View: 2284|Reply: 10
|
Kadangkala artis kita bodoh, berkira – Haji Zeel
[Copy link]
|
|

Kadangkala artis kita bodoh, berkira – Haji Zeel
PETALING JAYA – Penerbit, Fadzil Teh menempelak sikap segelintir pelakon tempatan yang terlampau berkira dalam mempromosikan naskah lakonan mereka dalam media sosial.
Katanya, sikap segelintir pelakon sebegitu jauh berbeza dengan komitmen yang ditunjukkan artis antarabanga apabila kerap menuar-uarkan produk sendiri sebagai hebahan kepada umum.
“Kadangkala artis Malaysia ini bodoh. Mereka tak tahu ke kalau drama atau filem (lakonan) mereka meletop (laris), yang dapat job (tawaran) banyak (dan) harga (bayaran) naik itu mereka.
“Meluat dengan karenah artis-artis macam ini. Artis kita nak promosi filem sendiri pun malas. Katanya kotor IG (Instagram). Macamlah jadi duta projek juta-juta,” luahnya menerusi laman sosial.
Terdahulu, produser yang juga Pengarah Urusan Zeel Productions Sdn Bhd memuat naik paparan status harian Salman Khan di Instagram miliknya yang diikuti 39.5 juta orang.
Fadzil atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel turut membandingkan sikap bintang Bollywood yang terkenal di arena antarabangsa itu dengan sebilangan selebriti tempatan.
“@beingsalmankhan (pun) hari-hari promo filem dia, artis kita nak promo pun malas,” katanya yang turut meraih pelbagai komen termasuk daripada penggiat industri seni. – K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau ke?
 |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku pun, malu nak promote cerita sampah mcm terbitan kau tu. No standard |
|
|
|
|
|
|
|
Salman khan tu produser filem dia sendiri sbb tu dia promo. Produser lokal pun keluar la duit sikit buat marketing ni nak harap artis je kerjanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Masukkanlah dlm contract mereka wajib mempromosikan drama lakonan sendiri. X de dlm contract watpelah dorang nk promote |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu akak buat rebew kucate.
Ada rasa kelat asen ke idok...
|
|
|
|
|
|
|
|
yang tak amik vaksin pon bodoh sokmo |
|
|
|
|
|
|
|
Habis tu kenapa ambik yang follower berjuta untuk jadi pelakon? Tak ke buang masa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|