CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30799|Reply: 280

[Tempatan] UPDATE FB SI IBU POST#130-Polis sahkan bayi 9 bulan dibunuh, diliwat suami penga

  [Copy link]
Post time 11-5-2021 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 12-5-2021 11:32 AM

Polis sahkan bayi 9 bulan dibunuh, diliwat suami pengasuh

PETALING JAYA – Tidak berperikemanusian apabila bayi lelaki berusia sembilan bulan dibunuh sebelum diliwat suami kepada pengasuh di sebuah rumah di Kelana Jaya, di sini pada 27 April lalu.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada dalam bilik tidur bersama suspek lelaki manakala suspek wanita (pengasuh) sedang menyapu di luar kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan kejadian itu pada 28 April daripada seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sungai Buloh.

“Pegawai berkenaan memaklumkan telah menerima pesakit (mangsa) yang berusia sembilan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa suspek yang mengaku sebagai pengasuh.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bayi tersebut mendapati mangsa telah meninggal dunia dan terdapat kesan pendarahan dan kecederaan di bahagian dubur,” ujarnya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Jelasnya, bertindak atas maklumat dan hasil risikan, pada 29 April sekitar pukul 8 malam, sepasukan polis dari Balai Polis Kelana Jaya dan Cawangan D9 telah memberkas pasangan suami isteri yang berusia 36 tahun itu di sebuah rumah di kawasan Kelana Jaya.

“Jabatan Forensik ketika melakukan siasatan telah merampas pelbagai barangan yang disyaki telah digunakan dalam kejadian itu, antaranya dua lampin pakai buang, seluar, karpet dan peralatan seks yang dibungkus dalam baju.

“Hasil bedah siasat terhadap bayi tersebut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut disyaki ditekup menggunakan tangan dan beberapa kesan koyakan di bahagian dubur disyaki akibat kemasukan benda tumpul,” ujarnya.

Tambah beliau, kematian bayi berkenaan berpunca apabila mulutnya ditekup sehingga berlaku kesesakan nafas dan menyebabkan kematian.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis syabu.

“Semakan rekod jenayah lampau ke atas kedua-duanya mendapati, suspek lelaki mempunyai dua rekod berkaitan dadah dan kedua-duanya direman selama 13 hari bermula 30 April lalu sehingga esok,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa laa g baca berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Murung baca news nie..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila. Agaknya leluhur apa punya kerja ni? Xmungkin melayu Xmungkin Islam
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:07 PM | Show all posts
ni mesti kaki porn..
fetish aneh..
mak bapak baby ni pun tak tahu ke dua2 pengasuh tu amik dadah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:16 PM | Show all posts
Again kes yang lebih kurang sama macam tak ada kesudahan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah anak siapa yg dianiaya oleh manusia syaitan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Baby boy 9 bulan siannya budak tu, taik dadah pulak dua2. Tak boleh charge bunuh ke 2 org ni? Lahanat tol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 04:27 PM | Show all posts
anak sendiri ke anak sapa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ni!
Apa yg aku baca ni!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2021 04:28 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 11-5-2021 04:27 PM
anak sendiri ke anak sapa ni?

Anak org lain..diorang pengasuh je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:30 PM | Show all posts
setan betul la
baby kot
besar mana je 9 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Syaitan betul.
Omg. Sedihnye.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
manusia semakin gila
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki tu tgh tido ngigau kongkek bini ke apa..

Semoga dua2 mat & minah pet ni kne hukum gantung
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:49 PM | Show all posts
anak sapa sebenarnya? kesiannya mak pak budak tu tak perasan anaknya mcmne. mesti sakit demam2 budak tu agaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 04:51 PM | Show all posts
Gilaaaaa                                                                                 
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:52 PM | Show all posts
Allahuakbar.
Dua2 pun kaki syabu.
Semoga terima balasan setimpal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sial lahhhh. Bini pun positif ko ngasuh anak org kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah..semoga tabah ibu bapa baby itu..terlepas ke tangan manusia jahat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.446368 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list