CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1165|Reply: 0

Bekas pemain TFC bakal kembali

[Copy link]
Post time 11-5-2021 01:45 PM | Show all posts |Read mode

LEE TUCK (kanan) gagal mempamerkan keserasian bersama Sri Pahang menyebabkan dia dikaitkan kembali ke TFC.

Bekas pemain TFC bakal kembali

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain membayangkan dua bekas tonggak, Sanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck akan memperkuatkan kembali skuad Sang Penyu pada jendela perpindahan kedua ini.

Beliau mengakui kedua-dua pemain tengah berpengaruh itu merupakan calon terbaik bagi mengisi kuota import TFC untuk menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala AFC.

“Secara peribadi, saya lebih senang untuk dapatkan pemain yang faham dengan corak permainan TFC dan itu sebabnya mereka (Shaakhmedov dan Tuck) adalah calon terbaik.

“Hubungan saya dengan mereka masih baik dan saling berhubung malah Shaakhmedov juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa TFC,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Khabar angin kepulangan Shaakhmedov yang kini beraksi untuk pasukan Liga Uzbekistan, AGMK mula bertebaran di media sosial selepas pemain lincah itu dikhabarkan semakin hampir untuk menyarung semula jersi TFC musim ini.

Khidmat Tuck pula turut berada- di ‘pasaran’ selepas Sri Pahang bercadang mahu meminjamkan pemain England itu kepada pasukan lain setelah digantikan dengan pemain import baharu.

Mohd. Nafuzi berkata, beliau mahu menggunakan khidmat lima pemain import bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi pusingan kedua Liga Super dan Piala Asia.

Begitupun, beliau memberi-tahu lebih cenderung untuk untuk mendapatkan pemain Asia bagi menggantikan Chris Herd yang terpaksa diketepikan.

“Kekosongan hanya berlaku pada kouta pemain import Asia. Jika seorang pemain import bukan Asia seperti Tuck ditandatangani, salah seorang daripada pemain import sedia perlu turun ke (skuad pelapis) TFC II.

“Apapun, keputusan untuk mendapatkan pemain import secara tetap atau pinjaman itu masih tertakluk kepada kelulusan pengurusan TFC,” katanya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.461074 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list