CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1696|Reply: 1

Mercedes mahu kekalkan Hamilton

[Copy link]
Post time 3-5-2021 09:17 PM | Show all posts |Read mode

WOLFF (kanan) mengakui Mercedes akan memulakan perbincangan mengenai kontrak Hamilton dalam tempoh terdekat ini. – AFP

Mercedes mahu kekalkan Hamilton

LONDON – Mercedes dijangka akan memulakan perbincangan untuk melanjutkan kontrak juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton selepas pemandu kelahiran Britain tersebut berminat untuk meneruskan karier pada musim depan.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff mendedahkan perkara tersebut dan perbincangan itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini, namun tidak menjelaskan terperinci perancangan tersebut.

Hamilton disebut-sebut akan meninggalkan saingan tersebut selepas hanya mengikat kontrak sehingga penghujung tahun ini tetapi pemandu berusia 36 tahun itu mendedahkan untuk kekal bersaing tahun depan.

“Hubungan kami bertambah baik setiap tahun dan sudah tiba masanya untuk melakukan perbincangan. Ini yang kami akan lakukan tidak lama lagi,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai status pelumba Finland, Valtteri Bottas musim depan, Wolff mengakui pasukannya akan menilai prestasi pelumbanya itu sepanjang musim ini sebelum membuat keputusan.

Bottas melakukan kejutan ketika bersaing di Grand Prix (GP) Portugal kelmarin selepas me-nempah petak pertama di Litar Antarabangsa Algarve.

“Saya rasa kita perlu melihat sepanjang musim ini kemudian barulah kita menilai. Saya tidak dapat membuat keputusan lagi pada ketika ini,” kata Wolff.

Masa depan Bottas bersama Mercedes terancam sekiranya gagal mempamerkan aksi terbaiknya dan pemandu Williams, George Russell dikaitkan akan menyertai pasukan tersebut musim depan sekiranya tampil cemerlang musim ini. – AGENSI


Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2021 12:03 PM | Show all posts
russell bawak keta william susah nak tunjuk aksi cemerlang, cuma nampak hebat la masa dia ganti waktu hamilton kena kobid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.423650 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list