta-tuli tradisi dan kebudayaan asing yang bukan sahaja bertentangan dengan al-Qur’an malah mengejinya. Jawapannya mungkin kita ingin mencapai standard dan piawai antarabangsa tetapi secara tidak sedar kita telah banyak menobatkan keraguan sebagai asas ilmu hingga terus-menerus keliru tentang makna dan tujuan kehidupan.

12.        Ingatlah bahawa mana-mana falsafah dan tradisi ilmu yang menafikan al-Qur’an sebagai sumber utamanya hanyalah berpandukan kepada tekaan atau agakan akal semata-mata, dan sebahagian besar teori ilmu yang membina kebudayaan mereka dibina berasaskan khayalan rambang ahli-ahli falsafah dan ahli-ahli ilmu mereka. Kenapa kita mahu berjuang bersungguh-sungguh untuk mempertahankan gagasan pemikiran dan kebudayaan mereka yang bersifat anti al-Qur’an sedangkan kita tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu menayangkan penderhakaan dan kemungkaran yang secara sengaja dilakukan terhadap Tuhan Pencipta Yang Maha Esa. Tidakkah ini akan mengakibatkan kita ditimpa masalah yang besar, malah sekarangpun kita, orang Islam, telah mengalami masalah itu yakni krisis kewujudan dan kehilangan makna diri.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-4-2021 11:32 PM | Show all posts
13.        Kehidupan orang Islam semakin suram, hambar, dan tidak bermaya kerana kehidupan dan pemikiran mereka tidak lagi disinari oleh Nur al-Qur’an. Pada mulut sahaja mengakui keagungan al-Qur’an tetapi kecenderungan akal dan keazaman jiwa mereka adalah berasaskan prinsip-prinsip ilmu palsu yang menobatkan manusia sebagai Tuhan dan menganggap bahawa tidak ada lagi kehidupan selepas kehidupan di atas muka bumi ini, malah berpegang bahawa kebenaran mutlak tidak pernah wujud dan ilmu yang menjelaskan kebenaran mutlak itu juga tidak ada. Inilah yang menjadi pegangan sebahagian besar pemimpin dan individu Muslim lalu dipaksa untuk menjadi rencana dasar pendidikan dan sosio-politik masyarakat.

14.        Tidak hairanlah jika kita lihat bahawa masyarakat Islam sudah hilang maruah dan hilang rasa malu lalu boleh melakukan kemunkaran dan pembohongan secara terang-terangan, manakala ada yang terus mabuk mengejar pangkat dan kemewahan kebendaan. Ini disebabkan jiwa dan akal mereka menjadi semakin kerdil kerana sudah lama tidak dilimpahi dengan Nur al-Qur’an. Bukankah Allah mengingatkan kita berkali-kali supaya jangan menjual kebenaran dengan harga yang murah; jangan menukar-ganti keyakinan dengan keraguan; dan jangan sekali-kali mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang datang dari sisi Allah. Namun sebahagian orang Islam sudah menjadi pekak dan tuli terhadap suruhan dan amaran ini sehingga sanggup menobatkan segala hasil akal fikiran yang bersifat engkar agama sebagai suatu yang mesti dijadikan asas pegangan dan ikutan.


15.        Bagi yang sedar dan benar-benar mahu memperakui dan menegakkan kebenaran al-Qur’an, maka bersabarlah dalam mengharungi cabaran ini dan sekurang-kurangnya bercita-citalah atau berazamlah untuk tidak menjadi peniru dan penyebar ilmu dan prinsip kehidupan palsu yang bersifat anti al-Qur’an. Di samping itu, kita perlu dengan segala kelebihan dan daya yang ada, menyediakan asas-asas ilmiah yang kukuh berasaskan al-Qur’an kepada semua pembina peradaban, dari tukang sapu hinggalah kepada penggubal dasar negara. Pada masa yang sama, usaha perlu dirancang dengan kemas dan betul bagi melahirkan semula ahli-ahli fikir dan ahli-ahli ilmu yang jujur dan ikhlas dalam memperkembangkan kebenaran al-Qur’an dan ilmu yang sahih kepada masyarakat, dan pada masa yang sama, menghidupkan semula tradisi dan khazanah keilmuan Islam yang lampau sebagai pedoman bagi menyelesaikan masalah terkini.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-4-2021 11:34 PM | Show all posts
Persoalannya, bolehkah kita mencapai hal ini dalam kehidupan orang Islam yang terus-menerus digenggam belenggu kekufuran dan karam dalam lautan jahil. Jawapan yang jelas dan tepat adalah, “Mengapa tidak?” Ingat pesan Yang Mulai Tan Sri Professor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas:



Mengapa tiada taufan mengamuk dilautanmu?

Jiwamu terbelenggu – ke manakah imanmu?

Sia-sia kau melaung menuduh tindasan Takdir

Kenapa tidak kau menjadi Kodrat Tuhanmu?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list