CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1052|Reply: 0

Import baru Pahang bangkit ikat Gergasi Merah

[Copy link]
Post time 6-5-2021 05:50 AM | Show all posts |Read mode

PENYERANG baharu Sri Pahang, Hidalgo (kanan) berjaya mencetak gol pertamanya dalam debut Liga Super bertemu Selangor di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. - Foto oleh Sri Pahang FC

Import baru Pahang bangkit ikat Gergasi Merah

KUANTAN – Tonggak import baharu Sri Pahang FC tidak menunggu lama untuk mencipta impak positif apabila bangkit pada lewat permainan untuk mengikat Selangor FC 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini sebentar tadi.

Skuad Tok Gajah dilihat hampir tewas dalam aksi tersebut apabila membenarkan Selangor bangkit menjaringkan dua gol menerusi Hein Htet Aung serta Ifedayo Olusegun pada minit ke-76 dan 87.

Dua gol itu menyentap ego Sri Pahang yang terlebih dahulu berjaya membuka tirai jaringan menerusi sentuhan penyerang import baharu dari Argentina, Manuel Hidalgo pada minit ke-48.

Bekas penyerang Sheffield Wednesday itu menewaskan penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid selepas kesilapan dilakukan Sharul Nazeem Zulpakar yang kemudiannya dilayangkan kad merah pada hujung perlawanan.

Hidalgo, 22, membuktikan keputusan Sri Pahang menandatangani khidmatnya adalah tepat apabila dia sekali lagi memainkan peranan penting dalam menghasilkan gol penyamaan buat skuad bimbingan Dollah Salleh itu.

Sepakan percumanya pada minit-minit akhir perlawanan ditanduk masuk Abdul Malik Mat Ariff untuk memastikan Sri Pahang bangkit meraih satu mata berharga ke atas skuad Gergasi Merah.

Sementara itu, Perak akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan dalam empat perlawanan terakhir selepas menewaskan Petaling Jaya (PJ) City FC 1-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Sergio Aguero pada minit ke-26 sekali gus membolehkan Perak mengumpul 12 mata di tempat kesembilan selepas 12 perlawanan Liga Super setakat ini. – K! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:42 PM GMT+8 , Processed in 1.586109 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list