Ujar Zhaf, dia ada menghantar mesej peribadi kepada Hairul bagi mendapatkan jawapan tentang siapa yang bertanggungjawab terhadap pembuatan poster tersebut.
Menerusi paparan skrin yang dimuat naik pengkritik filem tersebut, Hairul mengakui memang dia yang menyunting sendiri poster berkenaan.
Walaubagaimanapun, Hairul menjelaskan bahawa ada sebab poster berkenaan diedit seperti itu kerana ingin penonton memahami konsep yang ingin disampaikan selepas menonton filem berkenaan.
Terdahulu, filem Ada Hantu akan menemui penonton menerusi platform penstriman Disney Plus Hotstar Malaysia pada bulan Ogos nanti.
Selain menjadi pengarah, Hairul turut berlakon sama dalam naskah arahannya itu dan antara pelakon yang turut membintangi filem tersebut adalah Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan Nafiez Zaidi.
Sementara itu, rata-rata netizen turut menganggap pelakon itu sepatutnya mengutamakan kualiti poster terlebih dahulu bagi menarik minat penonton.
Malah ada yang berpendapat poster sesebuah filem mempengaruhi jalan cerita yang ingin disampaikan menerusi filem tersebut.
"Tengok poster pun dah tahu kualiti cerita dia, siapa nak tengok filem macam ni?
"Tahu tak first impression main peranan besar! Punya ramai designer Malaysia belajar untuk buat benda ini, kenapa tak hire?" komen netizen.
Selain bertindak sebagai pengarah, Hairul turut berlakon sama dalam Ada Hantu. Antara pelakon lain yang terlibat sama ialah Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan Nafiez Zaidi.
Untuk filem sulung arahannya itu, Hairul mendapat tunjuk ajar daripada pengarah filem blokbuster Paskal iaitu Adrian Teh yang juga merupakan penerbit untuk Ada Hantu.