CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1188|Reply: 0

GP Kanada batal, Turki ambil alih

[Copy link]
Post time 30-4-2021 11:30 AM | Show all posts |Read mode

PENGANJURAN GP Kanada terpaksa dibatalkan ekoran kerajaan negara itu mengenakan syarat perjalanan yang ketat. – AFP

GP Kanada batal, Turki ambil alih


LONDON – Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Kanada yang sepatutnya dilangsungkan pada 11 hingga 13 Jun depan telah dibatalkan susulan arahan kerajaan yang mahukan setiap individu yang mahu ke negara itu perlu menjalani kuarantin mandatori 14 hari.

Keputusan itu disahkan oleh Presiden F1, Stefano Domenicali selepas kegagalan mendapat kelonggaran eksklusif daripada kerajaan sekali gus menyaksikan slot kosong waktu itu akan diberi kepada GP Turki.

Situasi ini disebabkan Kanada mencatatkan peningkatan kes pandemik Covid-19 yang memasuki gelombang keempat khususnya di wilayah Ontario, Quebec.

“Kami sangat kecewa untuk mengesahkan bahawa saingan F1 musim ini tidak akan dilangsungkan di Kanada dengan GP Kanada yang dijadualkan berlangsung di Litar Gilles Villeneuve, Montreal terpaksa dibatalkan.

“Saya mahu mengucapkan te-rima kasih kepada penganjur GP Kanada atas usaha keras mereka sepanjang bulan ini untuk me-nerima kehadiran pasukan tetapi arahan kuarantin selama 14 hari itu sukar untuk dipatuhi. Jus-teru, saingan F1 pada tarikh tersebut akan diberikan kepada GP Turki,” katanya.

Dalam masa yang sama, F1 turut mengesahkan kontrak pe-nganjuran untuk GP Kanada te-lah dilanjutkan selama dua tahun dengan jangkaan berakhir pada edisi 2031.

Sebagai rekod, peranca-ngan untuk perlumbaan F1 pada musim ini telah dilakukan pada 23 pusingan GP dengan venue baharu penganjuran akan dilangsungkan di Arab Saudi yang berkonsepkan perlumbaan jalan raya di Litar Jeddah pada 5 Di-sember depan.

Saingan F1 edisi 2021 sudah memasuki pusingan ketiga di GP Portugal yang mana perlumbaan akan berlangsung di Litar Antarabangsa Portimao pada Ahad ini. – AGENSI


Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.219978 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list