SHAH ALAM – Sebuah rakaman audio sedih tular di media sosial melibatkan perbualan seorang wanita dipercayai doktor di sebuah hospital dengan seorang lelaki bernama Shahrizal yang diberitahu berita kematian isterinya pada Ahad.
Menerusi audio berdurasi dua minit 20 saat itu, Shahrizal dimaklumkan bahawa isterinya, Airda Muslimah Mahmood disahkan meninggal pada jam 12.29 tengah hari yang dipercayai akibat penyakit Covid-19.
Melalui rakaman berkenaan, doktor memberitahu bahawa Shahrizal boleh datang untuk kali terakhir bagi proses pengecaman mayat, manakala proses pengendalian mayat itu akan diselesaikan oleh orang hospital.
Katanya, bantuan tekanan dada yang dilakukan oleh pihak hospital berjaya mengembalikan isterinya untuk beberapa minit, sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
“Kami (pihak hospital) telah membuat tekanan dada, dia (Aida) kembali (bernyawa) sekejap tetapi dia berhenti lagi sekali,” ujar doktor itu.
Latar belakang audio yang menyayat hati itu turut memperdengar suara tangisan anak-anaknya yang dipercayai berumur enam tahun, sembilan tahun dan 12 tahun.
Difahamkan Shahrizal memberitahu bahawa dia pernah meminta kebenaran untuk melihat isterinya sebelum ini namun tidak dibenarkan oleh pihak hospital.
Perkara itu disahkan oleh seorang ahli keluarga yang enggan dikenali.
Menurutnya, suami arwah, Shahrizal dan tiga anaknya tidak dapat hadir ke hospital bagi melihat jenazah arwah buat kali terakhir kerana masih dalam perintah kuarantin.
“Memang (suami arwah dan anak-anaknya) tidak dapat hadir sebab mereka pun positif Covid-19 dan menjalani perintah kuarantin di rumah mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Al Fatihah
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 11-5-2021 04:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Arwah kerja kat majlis perbandaran iskandar puteri...ada circle of friend dkt fb yg kerja sesama dgn arwah buat posting takziah haritu... Taktau pulak sbb covid.. Inalillah
Post time 11-5-2021 05:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sapa yg rakam? Doktor tu ke atau husband arwah?? Wpun sedih dgr tapi aku rasa benda ni private kot. Melainkan si husband yg rakam & mintak consent doctor tu nak go public. Tp mcm mana boleh start nk rakam tu? Takkan dia dah predict awal2?
Post time 11-5-2021 06:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau brother ni tak redha aku harap yang sebar kan ni dapat balasan setimpal. Lelaki ni dalam extreme brief dia tak kan sedar dia menangis sampai macam tu yang ko pergi sebar siap gambar tu memang dajjal la.
Post time 11-5-2021 07:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Husband wife kerja MBIP..
Husband tu dah minta jangan tularkan audio tu kat group ksib atau mana2 tapu itulah manusia ni ada yg tak reti nak hormat kesedihan orang dan tak tau jaga sensitiviti...
Yang bersalah siapa yang merakam, yang lahanat yang letak kat platform yang boleh disebarkan dan yang paling bongok yang viralkan, forward to whatsapp group dan bukak thread ni...
Ko rasa dapat kemaafan ke jika dia tak redho ko sebar audio ni? Ko viral dapat apa? Rumah 2 juta ke?
Post time 11-5-2021 08:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Takziah kepada keluarga arwah dan semoga semua ahli keluarganya cepat sembuh dari covid.
Btw phone aku pun auto record semua call. so apa ye yg aku ckp dlm perbualan tu mmg akan auto save dlm phone.. Kdg2 gigih juga dgr panggilan lama2 esp dgn mak kat kampong.
Post time 11-5-2021 08:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
batmana replied at 11-5-2021 07:33 AM
Husband yg rakam.ramai aja pengguna smartphone hidupkan fungsi rakaman suara bila dpt call.
Mmg psl ...
Ooo. Patutnya jgn diberi pd sapa2. Simpan sendiri. Benda mcm ni wajib laaa org viralkan. Pesan laaa mcm mana pun. Hadap je laaa bro! Aku kesian kat doktor tu jugak. Tak de consent dr doktor tu utk diserahkan rakaman ni kat pihak lain. Apa apa pun, takziah.