View: 757|Reply: 0
|
Emery buat Arsenal merana
[Copy link]
|
|
Emery buat Arsenal merana

REAKSI Emery (kiri) pada perlawanan hari ini. FOTO AFP
London: Ketua jurulatih Villarreal, Unai Emery kembali menghantui Arsenal selepas kelab bimbingannya itu mencatat keputusan seri 0-0 di Emirates untuk menang menerusi agregat 2-1 sekali gus mengatur pertemuan dengan Manchester United pada aksi final Liga Europa.
Kekalahan itu bermakna Gunners akan terlepas untuk beraksi di Liga Juara-Juara buat kali kelima berturut-turut dengan tekanan semakin dirasai oleh pengganti Emery, Mikel Arteta.
Menduduki tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris, Arsenal berdepan risiko gagal layak ke saingan Eropah buat kali pertama selepas 26 tahun.
"Kami sangat kecewa. Kami sudah mencuba segala-galanya sehingga minit akhir. Saya rasa kami berhak untuk memenangi perlawanan ini tetapi akhirnya perlu menerima keputusan ini," katanya.
Cubaan Pierre-Emerick Aubameyang dua kali terkena palang gol manakala Emile Smith terlepas peluang terbaik di awal separuh masa kedua.
"Kami mempunyai tiga peluang terbaik. Lawan tidak mempunyai peluang tetapi tetap ke final," tambah Arteta yang terpaksa melakukan pertukaran saat akhir selepas Granit Xhaka mengalami kecederaan ketika memanaskan badan.
"Banyak perkara yang berlaku kepada kami dan banyak pemain yang cuba beraksi tetapi tidak berada pada tahap terbaik mereka."
Kejayaan Villarreal melangkah ke final berjaya mengelak daripada dominasi pasukan Liga Perdana Inggeris pada final Liga Juara-Juara dan Liga Europa.
Villarreal akan bertemu United di Gdansk pada 26 Mei, tiga hari sebelum Manchester City bertemu Chelsea pada final Liga Juara-Juara, 29 Mei.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|