CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1460|Reply: 13

[Tempatan] Covid19 makin buruk,Kelantan mohon ‘lockdown’ sekali lagi

[Copy link]
Post time 4-5-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 4-5-2021 04:34 PM



Kelantan mohon ‘lockdown’ sekali lagi?

N Faizal Ghazali

Diterbitkan 23 minit lepas


Selepas permohonan pertama ditolak, kerajaan Kelantan dikatakan mengulangi permohonan untuk melaksanakan ‘lockdown’ atau perintah kawalan pergerakan (PKP) yang ketat seperti mana PKP 1.0.

Langkah itu dikemukakan kepada kerajaan pusat dalam usaha mengekang penularan Covid-19 di negeri itu yang dilihat membimbangkan.

Menurut sumber, kerajaan negeri sebelum ini sudah membuat permohonan bagi tujuan itu, namun ia ditolak kerana dikhuatiri memberi impak besar terhadap ekonomi pelbagai pihak.

"Tetapi disebabkan keadaan Covid-19 di Kelantan semakin membimbangkan sejak beberapa minggu lalu sehingga fasiliti di hospital serta pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) kritikal, Kelantan memohon untuk kali kedua beberapa hari lalu.

"Berdasarkan rayuan yang dibuat, Kelantan memohon ia dilaksanakan selama dua minggu iaitu sekiranya bermula pada Jumaat ini iaitu 7 Mei, ia akan berakhir pada 20 Mei.

"Setakat ini, rayuan yang dibuat belum mendapat maklum balas dan bergantung kepada kerajaan pusat untuk memutuskan sekali gus mengumumkan perkara itu sekiranya ia setuju dilaksanakan," katanya sumber yang enggan dikenali ketika dihubungi, hari ini.

Sebagai rekod PKP 1.0 membabitkan penguatkuasaan yang ketat terhadap pergerakan orang ramai dan hanya sektor yang terlibat dengan keperluan utama sahaja dibenarkan beroperasi.


Sementara itu sumber berkata, permohonan untuk memperketatkan PKP itu diangkat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan selepas perbincangan bersama kerajaan negeri.

Katanya, permohonan itu terpaksa diambil memandangkan hanya pendekatan sedemikian dianggap paling sesuai untuk memutuskan rangkaian Covid-19.

"Kelantan sudah lebih dua minggu melaksanakan PKP namun sehingga kini kes Covid-19 tidak menunjukkan penurunan kerana hampir semua sektor ekonomi beroperasi seperti biasa.

"Dengan pelaksanaan‘lockdown’, ia seperti pelaksanaan PKP 1:0 dengan tidak kesemua sektor dibenarkan beroperasi selain pergerakan lebih terhad berbanding sekarang," jelasnya.

Sementara itu,Malaysiakinisedang cuba mendapatkan pengesahan kerajaan negeri dan Menteri Kanan Keselamatan Ismail SabriYaakob berhubung perkara itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 4-5-2021 05:17 PM

CASHHHHHHHH!!!

2018



2021..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:47 PM | Show all posts
dah sek sek jenis degil, buat la macam mana pun..
takdenya dorang ikut..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lockdown 1.0 or lockdown ala selangor? Kalo ala selangor tuh xpyh beranganlah nk trnkan kes
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
alang2 aku xblh balik kg beraya. biar ssmua org xblh beraya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2021 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 4-5-2021 05:14 PM
Ni lockdown 1.0 or lockdown ala selangor? Kalo ala selangor tuh xpyh beranganlah nk trnkan kes

lockdown ala selangor tu cane pulak. selangor pon pkpb kan skrg, kelantan dlm pkp ni tapi sekor2 kat luar buat mcm hari biasa sblm kobid wehh. mana tak mereng lobai nak mengawal
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 4-5-2021 05:34 PM
lockdown ala selangor tu cane pulak. selangor pon pkpb kan skrg, kelantan dlm pkp ni tapi sekor2 k ...

Lockdown ala selangor, sek tutp, kedai makan smpi kul 10mlm..tp office running mcm biasa jer uolssss...mksdnya most nature business arw allow to running...dia yg betul2 nk berkesan lockdown 1.0 tuh...hny certain industries blh running..lagi best kat selangor tuh  ko lockdown ker xlock down ker, hidup mcm biasa..sma org bebas berkeliaran lepak2..  dine in....pakej xpki mask pun adaaaqq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2021 08:59 PM | Show all posts
aku agak dah negeri kelantan yg apply pkp bila keluar berita semalam 2 negeri apply utk pkp. mmg kawan2 aku org kelantan sendiri ckp org kat sana degil2. sume tk mau ikut sop.tengok la sampai aekarang pkp pun kes tk turun.kerajaan negeri pun dh letih agaknya.better buat pkp je
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 09:01 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 4-5-2021 05:37 PM
Lockdown ala selangor, sek tutp, kedai makan smpi kul 10mlm..tp office running mcm biasa jer uolss ...

ye la.mcm tk de beza pun.bezanya tk bole rentaa negeri je.yg lain masih on.pkp kelantan lagi strict bazar ramadan pun tkde
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 4-5-2021 08:59 PM
aku agak dah negeri kelantan yg apply pkp bila keluar berita semalam 2 negeri apply utk pkp. mmg kaw ...

kelantan mmg dah pkp la hampir sebulan. tapi sop longgar namampos, kete masih sepenuh kapasiti dia bag. ke hulu kehilir dlm daerah, tu pon ramaiiii je yg lepas merentas. kedai tutup kul 10 tapi tgk la beger colek kedai runcit masih tak tutup kat kul 12 pelbagai alasan bangang. majlis gathering tak boleh, ade je yg buat buka puasa sedara mara senegeri. pkp yg tak terasa beza dgn pkpp. yg dia mintak lockdown ni mintak nak buat ala pkp 1.0 yg ketat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 4-5-2021 09:47 PM
kelantan mmg dah pkp la hampir sebulan. tapi sop longgar namampos, kete masih sepenuh kapasiti dia ...

Lockdown tuh berkesan tuk trnkan kes..rkyat msia jer xnk terima kenyataan..yerlah manusia kan...bukan lembu nk dikurung...nah kau..3k kes...kalo cecah 5k aku cash kan ajer kapitalist dan prgi rkyat monkey sekor2!
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 4-5-2021 09:47 PM
kelantan mmg dah pkp la hampir sebulan. tapi sop longgar namampos, kete masih sepenuh kapasiti dia ...

ye aku tau kelantan mmg dh pkp. tpi kerajaan kelantsn apply utk extend lagi. td baca kt mkini depa minta kerajaan benarkan buat pkp 1.0 mcm tahun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni agaknya nak kena mcm China nun masa mula2 Kobid dulu. Depa dok sebat (like literally sebat ya) sapa2 yg berkeliaran. Dah mcm budak kecik semuanya, nak kena rotan baru duduk diam. Kang sebat, kata hak asasi lah apa lah. Habis tu camno
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.128698 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list