CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1713|Reply: 7

[Sarawak] Hospital Medan ATM

[Copy link]
Post time 9-5-2021 02:52 AM | Show all posts |Read mode
Kapit: Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini giat menjalankan kerja-kerja bersama agensi kerajaan yang lain dalam menyiapkan Hospital Medan ATM bagi menampung keperluan pihak Hospital Kapit.

Hospital Medan ATM ini akan menempatkan pesakit dari empat daerah di Bahagian Kapit kerana Hospital Kapit digunakan untuk menempatkan pesakit COVID-19.

Hospital Kapit yang sedia ada hanya mampu menampung 135 katil setakat masa ini.

Kerja-kerja menyiapkan hospital medan ini mengambil masa kurang daripada seminggu untuk disiapkan.

Dalam kenyataan media, ADUN N.63 Bukit Goram Yb Jefferson Jamit Unyat berterima kasih dengan pihak yang terlibat menyiapkan hospital medan ini.











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2021 02:57 AM | Show all posts
KAPIT, 8 Mei 2021 – Proses menaiktaraf Dewan Masyarakat Melayu Kapit mengikut spesifikasi untuk dijadikan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu Hospital Daerah Kapit merawat pesakit bukan kes COVID-19 telah hampir selesai dan dijangka akan sedia untuk beroperasi bermula mulai 10 Mei 2021 ini.

Usaha giat pengubahsuaian Dewan Masyarakat Melayu Kapit tersebut yang dirancang oleh Panglima 9 Briged telah dilaksanakan oleh 7 Pegawai dan 69 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) termasuk 13 anggota daripada pasukan Rejimen 510 Askar Wataniah (Rej 510 AW) serta turut mendapat bantuan daripada agensi awam lain dan pihak swasta. Bantuan dari TUDM juga turut membantu memudahkan proses penubuhan hospital menerbangkan aset perubatan dari Kuching dan Kuala Lumpur ke Kapit.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing bersama Timbalan Menteri Kesihatan 2, Datuk Aaron Ago Dagang serta diiringi Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa dan Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Shamshor bin Hj Jaafar turut hadir bagi meninjau perkembangan semasa penubuhan Hospital Medan ATM di Dewan Masyarakat Melayu Kapit pada pagi ini.

Pegawai Memerintah 1 Batalion Ubat, Leftenan Kolonel Dr Saiful bin Ju@ju Ahmad selaku Komander Misi Hospital Medan ATM Kapit turut menyampaikan  taklimat pengoperasian Hospital Medan ATM sebelum membawa Timbalan Ketua Menteri Sarawak bersama Timbalan Menteri Kesihatan 2 meninjau persiapan serta kerja-kerja yang dijalankan di sana.

Panglima 1 Divisyen dalam kenyataannya turut memaklumkan bahawa Pasukan perubatan ATM akan terus bersama KKM dalam menghadapi pandemik wabak COVID-19 terutama di Kapit dan berharap agar Penubuhan Hospital Medan ATM ini dapat memulihkan semangat penduduk setempat yang terkesan serta mengembalikan Kapit bebas dari jangkitan COVID-19.


Hospital Medan ATM di Kapit ini merupakan yang kedua ditubuhkan berdasarkan kejayaan pengoperasian Hospital Medan ATM di Tawau, Sabah akan menempatkan 7 Pegawai (Doktor Perubatan) dan 35 anggota Lain-lain Pangkat (Pembantu Perubatan) dan turut dibantu oleh staf perubatan dari Hospital Daerah Kapit serta mampu merawat 40 pesakit pada suatu masa.


ATM akan terus komited memberikan bantuan sewajarnya kepada mana-mana pihak yang memerlukan dan bantuan penubuhan Hospital Medan ATM kepada Kerajaan Sarawak membuktikan bahawa ATM sentiasa mengambil berat tentang perkembangan semasa ancaman COVID-19 yang semakin meningkat di seluruh negara

Sumber daripada:
Sel Perhubungan Raya, Divisyen Pertama Infantri Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2021 02:58 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Nmpk luas & selesa
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2021 04:15 AM | Show all posts
moga dapat menampung keperluan pesakit bukan Covid ...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2021 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 10-5-2021 04:15 AM
moga dapat menampung keperluan pesakit bukan Covid ...

Aminnn...
Thx mod bg kacang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2021 02:53 AM | Show all posts
laradelara replied at 10-5-2021 06:30 AM
Aminnn...
Thx mod bg kacang
panggil FC jer ...

boleh la buka memana Thread berkaitan dengan Sarawak atau Sabah ... nanti insyaAllah FC ada masa FC bagi tacang ...

Terimakasih


Jaga diri bebaik yer ... Selamat Hari Raya ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.083627 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list