CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6258|Reply: 68

[Tempatan] Isu air Kelantan: Mesin basuh rosak, kos melambung bahana air ‘teh tarik’

  [Copy link]
Post time 8-5-2021 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 8-5-2021 03:44 PM



Isu air Kelantan: Mesin basuh rosak, kos melambung bahana ‘teh tarik’
malaysiadateline.com
Oleh FAZLI RADZI / May 6, 2021


Seorang penduduk di Kampung Batu 2 1/2, Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa kesal dengan kualiti air yang diterimanya sejak tiga tahun lalu.

Pengguna Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Asrul Mamat mendakwa pihak AKSB tidak memberikan maklum balas terhadap aduan yang diajukannya pada 2018.

Berkongsikan beberapa gambar dan video termasuk air seperti teh tarik keluar dari paip di rumahnya, beliau memberitahu lokasi kediamannya tidak sampai dua kilometer dari ibu pejabat AKSB di Kota Bharu.

Akibat air yang berkeladak itu, Asrul berkata, beliau menanggung kos yang tinggi termasuk menggantikan penapis air bahkan mesin basuhnya juga rosak.

“Demo (Anda) tengoklah air paip rumah saya macam mana. Air gapo demo rasa. Untuk minum, mandi. Ini tahun lepas. Ambo letak dah enjin dan filter besar.

“Tapi lepas lapan bulan, air tetap sama. AKSB, tolonglah. Bil rumah ambo jadi tinggi. Sebab asyik main flushing air, filter air, washback filter. Sapo nak tanggung semua tu?

“Mesin basuh sebiji out. Mozek dalam bilik air habis jadi kuning. Kos penapis, semua tu. Ambil caknalah. Tarif air terap sama tapi kualiti tak sama,” jelasnya dalam hantaran di Facebook.




Dalam tempoh 16 jam dimuat naik, hantaran luahan hati Asrul itu tular dan mendapat 2,400 reaksi selain 1,600 perkongsian dengan lebih 700 komen daripada warganet.

Untuk rekod, masalah bekalan air bersih di Kelantan di bawah kendalian AKSB sudah sekian lama membelenggu rakyat di negeri diperintah Pas sejak lebih 30 tahun itu.

Bagaimanapun, kerajaan negeri dilihat gagal menyelesaikan masalah itu. Tahun lalu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu air tidak boleh diselesaikan dalam sekelip mata.

Katanya, penyelesaian kepada masalah air di negeri itu bergantung kepada satu-satu kawasan yang mana ia memakan masa tidak kurang dari lima tahun bagi keseluruhan negeri.

Mengulas lanjut Asrul turut menambah beliau terpaksa membilas pakaian yang berwarna cerah di kedai dobi sekali gus membabitkan banyak perbelanjaan.

“Sapo nak tanggung tu? Sapo? Kos wash back air. Kos elektrik. Kos penapis. RM5 ya setiap tukar. Tukar seminggu sekali. Tak tukar filter, air jadi slow sebab tersumbat. Jammed.


“Ni nama ambo Asrul Mamat. No telefon: 014-522 2854. Mano mano kenal. Raso nak backup ko, nak bahas ko, direct ambo,” tambahnya.

Februari lalu, kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dilapor sedang meneliti permohonan kerajaan Kelantan mendapatkan peruntukan bagi mengatasi masalah air terawat di negeri itu.

Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden Pas itu berkata KASA akan memastikan masalah air di Kelantan menjadi antara keutamaan untuk diselesaikan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2021 03:26 PM | Show all posts
islam di kelantan lebih mementingkan mercedez benz dr air
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 03:28 PM | Show all posts
Terliur pulak nmpk mcm teh tarik tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la nk jadi...dah berpuluh tahun tak selesai masalah infra air kelantan ni. Sampai rakyat kena usaha buat tong sendiri, minta derma utk wakaf air etc. Apa kerajaan negeri buat??
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya. air mcm ni mmg stress la hdup. rsa nk memaki je tiap hri agknya. yg byk dhighlight psl serambi mekah la aurat la tp isu air utk kemaslahatan & kbhgiaan rakyat bpuluh tahun xslesai. kesian wrga klntan
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Asyik sangat tebang balak sampaikan air sungai tercemar teruk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik aku kelantan ramai kaya2, tp negeri mcm 60an. Kalau politaik tu x function, apa kata yg kaya2 ni pakat sesam do something for negeri depa?? Kaya tp bodoh. Kelantan boleh jd the next johor. Susah sgt, bg je lah negeri tu dekat cina , jd la maju.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 03:58 PM | Show all posts
tu air balak atau air teh tarik? bakpe keruh sangat abe?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2021 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
A new addition of the 8th Wonders of the World....

Kahkahkahkahkahkahkahkahkah


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 04:04 PM | Show all posts
Bagus rakyat kelantan ni kesabaran tahap tertinggi .

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 04:12 PM | Show all posts
anony-mous replied at 8-5-2021 03:49 PM
Pelik aku kelantan ramai kaya2, tp negeri mcm 60an. Kalau politaik tu x function, apa kata yg kaya2  ...

Yang penting kereta MB & EXCO tukar baru.. Rakyat dibiarkan minum teh tarik.........
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Anney, teh tarik wunnek!


P/S: walaupun cukup siksa nak cari kedai mamak dekat patatimo, negeri rasis
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang takda sistem tapisan air macam Selangor ke? Selangor kalau air takda MMG problem mula air masuk keruh ckitlaa..tapi kejap je. Mertua aku Kelantan MMG air keruh tau. Mcm teh tarik tula..kalau lalu kat kulit rasa geli sbb keladak tu duk celah bulu roma..merenyuttttt. air laju tapi kotor.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan order satu saja, orderlah dua, nanti insha alla saya boleh temankan adimanisssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 04:33 PM | Show all posts
as for me salah mereka lah sendiri sebab x nak ubah.. cer next pru ubah... aku x rasa mereka akan ubah... tetap setia tapi menyalak kat media pasal air hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
air gini patut hidang dekat walaun perantau yg gigih balik kg undi lobai penonggeng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pasang filter kat paip utama rumah ok x?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
yusryimran replied at 8-5-2021 04:33 PM
as for me salah mereka lah sendiri sebab x nak ubah.. cer next pru ubah... aku x rasa mereka akan ub ...

Kalu tak undi parti PIS nanti tak masuk syurga, apalah sangat teh tarik duniawi yang fana ini jika dibandingkan dengan nikmat sungai air arak yang mengalir lazuartttt di syurga Ferdowsi yaumul akhiroh nanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kagum dgn rakyat kelate air sebegini rupa pun aman2 je hidup. kebolehhidupan rakyat tanpa kebergantungan terhadap kerajaan mmg tinggi ye di kelate.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.079523 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list