CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1947|Reply: 5

[Tempatan] Bayi 11 bulan mati terjatuh dari tingkat 3 ketika bermain dgn abang, kakak, sepu

[Copy link]
Post time 3-5-2021 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Bayi perempuan 11 bulan maut terjatuh dari tingkat 3
AHMAD ISMADI ISMAIL | | 03 Mei 2021

KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga Projek Perumahan Rakyat Sri Aman di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai, dalam kejadian pada jam 6 petang, mangsa dikatakan sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bersebelahan dengan tingkap dalam bilik rumah itu.

"Siasatan mendapati tingkap di dalam bilik tersebut tidak mempunyai pagar dan katil diletakkan di tengah tingkap tanpa sebarang halangan.

"Pengadu memaklumkan katil itu telah dirapatkan ke tingkap untuk mengemas bilik tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Eng Lai berkata, siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam insiden itu.

"Ibu mangsa telah membawa anaknya ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan apabila tiba di Unit Kecemasan hospital berkenaan," katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke Unit Forensik hospital itu untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

"Hasil laporan bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku memang benci kaki2 kemeh bilik bahalol sebegini..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kot iya nak kemas pun, fikirlah yg dia ada anak2 kecik. Nak menyesal pun x guna dah, sendiri yg alpa
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 11:29 PM | Show all posts
kesiannya laaa
ngeri bila teringat anak buah kecik2 main kat balkoni aprtment dok buat perangai panjat2
eee geramm je nak gigit budak2 tu.. hiper sgt
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah, sedeh juga anak mati di atas kecuaian sendiri.. Mmg nightmare la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:13 AM | Show all posts
Allahuakbar...  kenapa nak baca berita mcm ni subuh ..  boleh kemurungan sepanjang hari
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.346119 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list