GREENWOOD (kanan) meraikan gol kedua United yang disumbangkannya. FOTO AFP
London: Hajat Manchester City untuk meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) tertangguh selepas Manchester United berjaya bangkit untuk menumpaskan Aston Villa 3-1 sebentar tadi.
Pasukan bimbingan Pep Guardiola itu terlepas peluang untuk mengesahkan kejuaraan apabila tumpas 1-2 kepada Chelsea awal pagi tadi.
City boleh memulakan sambutan kejuaraan jika United yang menduduki tangga kedua tumpas di Villa Park.
Bagaimanapun, seteru setempat mereka itu masih lagi belum lagi mengaku kalah apabila bangkit dari ketinggalan 0-1 selepas memperoleh jaringan melalui Bruno Fernandes, Mason Greenwood dan Edinson Cavani.