CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1043|Reply: 4

[Tempatan] Kes positif di Besut naik mendadak 835 peratus dalam masa kurang dua bulan

[Copy link]
Post time 10-5-2021 11:01 PM | Show all posts |Read mode
Kes positif di Besut naik mendadak 835 peratus
| | 10 Mei 2021


KUALA TERENGGANU - Situasi Covid-19 di daerah Besut semakin membimbangkan dengan peningkatan 835 peratus kes positif direkodkan dalam tempoh kurang dua bulan sejak April lepas.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, pada Mac hanya 60 kes positif Covid-19 sahaja direkodkan, namun jumlah itu naik mendadak kepada 561 kes pada April dan Mei.

“Dalam tempoh bermula 1 April hingga 8 Mei, kita telah melakukan sebanyak 9,936 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 662 kes positif telah dikesan. Situasi Covid-19 di Besut sangat merisaukan kita dengan puluhan kes positif dilaporkan setiap hari.

“Data ini jelas menunjukkan penularan jangkitan dalam komuniti sangat tinggi dan kita risau apabila sudah menular jauh, maka sukar untuk kita hambat virus Covid-19," katanya dalam satu catatan di akaun Facebooknya pada Isnin.

Pada Isnin, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah merekodkan pertambahan 166 kes discaj dan 93 kes baharu Covid-19 menjadikan 579 kes Covid-19 aktif di Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4,941 kes.

Daripada 93 kes baharu itu, 43 kes dilaporkan berlaku di daerah Besut.

Ketika ini, 570 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa manakala sembilan kes menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah dan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Nor Azimi berkata, petugas kesihatan sangat serius dan komited membuat pengesanan kontak, saringan, pengasingan serta memberi rawatan dan pihaknya berharap agar penduduk Besut juga memberi kerjasama dengan membuat kawalan kendiri.

"Hadkan pergerakan, elak berkumpul beramai-ramai, patuh prosedur operasi standard (SOP), duduk rumah di samping menjaga diri dan orang lain, jika semua perkara ini diberi perhatian maka segala usaha dalam memutuskan rantaian wabak di Besut akan berjaya.

"Selain itu, individu yang mempunyai gejala demam, batuk, selesema, sakit tekak serta hilang deria bau dan rasa perlu segera membuat pemeriksaan kerana langkah ini sangat membantu mengawal penularan yang lebih besar," katanya. - Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kluster balik kampung ganu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganu kepelekkang tangpa batasang
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti sumpahang ikang asdang
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap yg kene covid tu geng2 yg bakar kawad sempadan kt thread sebelah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.072175 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list