View: 832|Reply: 0
|
Pulisic akui puas ledak jaringan
[Copy link]
|
|

PULISIC berjaya meledak gol pembukaan ketika Chelsea mencatat keputusan seri 1-1 menentang Real awal pagi semalam. - AFP
Pulisic akui puas ledak jaringan
MADRID – Perancang sensasi Chelsea, Christian Pulisic me-ngakui puas apabila dapat menjaringkan gol untuk memberi sedikit kelebihan buat pasukan selepas mengikat Real Madrid 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
Pada aksi tersebut, Pulisic dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik The Blues di jentera serangan dengan mempamerkan aksi lincah sehingga berjaya meledak gol cantik se-awal minit ke-13.
Kata Pulisic, prestasi peri-badi yang agak menyerlah memang memberi kepuasan buatnya tetapi apa yang pen-ting adalah pasukan tidak mencatatkan kekalahan, sekali gus menyaksikan peluang untuk ke pentas final masih lagi terbuka.
“Apabila anda bertemu Real, ia sudah pasti menjanjikan aksi yang cukup sukar. Mereka mendominasi sebahagian besar perlawanan dan kami bernasib baik dengan aksi agresif yang ditampilkan pada awal saingan membuahkan hasil.
“Mengenai jaringan, saya akui sangat gembira apabila dapat meledak gol yang cukup menarik dan ia menaik-kan lagi motivasi untuk tampil lebih menyerlah pada aksi kedua di laman sendiri minggu depan,” katanya.
Mengulas lanjut, Pulisic optimis kelebihan kekal berpihak buat Chelsea untuk melangkah ke pentas final buat kali pertama sejak edisi 2012 tetapi dengan syarat perlu gandakan usaha pada aksi di Stadium Stamford Bridge nanti.
“Kami kekal positif dengan keputusan ini dan saya harap pasukan dapat tampil dengan aksi lebih menarik.
“Pada masa sama, kami tidak boleh terlalu yakin ke-rana apa sahaja boleh berlaku kerana Real bukan calang-calang pasukan,” katanya. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|