View: 4908|Reply: 48
|
Da’I Syed bangkit kaut rezeki, bakal jadi pelakon
[Copy link]
|
|
Da’I Syed bangkit kaut rezeki
KETIKA sedang asyik di puncak kerjaya, namanya terpalit tragedi hitam sehingga meletak dirinya di suatu tempat paling gelap dalam hidup. Satu demi satu badai yang melanda dirinya sehingga satu saat, lelaki muda itu pernah diselubungi ketakutan untuk bersua muka dengan masyarakat.
Itu antara luahan pemilik nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful tentang kronologi getir yang menerjang dadanya.
Menterjemah helaian-helaian masa lalu mendepani hari esok, jejaka berkulit sawo matang itu melekapkan satu pegangan. Katanya, dugaan menjadi anugerah. Bermula dengan ujian, berakhir dengan rezeki.
Tidak menganggap segala ujian yang dilemparkan sebagai bebanan, si pemilik mata bundar yang mesra disapa sebagai Syed itu percaya semua yang menimpa ialah titik permulaan rezeki hari ini.
Tutur jejaka berusia 26 tahun itu kepada Pose, dia enggan terpuruk menangisi dan mengingati semua memori hitam semalam.
“Tidak dinafikan peristiwa lalu banyak beri impak kepada kehidupan saya. Pernah satu ketika rasa tidak mahu keluar dari rumah kerana takut dipandang hina masyarakat.
BAKAL bergelar pelakon, bekas peserta program Da’I itu bakal muncul dalam sebuah drama terbitan Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd. tidak lama lagi.
“Paling terharu, ketika diri menerima ribuan kecaman, Tuhan kurniakan saya jutaan rezeki yang tidak pernah terfikir dek akal, melimpah ruah.
“Segala yang berlaku seperti satu proses kelahiran semula, semuanya seperti dunia yang baharu,” katanya teruja.
Syed bagaimanapun tidak mahu terlalu berbangga dengan semua yang diraih. Dia enggan hanyut dalam keseronokan tersebut.
“Dahulu, Tuhan letak saya di kedudukan paling bawah (lokap) yang tidak pernah saya bayangkan tetapi semuanya sudah terbalik.
“Dapat saya simpulkan, sejak kejadian tersebut, saya terima lebih banyak perkara positif daripada negatif. Pelik tapi itu yang saya lalui,” ujarnya yang mula dikenali menerusi program Da’I terbitan TV3.
ENGGAN terpuruk menangisi nasib buruk, Syed sebaliknya mahu mengaut segala rezeki depan mata ketika ini kerana menganggap peluang yang datang tidak harus disia-siakan. – Foto MUHAMMAD IQBAL ROSLI
Cabang bisnes
Benarlah kata orang, rezeki selalunya datang tanpa diduga. Ketika namanya dikecam hebat, dia muncul dengan produk-produk istimewa buat peminat, seperti biskut perisa karamel coklat, Asyedap dan terbaharu, tudung berjenama Hejhub.
“Saya sedar ramai yang kata saya ambil kesempatan jual macam-macam benda menggunakan populariti yang ada tetapi ini namanya rezeki.
“Jika peluang sudah datang kepada kita, mengapa harus dilepaskan begitu sahaja.
“Bercakap tentang biskut Asyeda, itu merupakan resepi ibu saya sendiri yang merupakan seorang pembuat biskut sejak sekian lama. Jadi, saya gunakan platform sekarang untuk melebarkan dan melariskan lagi produk makanan itu.
“Alhamdulillah sambutan sangat baik terutama pada bulan Ramadan ini, ramai beli sebagai juadah hari raya,” katanya.
Berbicara tentang jenama tudung miliknya pula, dia tidak menyangka produknya itu mendapat sambutan luar biasa.
“Niat saya bukan sahaja untuk berniaga tetapi bagi menggalakkan lebih ramai kaum wanita untuk mengenakan hijab. Sambil berniaga kita juga dapat pahala,” kata penyanyi yang popular dengan single Albi Nadak.
SYED percaya terdapat individu tidak puas hati dan menghantar sihir melalui pandangan mata kepadanya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak cakap ,cakaplah berkaitan perempuan perempuan bodo yg ko bawa dan ko toron serupa pelacur tu
peduli apa sihir
ko dengan sihir xde beza ,kedua-dua ko memang jahat !
Bila setan menuduh setan lain bawa sihirlah...sedangkan dia sendiri pun menjadi fitnah kepada perempuan lain yg ko nodai.
dajjei nakharom ,hidup lagi kan ko |
|
|
|
|
|
|
|
Akhir zaman
Pendosa da takder raser malu malah berdegar2 canang konon rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
Actually ada perempuan yg minat dia sihir dia...yg tulis dlm twitter tu semua fitnah je... |
|
|
|
|
|
|
|
Di puncak kerjaya????
Haha ye ker. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangkit bagai
so fitnah la selama nih
kes dak aih tiduri beberapa girlz murahan
out there |
|
|
|
|
|
|
|
Syed tapi hidung besor kembang |
|
|
|
|
|
|
|
Dah setel ke kes mahkamah? Confident btol mamat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
galakkan perempuan berhijab tapi ko galakkan jugak perempuan buang rasa malu ikut ko balik rumah. dasar penonggang! |
|
|
|
|
|
|
|
mata bundar? Celah mana? tukang tulis ni sesuatu betul puji melebih |
|
|
|
|
|
|
|
berlakon pon..'rezeki' ka??? kang dh 'bertudung'@taubat....minta jgn tayang gambar/babak tgh berkembam.......pulok. |
|
|
|
|
|
|
|
Weh, aku pose weh.
Nak aje aku carutkan ungka x sedar diri ni |
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 9-5-2021 02:51 PM
kalau nak cakap ,cakaplah berkaitan perempuan perempuan bodo yg ko bawa dan ko toron serupa pelacur ...
terima kasih di atas penulisan ini, lega aku rasa hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
bungarose replied at 9-5-2021 02:53 PM
Akhir zaman
Pendosa da takder raser malu malah berdegar2 canang konon rezeki
Sangat setuju dgn komen uols! |
|
|
|
|
|
|
|
beloomberk replied at 9-5-2021 03:27 PM
Dah setel ke kes mahkamah? Confident btol mamat ni.
Nak tahu jugak bila keputusan keluar |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah creet merate kot.tebalnyer kulop ko ni eh kulit ko ni |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 9-5-2021 04:13 PM
berlakon pon..'rezeki' ka??? kang dh 'bertudung'@taubat....minta jgn tayang gambar/babak tgh berkem ...
Jual dadah......scam orang pun dapat duit banyak khenss
Rezeki juger ker itewww |
|
|
|
|
|
|
| |
|