CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1499|Reply: 0

Tsunoda dakwa kereta tak laju

[Copy link]
Post time 9-5-2021 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Tsunoda dakwa kereta tak laju


TSUNODA menyatakan rasa tidak puas hatinya. FOTO AFP

Barcelona: Pemandu Jepun, Yuki Tsunoda memohon maaf kepada AlphaTauri di Grand Prix Sepanyol kerana menyatakan prestasi keretanya jauh berbeza berbanding rakan sepasukan, Pierre Gasly.

Tsunoda yang di musim pertama saingan Formula Satu, hanya menamatkan kempen kelayakan di kedudukan ke-16 manakala Gasly ke-12.

Ia adalah kali keempat bintang baharu Jepun itu tewas kepada Gasly yang lebih berpengalaman.

"Saya sentiasa mendapat reaksi yang berbeza berbanding rakan sepasukan," kata Tsunoda kepada Sky Sports.

"Saya mempunyai sedikit persoalan jika ia adalah kereta yang sama. Sudah pasti kereta adalah sama tetapi karakter kereta sangat berbeza. Saya tak tahu kenapa saya sangat bergelut."

Bagaimanapun selepas itu, pemandu berusia 20 tahun yang kini menduduki tangga ke-13 kedudukan pemandu berbanding Gasly di tempat ke-10, pantas mengemukakan permohonan maaf.

"Saya mahu memohon maaf atas kenyataan saya hari ini," tulis Tsunoda di akaun Twitter miliknya.

"Saya tak bermaksud mahu mengkritik pasukan yang sudah menjalankan tugas sebaik mungkin sepanjang minggu. Saya hanya berasa kecewa dengan prestasi saya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.331506 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list