CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2287|Reply: 9

[Sarawak] Pandelela raih pingat emas di Kejohanan Piala Dunia Terjun di Tokyo

[Copy link]
Post time 7-5-2021 03:20 AM | Show all posts |Read mode
Syabas dan Tahniah Anak Sarawak


PANDELELA Rinong berjaya meraih pingat emas dalam cara 10 meter (m) platform individu di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021 di Tokyo, Jepun.

Atlet berusia 28 tahun itu mempamerkan aksi terjunan hebat dengan mengumpul 355.70 mata.

Penerjun kelahiran Sarawak itu adalah rakyat Malaysia pertama yang berjayamenaiki podium kejohanan dunia berkenaan.

Pandelela meraih gangsa dalam acara yang sama pada edisi terakhir di Wuhan pada 2018.

Sementara itu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengucapkan tahniah kepada Pandelela di atas kejayaan membanggakan itu.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2021 03:23 AM | Show all posts


KUALA LUMPUR: Pandelela Rinong meraih pingat emas dalam cara 10 meter (m) platform individu di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo, sebentar tadi.

Pandelela yang sedang dalam persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini mengungguli acara berkenaan selepas meraih 355.70 mata.

Penerjun tuan rumah, Matsuri Arai berada di tempat kedua dengan 342.00 mata, manakala Caeli McKay dari Kanada melengkapkan pentas podium dengan 338.55 mata.

Sebelum itu, seorang lagi wakil negara dalam acara berkenaan, Cheong Jun Hoong terkandas di pusingan separuh akhir.

Jun Hoong yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik dalam acara berkenaan selepas mara ke separuh akhir semalam, melengkapkan saingan separuh akhir di tempat ke-18.

Jun Hoong merekodkan 237.35 mata manakala Pandelela berada di tangga ketika terbaik pada saingan separuh akhir dengan 333.00 mata.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mengucapkan tahniah kepada Pandelela atas kejayaan membanggakan itu.

"Tahniah @Pandelela_R!! Kejayaan ini terus menyemarakkan semangat kita semua sebelum acara yang terbesar tahun ini. So so proud of you Pandelela (sangat berbangga dengan kamu Pandelela)," tulis Reezal di akaun Twitter.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2021 03:26 AM | Show all posts



KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong, yang meraih pingat emas acara 10 meter (m) platform individu wanita pada kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 di Jepun, semalam.

Perdana Menteri dalam ucapan dimuat naik melalui laman Facebook rasmi beliau berkata, keringat dan komitmen Pandelela memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di persada dunia.

"Syabas! Anda kebanggaan Malaysia," katanya.

Atlet berusia 28 tahun itu mempamerkan terjunan bertenaga dan meyakinkan untuk mengungguli final yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun, dengan mengumpul 355.70 mata selepas melengkapkan tujuh terjunan.

Kejayaan meraih pingat emas itu menjadikan Pandelela satu-satunya atlet yang menyumbang pingat buat pasukan terjun negara yang menggalas cabaran ke Piala Dunia kali ini.

Terdahulu pada saingan separuh akhir, Pandelela menduduki tempat ketiga dengan 333.00 mata di belakang Caeli Mckay dari Kanada dengan 343.85 mata, manakala Andrea Spendolini Siriex dari Britain pula di tempat kedua dengan 336.00 mata.

Pandelela, Leong Mun Yee, Wendy Ng Yan Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Cheong Jun Hoong bakal menggalas cabaran negara dalam acara terjun di temasya Sukan Olimpik Tokyo dijadualkan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos depan. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2021 03:29 AM | Show all posts

Foto ihsan Facebook Istana Negara


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada penerjun negara, Pandelela Rinong atas kejayaan meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform individu wanita, pada Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Jepun, semalam.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan Pandelela meraih pingat emas pertama buat skuad negara di kejohanan itu, sekali gus melakar sejarah baharu buat sukan terjun negara dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

"Seri Paduka Baginda menyifatkan pencapaian Pandelela ini sebagai kejayaan yang amat bermakna kepada Malaysia dan juga sebagai suntikan semangat kepada beliau untuk meneruskan buruan pingat di Temasya Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini," menurut kenyataan dimuat naik di Instagram Istana Negara, hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah pencapaian cemerlang penerjun kebangsaan kelahiran Sarawak itu sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan atlet dan individu yang berkualiti, berkaliber serta bertaraf antarabangsa.

"Ia juga membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di peringkat dunia," menurut kenyataan itu.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan semoga kejayaan dan semangat perjuangan Pandelela turut menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya atlet di negara ini untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing sama ada di dalam negara mahupun di persada antarabangsa.

"Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Pandelela dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan serta sekali lagi memahat sejarah dan mengharumkan nama negara di Temasya Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini," menurut kenyataan itu.

Pandelela, 28, mempamerkan terjunan bertenaga dan meyakinkan untuk mengungguli final yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun dengan mengumpul 355.70 mata selepas melengkapkan tujuh terjunan dan mengatasi penerjun tuan rumah, Matsuri Arai (342.00 mata) dan Caeli McKay dari Kanada (338.55 mata) masing-masing di tempat kedua serta ketiga.

Kejayaan meraih pingat emas itu menjadikan Pandelela satu-satunya atlet yang menyumbang pingat buat pasukan terjun negara yang menggalas cabaran ke Piala Dunia kali ini.

Pandelela, Leong Mun Yee, Wendy Ng Yan Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Cheong Jun Hoong bakal menggalas cabaran negara dalam acara terjun di temasya Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos.

Pada Temasya Sukan Olimpik London 2012, Pandelela meraih pingat gangsa dalam acara yang sama. – BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2021 02:22 AM | Show all posts
terbaca ni...

Isu ‘Datuk’: Abdul Karim terima ugutan bakar rumah

SIBU, 8 Mei: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengakui, terdapat banyak individu serta netizen yang marah dengan kenyataanya mengenai ratu terjun negara Pandelela Rinong baru-baru ini.

Malah katanya, terdapat juga individu yang mahu membakar rumahnya menerusi satu komen di Facebook.

Namun Abdul Karim berkata, beliau tidak bercadang membuat sebarang laporan polis setakat ini, kerana menerima perkara tersebut sebagai kebebasan bersuara di media sosial.

Abdul Karim pada 7 Mei lalu dilaporkan sebagai berkata, pemberian gelaran ‘Datuk’ buat Pandelela yang meraih pingat emas di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 baru-baru ini belum sesuai, kerana penerjun negara itu masih muda.

“Sudah semestinya banyak anugerah boleh diberikan, tidak bermakna setiap kali menjadi juara di acara antarabangsa mesti beri anugerah gelaran Datuk, tidak semestinya begitu.

“Jadi sebab itu saya nyatakan, ada anugerah akan diberikan (kepada atlet berjaya),” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Abdul Karim berkata, kerajaan negeri Sarawak sememangnya tidak pernah mengabaikan atlet negeri itu yang meraih kejayaan di kejohanan sukan besar, lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa.

-BERNAMA


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2021 02:27 AM | Show all posts
owh ... kes ni ...

Masih muda, belum masa Pandelela terima gelaran Datuk - Abdul Karim
Astro Awani


Abdul Karim menjelaskan Kerajaan Negeri Sarawak ada cara tersendiri untuk memberi penghargaan kepada Pandelela. - Foto BERNAMA

KUCHING: Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan gelaran ‘Datuk’ belum sesuai diberi kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong buat masa ini.

Jelas Abdul Karim, Pandelela masih terlalu muda dan gelaran berkenaan akan menyukarkannya untuk berinteraksi bersama rakannya secara normal di luar.

"Dia baru berusia 28 tahun, jangan manjakan dia.

“Maksud saya, boleh kamu bayangkan seseorang berusia 20-an mempunyai gelaran Datuk?

“Ini akan menyukarkannya untuk berinteraksi secara normal di luar apabila ada rakan memanggilnya Datuk,”katanya.

Abdul Karim memberi reaksi itu sebagai membalas pertanyaan daripada beberapa pihak sama ada Sarawak akan memberikanganjaran kepada pemenang pingat emas tunggal Malaysia dalam Kejohanan Piala Dunia Terjun Fina di Jepun.

Jelasnya lagi, beliau berpendapat tidak baik untuk membiasakan atau memberi terlalu banyak ganjaran kerana kepada atlet kerana ia boleh merosakkan atlet terbabit.

"Sarawak mempunyai cara tersendiri untuk memberi penghargaan kepada mereka," katanya.

Abdul Karim dalam pada itu memuji Pandelela kerana banyak mempengaruhi minat anak muda Sarawak untuk menceburi sukan terjun.

"Saya harap dengan pingat emas terbaru yang dicapai oleh Pandelela, ini akan menimbulkan minat lebih banyak anak muda terlibat dalam sukan ini dan juga sukan air lain," katanya.

Untuk rekod, penerjun dari Sarawak itu sebelum ini mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak dengan memenangi pingat perak pada Olimpik Rio 2016 dan gangsa di London pada 2012.




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-5-2021 02:31 AM | Show all posts
pandangan pihak lain ...

Apa salahnya beri Pandelela gelaran ‘Datuk’, soal ahli politik
FMT Reporters -
May 7, 2021 8:31 PM

PETALING JAYA: Beberapa ahli politik pembangkang berkata, tiada salahnya menganugerahkan gelaran “Datuk” kepada penerjun negara, Pandelela Rinong.

Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sesiapa saja yang menabur bakti kepada industri sukan layak menerima darjah kebesaran.

Beliau berkata demikian selepas Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah dilaporkan berkata, tidak baik untuk memberi ganjaran kepada atlet setiap kali mereka menang pingat.

Karim berkata, gelaran “Datuk” hanya akan menyebabkan Pandelela, yang berusia 28 tahun, “sukar berinteraksi secara normal di luar”.

Pandelela mengharumkan nama negara apabila meraih pingat emas acara 10m platform individu di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo kelmarin.

Sebelum ini, bekas jaguh badminton negara, Lee Chong Wei dan juara skuasy dunia, Nicol David dianugerahkan gelaran “Datuk” ketika mereka berusia 26 tahun.

Syed Saddiq berkata, beliau hairan dengan tindakan menteri Sarawak itu yang menentang pemberian darjah kebesaran kepada atlet yang mengharumkan nama negara.

“Kumpulan sama yang cepat terima pangkat ‘Datuk’ kini menidakkan hak mereka yang layak.

“Kalau mahu negara berubah, ubah dahulu pandangan yang merendah-rendahkan atlet negara begini.”

Ketua Pemuda DAP Stampin, Abdul Aziz Isa berkata, beberapa individu terkenal di Malaysia juga menerima gelaran “Datuk” pada usia 20-an, walaupun “bukan semuanya mengharumkan nama negara”.

“Ada di antara mereka didakwa terbabit dengan jenayah terancang dan syarikat yang terlibat dengan penipuan.

“Ada juga pencapaian mereka tidak diketahui umum, tetapi entah bagaimana, mereka masih diberi gelaran ‘Datuk’,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kenyataan menteri negeri itu “memalukan” rakyat Sarawak.

Beliau menggesa Karim fokus memperbaiki kemudahan sukan air negara, menganjurkan lebih banyak pertandingan dan menggalakkan lebih ramai rakyat menyertai aktiviti sukan air untuk melahirkan lebih ramai atlet muda seperti Pandelela.

“Alangkah baiknya jika Karim memberi sokongannya dan mengeluarkan kenyataan positif, berbanding bersikap negatif dan tidak menggalakkan,” katanya sambil menambah kenyataan seperti itu memberi kesan buruk kepada industri sukan Malaysia.


Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 03:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by laradelara at 9-5-2021 03:41 AM

Nak bagi pangkat "datuk" atau apa tu bkn main issue. Yg penting kena hargai jasa & pengorbanan atlet ni. Bkn setahun dua training sudah bisa menang.

Pandelela ni rajin ya. Mmg gigih berlatih & berdisiplin. Dari zaman uni pun gigih. Sbb tu dia boleh berjaya skrg. Hasil usaha bertahun-tahun. Mmg boleh nmpk, dia punya form makin cantik over the years.

Itu belum sentuh psl training yg rigorous. Isu coaching & etc. Sports injury yg berulang. Impak pada badan, mental & wellbeing tu pun ada jugak. Jangka hayat kerjaya atlet ni pun tak lama.

Pokok pangkalnya, hargai lah mereka. Give them what they deserve. Jadikan keluhan atlet senior & bekas atlet sebagai panduan utk perbaiki penjagaan kebajikan atlet negara. Kalau tidak, mmg takda yg mau jadi atlet di kemudian hari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2021 03:19 AM | Show all posts
laradelara replied at 9-5-2021 03:35 AM
Nak bagi pangkat "datuk" atau apa tu bkn main issue. Yg penting kena hargai jasa & pengorbanan atlet ...
semalam dah reply ...tulis panjang2 lak tu... awat tengok takde


sangat setuju dengan komen Lara ... patut nya yang mengharumkan nama Negara dengan usaha gigih mereka ... layak jer tak kira lah umur berapa ... asoi la alasan nanti tak selesa sembang dengan kawan kawan ...
ternganga juga baca alasan tu ... kawan2 ... keluarga tetap macam biasa lah kan ... apa pula beza nya ...tak kan nak nyembang yang rapat ngan dia nak kena panggil gelaran juga ... haih ...




Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kannn.. Speechless bila dgr reason tu. Apo lah.. Tak berapa bijak statement dia.

I mula2 pikir bnyk kali jugak nk komen panjang lebar psl ni. Takot disalah erti. Tapi tak boleh sis. Sports ni passion i. Rasa nk tulis pulak wpun bkn MSN baca pung.

Rasa sedih sbb follow dia dari zaman dia remaja smpai skrg. So tau mmg dia bnyk improve. Bila dia berjaya smpai tahap skrg, ingatkan dah takde org yg berbunyi mcm zaman dulu mempertikaikan/memperkecilkan sumbangan atlet. Rupanya ada lagi

Yg suka pndg rendah pada atlet tu, pergilah tanya sama pandelela berapa bnyk sports injury yg dia sustain over the years.. Sakit tak training dia.. Risky apa tidak.. Ada effect smpai skrg tak..

Baru lah tau betapa bnyk yg dia lalui utk smpai tahap ini. Sbb tu kena hargai mereka. Usaha bertahun-tahun bkn sekejap.. Bkn sng lagi. Atlet tak ckp apa yg mereka lalui bcoz sports tu passion. Jadi jgn lah put them down or take them lightly. Kesian.. Nanti atlet ni patah semangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.140444 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list