CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1482|Reply: 6

[Jenayah] Geng Nicky 12 Pegawai Kanan Polis dan SPRM Turut Ditahan

[Copy link]
Post time 4-5-2021 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Polis Malaysia telah menahan 12 pegawai kanan agensi penguatkuasa undang-undang di dalam negara kerana disyaki mempunyai hubungan dengan seorang penjenayah dikehendaki yang mempunyai kaitan dengan ketua kongsi gelap China serta disenaraihitam Amerika Syarikat, kata Ketua Polis Negeri Johor pada Selasa.

Ayob Khan Mydin Pitchay juga berkata dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara yang ditahan dalam operasi yang dijalankan sejak minggu lepas, dengan penahanan tersebut turut disahkan oleh Ketua Persuruhjaya suruhanjaya itu melalui satu kenyataan media.

"Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor telah melancarkan satu operasi bermula 21 April hingga 27 April dan menahan 12 pegawai penguatkuasa undang-undang yang berusia di antara 36 dan 49 tahun, dengan kesemua mereka ditahan semasa fasa kedua Operasi Pelican 3.0 di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan," kata Ayob pada sidang media yang diadakan di Johor Bahru.

Pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor terlibat dalam penahanan tersebut yang turut menyaksikan seorang superintendan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah dan seorang inspektor yang bertugas di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Seramai empat pegawai melibatkan seorang pegawai berpangkat deputi superintendan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, seorang pegawai cawangan khas berpangkat asisten superintendan dan dua inspektor yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah dan ketua polis balai dari Polis Kontinjen Selangor turut ditahan.

Ayob berkata, dua pegawai berpangkat asisten superintendan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Jabatan Siasatan Jenayah dari kontinjen Kuala Lumpur dan seorang inspektor yang bertugas di Pulapol Air Hitam di kontinjen Negeri Sembilan turut ditahan dalam operasi berkenaan.

Tambahnya lagi pegawai berpangkat deputi superintendan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah dari Polis kontinjen Melaka turut ditangkap dalam operasi tersebut.

Penahanan kesemua mereka itu dibuat ketika pihak polis meningkatkan tindakan mereka terhadap anggota penguatkuasa yang disyaki bekerja dengan penjenayah dikehendaki Nicky Liow Soon Hee, yang mengetuai sebuah kumpulan dikenali sebagai Geng Nicky.

Dalam satu temubual eksklusif dengan BenarNews baru-baru ini, Ayob mengeluarkan amaran keras terhadap sesiapa sahaja termasuk anggota pihak berkuasa yang bekerjasama dengan ketua geng haram itu yang kini dalam buruan, selepas berjaya menyelinap dari ditahan ekoran kebocoran maklumat sulit mengenai operasi yang dibuat untuk menangkapnya.

SPRM mengesahkan penahanan pegawai

Antara kejayaan dalam operasi terbaharu di seluruh negara itu adalah penahanan dua pegawai tinggi SPRM yang bertugas di Ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di Putrajaya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengeluarkan satu kenyataan media pada Selasa dan mengesahkan penahanan dua pegawainya oleh Polis Johor itu.

"SPRM mengesahkan penahanan dua pegawai suruhanjaya ini yang dipercayai terlibat dengan kegiatan haram Geng Nicky. SPRM telah memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan.

"Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat," kata Azam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya juga pada Selasa.

Kesemua mereka yang ditangkap itu kini diletakkan di bawah tahanan menurut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, yang membenarkan polis untuk menahan mereka bagi tempoh maksima 28 hari untuk membantu siasatan.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan dan Seksyen 130ZB Bab VI B Jenayah Terancang Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat dengan jenayah terancang. Kesemua pegawai itu melihat kemungkinan dipenjara sehingga 20 tahun sekiranya didapati bersalah atas kesalahan tersebut.

Dengan penangkapan terbaharu itu juga, Ayob memberitahu bahawa polis telah menahan 64 suspek sehingga kini.

Ditanya adakah lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat, beliau berkata: "Jika ada nama-nama baharu, kita akan buat siasatan lanjut. Biar kami laksanakan soal siasat secara terperinci dan lengkapkan siasatan. Saya tidak boleh memberikan maklumat terperinci. Saya tidak akan menamakan sesiapa kerana mereka masih belum didakwa di mahkamah."

Ayob menambah bahawa polis masih berusaha mengesan Liow dan tidak boleh memberitahu secara pasti sama ada beliau masih berada di dalam negara atau telah lari keluar.

Nama terdedah kepada umum

Ayob juga memberikan amaran kepada orang awam untuk tidak menyebarkan maklumat rahsia berkenaan 12 pegawai polis dan SPRM yang ditahan dalam operasi terbaharu itu dengan berkata tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan berkenaan.

"Polis Johor telah mengenalpasti bahawa maklumat rahsia berhubung 12 individu dari agensi penguatkuasa yang ditahan dalam siasatan ini telah dikongsi melalui Whatsapp oleh sesetengah pihak.

"Polis Johor telah mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebih RM1 juta atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah," tambah beliau lagi.

Pada 30 Mac lepas, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mendedahkan bahawa 34 penjawat awam termasuk dari pasukan polis dipercayai telah melindungi dan membantu Geng Nicky, dan individu tertentu telah mempunyai peranan untuk membolehkan Liow lolos ketika Operasi Pelican 3.0 dijalankan untuk memberkas pengasas Dynasty Group itu.

Menurut Abdul Hamid, ahli perniagaan berusia 33 tahun tersebut dipercayai telah diberikan maklumat mengenai serbuan yang dirancang oleh pegawai polis dan anggota agensi penguatkuasaan undang-undang, termasuk seorang timbalan pendakwaraya.

Sekatan dikenakan AS bongkar kumpulan jenayah antarabangsa

Satu siri sekatan yang dikenakan oleh AS terhadap seorang raja jenayah Macau telah membantu Kuala Lumpur menghidu hubungan di antara kumpulan penjenayah di China dengan aktiviti korup polis di negara Asia Tenggara itu.

Ayob memberitahu BenarNews baru-baru ini bahawa sekatan yang dikenakan Jabatan Perbendaharaan AS telah membolehkan Polis DiRaja Malaysia membongkar Geng Nicky yang diketuai Liow.

Siasatan mendapati bahawa Liow adalah seorang yang rapat dengan Wan Kuok Koi, yang juga dikenali sebagai Broken Tooth, yang mengetuai kongsi gelap 14K - salah sebuah kumpulan jenayah terancang China yang terbesar di dunia dan mempunyai banyak hubungan di pelbagai negara. Laporan media mendakwa bahawa geng itu mempunyai lebih 20,000 ahli.

Sejak itu, polis telah melancarkan operasi besar-besaran di seluruh negara terhadap mereka yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Liow, termasuk pegawai agensi penguatkuasa.

Polis percaya Liow, yang dikatakan mempunyai aset bernilai lebih RM1 bilion (AS$242.6 juta), telah mengumpulkan kekayaan beliau selepas menjadi rakan subahat kepada Zhang Jiang, seorang pengendali skim cepat kaya yang bertapak di Cina. Zhang Jiang sedang di dalam penjara di negaranya kerana skim tersebut.

Geng Nicky juga mengendalikan aktiviti penipuan telekomunikasi yang menipu para mangsanya, kebanyakan di China, supaya mereka menyerahkan jumlah wang yang besar dan membolehkan sindiket itu mengumpul duit jutaan ringgit.

Polis Malaysia telah berhubung dengan Interpol bagi memohon Blue Notice dan Red Notice untuk mengumpulkan maklumat serta mengesan kedudukan Liow sekiranya dia berjaya lari dari Malaysia.

Awal bulan ini, 14 individu termasuk dua adik-beradik lelaki Liow iaitu Liow Wei Kin dan Liow Wei Loon telah didakwa di mahkamah atas pembabitan mereka dengan kumpulan jenayah terancang. Mereka berhadapan hukuman penjara 20 tahun sekiranya didapati bersalah.

Sebelum itu, dalam usaha melumpuhkan Geng Nicky, polis telah menahan 50 individu dan merampas RM773,000 (AS$187,500) serta 35 kenderaan bernilai RM8.86 juta (AS$2.14 juta) di bawah Akta Anti-Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Darjah kebesaran ditarik balik

Media tempatan Malaysia telah melaporkan yang Setiausaha Kerajaan Pahang, Dr Sallehuddin Ishak berkata, dua ahli perniagaan yang sebelum ini dikurniakan darjah kebesaran oleh Istana Pahang tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran Datuk berkuat kuasa serta-merta.

Keduanya ialah Liow Soon Hee dan Liow Wei Loon, dengan Soon Hee dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri manakala Wei Loon menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

"Penarikan darjah kebesaran terhadap kedua-dua mereka berkuatkuasa pada 21 April lalu," katanya menerusi kenyataan akhbar pada Isnin, dengan Darjah kebesaran itu perlu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang.

Sebelum ini, Soon Hee yang lebih dikenali sebagai Nicky disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah terancang antarabangsa dan pengubahan wang haram masih dalam buruan polis.

Pada awal bulan ini seramai 14 ahli 'Geng Nicky' termasuk Wei Loon, adik kepada pengasas Winner Dynasty Group, Soon Hee, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, demikian menurut laporan akhbar Sinar Harian pada Isnin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2021 08:03 PM | Show all posts
orang dah lama tahu berita ni , tt baru buka, nampak sangat tt baru keluar busut tt ni multinick nobita aka anti melayu dan fan bugis.

sorry tt radar sonar kaka tak pernah salah walaupun pandemic melanda . lain kali nak multinick perangai lama buang. bawa perangai molek

apa2pun tolong update berita baru. bukan berita basi. tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-5-2021 08:03 PM
orang dah lama tahu berita ni , tt baru buka, nampak sangat tt baru keluar busut  tt ni multinick  ...

Nampak sgt Kaka racist tak tentu Hala...mohon jgn skip jamu mbak friska
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:13 PM | Show all posts
notM replied at 4-5-2021 08:09 PM
Nampak sgt Kaka racist tak tentu Hala...mohon jgn skip jamu mbak friska

xdelah dik, kaka ada baca few ur comment dalam thread saja silent tak reply. kira tips kaka jangan bawa perangai nick nobita tu. tak elok. kalau nak salin kulit salin terus sekali perangai baru forumer lain tak terasa hati im racist bertempat dan dengan certain people only yang tiada manner. bukan macam nobita

btw rasanya thread ni dh ada. berita penahanan dah keluar last week rasanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2021 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-5-2021 08:13 PM
xdelah dik, kaka ada baca few ur comment dalam thread saja silent tak reply. kira tips kaka j ...

Mana yang racist nye Kaka....nampak macam Kaka skip jamu Mbak Friska ade la
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 08:21 PM | Show all posts
notM replied at 4-5-2021 08:15 PM
Mana yang racist nye Kaka....nampak macam Kaka skip jamu Mbak Friska ade la

ok abaikan je lah. tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-5-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-5-2021 08:21 PM
ok abaikan je lah. tq

Ayat meols semua natural je Kaka....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.082376 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list