CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1324|Reply: 0

Miller julang Ducati kuasai GP Sepanyol

[Copy link]
Post time 3-5-2021 09:18 PM | Show all posts |Read mode

MILLER meraih kemenangan pertamanya musim ini selepas mengungguli perlumbaan GP Sepanyol yang berlangsung di Litar Jerez malam tadi. – AFP

Miller julang Ducati kuasai GP Sepanyol

JEREZ – Pelumba Ducati, Jack Miller meraih kemenangan sulungnya musim ini selepas bijak mengambil peluang di sebalik masalah yang melanda pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo di Grand Prix (GP) Sepanyol malam tadi.

Pada perlumbaan tersebut, Quartararo yang memulakan saingan di petak pertama dilihat berpeluang untuk melakar kemenangan hatrik selepas menguasai pusingan awal perlumbaan di Litar Jerez.

Bagaimanapun, pada baki 10 pusingan terakhir, pelumba Pe-rancis itu mengalami masalah pada jenteranya sehingga terpaksa memperlahankan rentak.

Masalah itu memberi peluang kepada pasukan Ducati untuk memecut laju sekali gus meraih kemenangan 1-2 menerusi Miller dan Francesco Bagnaia.

Quartararo yang gagal mempertahankan kedudukannya terpaksa berpuas hati mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-13.

“Saya cuba melakukan yang terbaik pada perlumbaan tersebut dan saya akur Quartararo sangat laju. Pada baki pusingan perlumbaan, saya lihat dia berdepan masalah jentera dan terus memecut laju untuk mencatat kemenangan di sini.

“Perasaan saya sangat luar biasa dan saya gembira meraih kemenangan ini. Cuma, saya terkilan keluarga saya tidak berada di sini untuk meraikan bersama-sama,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Sementara itu, pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli turut melakukan kejutan apabila meraih podium pertamanya musim ini selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Hasil keputusan tersebut, Bagnaia kini berada di tangga teratas kedudukan pelumba dengan 66 mata dan hanya dipisahkan dua mata dengan Quartararo. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.088297 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list