CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3015|Reply: 12

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Makan & Minum

[Copy link]
Post time 6-5-2021 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by boca120879 at 6-5-2021 03:26 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ali bin Abdullah, diceritakan oleh Sufyan, diceritakan oleh Al Walid bin Katsir, diceritakan oleh Wahb bin Kaisan,
diceritakan oleh Umar bin Abu Salamah,

"Ketika saya masih kecil dan berada di bawah jagaan Rasulullah s.a.w.,
tangan saya melintasi dulang ketika makan.

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Wahai anak kecil,

sebutlah nama Allah,
makanlah dengan tangan kanan
dan makanlah makanan yang paling hampir denganmu."

Umar bin Abu Salamah berkata,
"Maka itulah cara saya makan selepas itu."

(Hadith Bukhari no. 4957)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2022 02:47 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Suwaid bin Nashr, diceritakan oleh Abdullah bin Al Mubarak, diceritakan oleh Isma'il bin 'Ayyasy,
diceritakan oleh Abu Salamah Al Himshi & Habib bin Shalih, daripada Yahya bin Jabir Ath Tho`i, daripada Miqdam bin Ma'dikarib,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tiada tempat yang diisi oleh manusia yang lebih buruk
melebihi perutnya.

Cukuplah bagi manusia
agar makan beberapa suapan
sekadar untuk menegakkan tulang punggungnya.

Jika dia tidak mampu,
isilah (perutnya) sepertiga (1/3) untuk makanannya,
sepertiga (1/3) untuk minumannya
dan sepertiga (1/3) untuk nafasnya."

(Hadith Tirmidzi no. 2302)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2022 12:13 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 3-6-2022 04:22 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin Rafi', diceritakan oleh Ishaq bin 'Isa, diceritakan oleh Malik, daripada Suhail bin Abu Shalih,
daripada bapanya (Abu Shalih), daripada Abu Hurairah,

"Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan tamu orang kafir.
Lalu Rasulullah s.a.w. menyuruh pembantunya memerah susu seekor kambing untuk tamu,
Lalu diminum habis oleh tamu tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. menghidangkannya lagi,
dan habis pula diminumnya.
Dihidangnya lagi, tamu itu pun masih tetap meminumnya.
Sehingga akhirnya tamu itu meminum habis
susu perahan tujuh ekor kambing.

Beberapa waktu kemudian dia (tamu itu) masuk Islam.
Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya diperah seekor kambing untuknya.
Susu itu diminumnya habis.
Kemudian Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya diperah seekor lagi,
lalu diberikan pula kepadanya.
Tetapi dia tidak sanggup menghabiskannya.

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Orang Mukmin minum dengan satu usus (kurang makan/minum).
Dan orang kafir minum dengan tujuh usus (banyak makan/minum)."

(Hadith Muslim no. 3843)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2022 11:33 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Hisyam bin 'Ammar, diceritakan oleh Al Hiql bin Ziyad, diceritakan oleh Hisyam bin Hassan, daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Hendaknya salah seorang daripada kalian

makan dengan tangan kanan,
minum dengan tangan kanan,
mengambil (sesuatu) dengan tangan kanan
dan memberi (sesuatu) dengan menggunakan tangan kanannya.

Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri,
minum dengan tangan kiri
dan mengambil (sesuatu) dengan tangan kirinya."

(Hadith Ibnu Majah no. 3257)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2022 11:37 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abu Bakr bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Zaid bin Al Hubab, diceritakan oleh 'Ikrimah bin 'Ammar,
diceritakan oleh Iyas bin Salamah bin Al Akwa', daripada bapanya (Salamah bin Al Akwa'),

"Seorang lelaki makan
di samping Rasulullah s.a.w.
dengan tangan kirinya.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Makanlah
dengan tangan kananmu!

Dia menjawab,
"Aku tidak boleh."

Beliau bersabda,
"Apakah kamu tidak boleh?"

Dia menolaknya
kerana sombong.

Setelah itu tangannya tidak boleh sampai
ke mulutnya (untuk makan).

(Hadith Muslim no. 3766)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by namr at 4-8-2022 04:41 PM

tumpang tanya sistur.. minggu lepas ada orang letak 2 carton air mineral depan rumah saya. saya duduk rmh apartment sorang2 n mmg confirm saya tak order n org lain tak orderkan untuk saya. dah seminggu tgu ni takda org tuntut kalau2 salah alamat.. mcm mana ye, halal ke kalau saya guna atau sedekah kat surau..maap tanya kat sini tak tau nak tanya mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-8-2022 10:19 AM | Show all posts
namr replied at 4-8-2022 08:39 AM
tumpang tanya sistur.. minggu lepas ada orang letak 2 carton air mineral depan rumah saya. saya dudu ...

Saya hanya beri pandangan
bila saya memahami & arif
dengan suatu keadaan tersebut.

Dalam isu ni,
saya beri peluang kepada yang lebih memahami isu ini,
untuk beri pandangan mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2022 10:20 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Yahya bin Yahya, diceritakan oleh Abu Mu'awiyah, daripada Hisyam bin 'Urwah, daripada 'Abdurrahman bin Sa'd,
daripada Ibnu Ka'b bin Malik, daripada bapanya (Ka'b bin Malik),

"Rasulullah s.a.w. makan dengan tiga (3) jari.

Dan Rasulullah s.a.w. menjilati (jari)nya
sebelum mencuci tangannya."

(Hadith Muslim no. 3790)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2022 10:21 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 10-8-2022 04:46 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin Hatim & Abu Bakr bin Nafi' Al 'Abdi, diceritakan oleh Bahz, diceritakan oleh Hammad bin Salamah,
diceritakan oleh Tsabit, daripada Anas,

"Nabi s.a.w. apabila selesai makan,
Nabi s.a.w. menjilati ketiga-tiga (3) jari tangannya.

Nabi s.a.w. bersabda,
"Apabila suapan makanan salah seorang di antara kalian jatuh,
ambillah kembali
lalu buang bahagian yang kotor
dan makanlah bahagian yang bersih.
Jangan dibiarkannya dimakan oleh syaitan."

Dan Nabi s.a.w. menyuruh kami
untuk menjilati piring.
Nabi s.a.w. bersabda,
"Kerana kalian tidak tahu (bahagian) makanan mana
yang membawa berkah."

(Hadith Muslim no. 3795)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2022 02:55 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 22-8-2022 07:01 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Isma'il bin Ja'far, daripada 'Utbah bin Muslim (bekas hamba Bani Taim),
daripada 'Ubaid bin Hunain (bekas hamba Bani Zuraiq), daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila seekor lalat hinggap (terjatuh) di bekas minum
salah seorang daripada kalian,

hendaknya dia mencelupkan (lalat tersebut)
ke dalam minuman tersebut.

Kemudian membuangnya.
Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit.
Dan pada sayap lainnya terdapat penawarnya."

(Hadith Bukhari no. 5336)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2022 11:17 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id & Utsman bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Jarir, daripada Al A'masy, daripada Abu Sufyan, daripada Jabir,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Makanan untuk seorang (1),
cukup untuk dimakan oleh dua (2) orang.

Makanan untuk dua (2) orang,
cukup untuk dimakan oleh empat (4) orang.

Dan makanan untuk empat (4) orang,
cukup untuk dimakan oleh lapan (8) orang."

(Hadith Muslim no. 3838)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2022 06:39 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Mu'alla bin Asad, diceritakan oleh Wuhaib, daripada Ayyub, daripada Abu Qilabah,
daripada Anas bin Malik r.a.,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Jika makan malam telah tersedia,
dan iqamah dikumandangkan,
maka dahulukanlah makan malam."

Daripada Ayyub, daripada Nafi', daripada Ibnu Umar,

"Pada suatu kali,
Ibnu Umar pernah makan malam,
sementara dia mendengar suara bacaan imam."

(Hadith Bukhari no. 5042)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2023 01:06 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin Katsir, diceritakan oleh Sufyan, daripada Al A'masy, daripada Abu Hazim, daripada Abu Hurairah,

"Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela makanan sama sekali.

Apabila suka,
maka Rasulullah s.a.w. memakannya.

Dan apabila tidak menyukainya,
maka Rasulullah s.a.w. meninggalkannya."

(Hadith Abu Daud no. 3271)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056518 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list