CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1141|Reply: 0

Pochettino hadapi tekanan memuncak

[Copy link]
Post time 11-5-2021 01:46 PM | Show all posts |Read mode

NEYMAR membuka tirai jaringan ketika menentang Rennais, namun PSG gagal meraih kemenangan apabila sekadar seri 1-1 pada aksi tersebut. – AFP

Pochettino hadapi tekanan memuncak

PARIS – Paris Saint-Germain mungkin akan memecat jurulatih mereka, Mauricio Pochettino pada musim panas nanti selepas enam bulan membimbing pasukan itu.

Bekas pemain Marseille dan Nancy, Tony Cascarino mengakui bekas pengurus Tottenham Hots-pur itu berada dalam kea-daan bahaya jika mereka terlepas kejuaraan Ligue 1 kepada Lille.

Pochettino dilantik mengisi kerusi jurulatih pasukan itu pada Januari lalu dan berjaya menghadiahkan mereka Piala Super Perancis, namun selepas itu perjalanan karier jurulatih dari Argentina itu kelihatan agak sulit.

Mereka gagal mengulangi pencapaian musim lalu mara ke final Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Manchester City di separuh akhir dan ketika ini berada di kedudukan kedua Ligue 1 selepas ketinggalan tiga mata di belakang Lille.

Mereka sepatutnya mampu menekan Lille, namun keputusan seri 1-1 menentang Stade Rennais awal pagi semalam membuatkan mereka makin tertekan terutama ketika Lille meraih tiga mata menudukkan Lens 3-0 kelmarin.

“Jika mereka tidak menang liga selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara dengan kekalahan 1-4 kepada City, ia satu kehinaan buat PSG dan mereka mungkin akan memecat Pochettino.

“Mereka akan lakukan seperti apa yang dilakukan oleh Roman Abramovich dan Chelsea buat. Anda mungkin ingat itu keputusan yang tidak masuk akal tetapi mereka akan lakukan.

“Pernah ada jurulatih PSG sebelum ini yang memenangi piala tetapi mereka tetap dipecat. Jadi, anda tidak perlu terkejut jika Pochettino juga dipecat terutama jika Lille memenangi liga.

“Kemenangan Lille di Ligue 1 lebih teruk daripada kejayaan Leicester memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL). Ia seperti Sunderland berjaya menewaskan Manchester City dalam persaingan merebut kejuaraan EPL,” katanya. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.065812 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list