Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
123Next
Return to list New
4252
View
55
Reply

[Dunia] Bill Gates dan isteri Melinda Gates umum perceraian lepas 27 tahun berkahwin. Harta US$130.5bil (RM537.20bil)

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-5-2021 07:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 4-5-2021 04:14 PM

Bill Gates, isteri umum perceraian
Astro Awani
Mei 4, 2021 06:52 MYT

PENGASAS bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Bill Gates mengumumkan perpisahan dengan isterinya, Melinda selepas 27 tahun bersama.

Dalam satu kenyataan bersama di Twitter, pasangan itu memaklumkan sudah tiada lagi persefahaman.
Keputusan itu diambil setelah perbincangan mendalam diadakan.

Bagaimanapun, Bill dan Melinda menegaskan akan terus bekerjasama dalam Yayasan Bill dan Melinda Gates dalam membantu mereka yang memerlukan.

Pasangan ini bertemu pada akhir 1980-an ketika kedua-duanya bekerja di Microsoft.
Melinda kemudian berkahwin dengan lelaki keempat terkaya di dunia itu pada 1994.

Pasangan itu dikurniakan tiga anak.
Yayasan Bill dan Melinda Gates telah menderma sekurang-kurangnya AS$1.75 bilion untuk program mengekang wabak COVID-19.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah 27 tahun bersama.. Baru hilang kesefahaman... Kesiannya.
Kalau bill gates tu org lokal, mesti dipitenah kena minyak senyonyong bibik
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tua2 pon nak cerai...kan kaya raya, kalau menyampah hadap muka hari2 duduk je la asing2 mcm orang bujang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:10 AM | Show all posts
baru je baca kt portal news US n baru membawang dgn kawan2 haha
agaknya camne dia bahagi harta nanti
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah bercerai masih lagi boleh bekerjasama....
Klu org lokal sebahagiannya..bukan semua mesti bercekau turun naik mahkamah tuntut harta sepencarian...mutaah..bla..blaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Jeff Bezos Amazon tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bill dah buat prenup agreement sesiap before kawin
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:17 AM | Show all posts
Makin kayo la makcik Melinda...settlement tah ke half billion
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-5-2021 09:00 AM | Show all posts
11 Kes Perceraian Dengan Kos Termahal
Rai Illani
6-8 minutes

Seperti yang anda diketahui, perceraian perkahwinan boleh menelan kos yang banyak. Kos-kos ini biasanya merangkumi pembayaran nafkah, pembahagian harta, yuran peguam atau perundangan.

Namun, terdapat juga perceraian yang melibatkan jumlah yang begitu besar terutamanya jika ia melibatkan pasangan berprofil tinggi seperti ahli perniagaan atau selebriti. Berikut adalah senarai perceraian paling mahal di dunia.

11. Craig dan Wendy McCaw - RM 1.924 billion

Ahli perniagaan dari Seattle, Amerika Syarikat, ini adalah pengasas McCaw Cellular. Craig McCaw telah berkahwin engan isterinya, Wendy Petrak, pada tahun 1974.

Pasangan itu kemudian bercerai pada tahun 1998, hanya beberapa tahun Craig menjual syarikatnya kepada syarikat telco terbesar Amerika Syarikat iaitu AT&T dengan harga sekitar RM 50 billion. (sumber)

10. Dmitry dan Elena Rybolovlev - RM 2.527 billion

Adakah anda akan rasa gembira apabila perlu membayar RM 2.5 billion kepada bekas pasangan anda? Bagi seorang jutawan dari Rusia bernama Dmitry Rybolovlev, ia adalah berita baik apabila perlu membayar jumlah itu kepada bekas isterinya, Elena.

Dalam perbalahan perceraian yang berlanjutan dari 2008 sehingga 2015, mahkamah Switzerland pada mulanya mengarahkan Dmitry membayar pampasan sebanyak RM 18.8 billion kepada Elena. Selepas membuat rayuan, Dmitry hanya diarahkan membayar RM 2.5 billion sahaja tetapi Elena layak menyimpan dua chalet di Switzerland sebagai sebahagian perjanjian. (sumber)

9. Adnan dan Soraya Khashoggi - RM 3.656 billion

Selama hampir dua dekad lamanya, lelaki dari Arab Saudi ini memegang rekod pembahagian perceraian termahal dunia. Jutawan yang dimaksudkan ini ialah usahawan dan pengedar senjata bernama Adnan Khashoggi.

Adnan berkahwin dengan isterinya, Soraya, yang berusia 20 tahun pada tahun 1961. Pasangan itu memfailkan perceraian pada tahun 1974 tetapi Soraya hanya berjaya menuntut pampasan dari bekas suaminya pada tahun 1974. Pampasan itu merupakan wang tunai berjumlah RM 3.656 billion. (sumber)

8. Harold dan Sue Ann Hamm - RM 4.18 billion

Perceraian pasangan Hamm pada 2015 ini mungkin bukanlah perceraian termahal dunia tetapi ia melibatkan cek tunggal perceraian terbesar yang diketahui umum. Harold Hamm adalah seorang eksekutif minyak dan gas dari Oklahoma, Amerika Syarikat.

Dia telah menulis cek bernilai RM 4 billion kepada bekas isterinya pada 2014 bagi mengakhiri perbalahan mahkamah yang berlanjutan selama dua tahun. Apabila dicampurkan dengan pembayaran dan kos lain, jumlah itu mencecah sehingga RM 4.18 billion. (sumber)

7. Steve Wynn dan Elaine Pascal - RM 4.18 billion

Steve Wynn adalah Ketua Pegawai Eksekutif empayar kasino Wynn Resorts. Dia telah berkahwin dengan Elaine Pascal pada tahun 1963 dan bercerai pada tahun 1986 tetapi berkahwin semula pada tahun 1991. Mereka akhirnya bercerai kali kedua pada tahun 2010.

Pada perceraian kali kedua itu, Steve kehilangan hampir separuh stoknya dalam syarikat Wynn Resorts apabila terpaksa membayar ganti rugi kepada bekas isterinya sebanyak hampir RM 4.18 billion. (sumber)

6. Bernie dan Slavica Ecclestone - RM 5 billion

Bernie Ecclestone adalah presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif perlumbaan Formula Satu. Dia telah berkahwin dengan bekas model, Slavica Ecclestone, selama 23 tahun dan mempunyai dua anak perempuan iaitu Tamara dan Petra.

Pasangan itu kemudian memfailkan perceraian mereka pada tahun 2009 dan ia telah menelan belanja sekitar RM 5 billion. (sumber)

5. Rupert Murdoch dan Anna Maria Mann- RM 7.11 billion

Keith Rupert Murdoch adalah warga Amerika kelahiran Australia yang hartawan media yang mengasaskan syarikat media terbesar Amerika Syarikat, News Corporation.

Rupert berkahwin dengan wartawan dan penulis novel Scotland, Anna Maria Mann, pada tahun 1967 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Mereka akhirnya menamatkan perkahwinan selama 32 tahun pada 1999 dengan nilai pampasan sebanyak RM 7.11 billion. (sumber)

4. Rupert Murdoch dan Wendi Deng - RM 7.53 billion

17 hari selepas Rupert Murdoch menceraikan isteri keduanya, Anna Maria, dia berkahwin pula kali ketika dengan Wendi Deng, warga Amerika kelahiran China pada 25 Jun 1999.

13 tahun kemudian pada 13 Jun 2013, jurucakap News Corporation mengesahkan bahawa Rupert Murdoch memfailkan perceraian terhadap Wendi di New York, Amerika Syarikat. Menurut Murdoch, perkahwinan tersebut telah musnah lebih daripada enam bulan lamanya. (sumber)

3. Alec dan Jocelyn Wildenstein - RM 15.9 billion

Perceraian Alec Wildenstein dan Jocelyn Wildenstein pernah menjadi perceraian termahal dalam sejarah. Alec adalah seorang jutawan, ahli perniagaan, peniaga karya seni dan pemilik serta pembiak kuda dari Perancis. Dia dan Jocelyne Perisset berkahwin pada 30 April 1978.

Perbalahan perceraian mereka yang bermula dari 1997 hingga 1999 telah mendapat liputan media yang luas. Bukan sahaja wartawan mengikuti mereka kerana kekayaan Alec tetapi juga kerana ketagihan Jocelyne dalam melakukan pembedahan plastik.

Menurut laporan berita, Jocelyn menerima RM 10.46 billion dalam pampasan perceraiannya pada 1999 dan menerima lagi RM 418 juta setiap tahun selama 13 tahun. (sumber)

2. Vladimir Potanin dan Natalia Potanina - RM 29.3 billion

Perceraian antara Vladimir Potanin dan Natalia Potanina adalah perceraian kedua paling mahal dalam sejarah. Vladimir adalah seorang usahawan dari Rusia dan mempunyai anggaran kekayaan sekitar RM 79.9 billion.

Isterinya, Natalia memfailkan permohonan cerai pada 2014 apabila Vladimir mengaku bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Namun, Natalia mendakwa dia tidak mendapat perbicaraan yang adil kerana hubungan rapat bekas suaminya dengan Presiden Vladimir Putin. (sumber)

1. Jeff dan MacKenzie Bezos - RM 159 billion

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Amazon, Jeff Bezos, adalah lelaki terkaya dunia. Pada bulan Julai yang lalu, Jeff dan isterinya, MacKenzie Bezos, telah mengakhiri perkahwinan mereka selama 25 tahun.

Dalam perjanjian perceraian mereka, Jeff Bezos bersetuju untuk menyerahkan sebahagian kecil saham Amazon yang bernilai RM 159 billion kepada MacKenzie. Ini akan menjadikan bekas isterinya itu sebagai individu keempat terkaya dunia. Walau bagaimanapun, MacKenzie telah berjanji akan membelanjakan separuh daripada harta itu kepada aktiviti amal. (sumber)
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 4-5-2021 08:14 AM
Jeff Bezos Amazon tersenyum sinis

Ex wife dia dah kawen dgn cikgu sekolah .divorce settlement pun dia sedekah je...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 4-5-2021 09:00 AM
Ex wife dia dah kawen dgn cikgu sekolah .divorce settlement pun dia sedekah je...

Tak hensem tak apa, janji kaya tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 4-5-2021 08:10 AM
baru je baca kt portal news US n baru membawang dgn kawan2 haha
agaknya camne dia bahagi harta nant ...

Tak Mungkin cara pembahgian mcm ali baba n 40 penyamun..1 untu kau, 2 untuk aku hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
BicaraHatiku replied at 4-5-2021 08:17 AM
Makin kayo la makcik Melinda...settlement tah ke half billion

Depa billion2 nie cam small change je kan sis...kita tunggu berapa pembahgian ..jgn top of the chart in the world pulak hihi
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 09:46 AM | Show all posts
aku rasa lebih kepada bosan..
kebosanan blh menyebabkan cinta hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 09:58 AM | Show all posts
3chanceno replied at 4-5-2021 09:19 AM
Depa billion2 nie cam small change je kan sis...kita tunggu berapa pembahgian ..jgn top of the cha ...

Rasanya top sistur...26 bilion stock  si bekas somi kaka melinda masih tersempan yach.

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 4-5-2021 09:17 AM
Tak Mungkin cara pembahgian mcm ali baba n 40 penyamun..1 untu kau, 2 untuk aku hahaha

hahaha tegelak aku.teringat adegan penyamun tgh bahagi harta
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Gates ini kaya sebelum kahwin... So melinda susah mahu dapat 50% harta bill... Summore bill bukan kaya just on paper dia donate harta lepas mati.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 10:06 AM | Show all posts
budaktua replied at 4-5-2021 09:46 AM
aku rasa lebih kepada bosan..
kebosanan blh menyebabkan cinta hilang...

Kehnn. Dah takde spark...anak2 pon dah besar2. Jimak pon pattern sama jer.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 10:07 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 4-5-2021 10:01 AM
Gates ini kaya sebelum kahwin... So melinda susah mahu dapat 50% harta bill... Summore bill bukan ka ...

Biasa memang boleh tuntut 50% kah?

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 3-5-2021 06:07 PM
Biasa memang boleh tuntut 50% kah?

Yang dapat 50%... Partner kaya selepas kahwin harta sepencarian... If not mistaken seperti bezos....
Ex wife murdoch kira dapat sikit... Murdoch kaya way before depa kahwin....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list