CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1741|Reply: 0

Kenapa Kaum Uru Bina Rumah Mereka Di Atas Pulau Terapung

[Copy link]
Post time 12-5-2021 06:54 AM | Show all posts |Read mode
Ini Sebab Kenapa Kaum Uru Bina Rumah Mereka Di Atas Pulau Terapung



Pernahkah anda dengar tentang kaum Uru sebelum ini? Kaum Uru membina tempat tinggal mereka atas pulau terapung dekat Tasik Titicaca yang terletak di sempadan Peru dan Bolivia.

Untuk pengetahuan anda, kaum Uru ialah masyarakat orang asli Peru dan Bolivia. Terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Uru-Chipaya, Uru-Murato dan Uru-Iruito, sebahagian besar daripada orang Uru sebenarnya telah berhijrah ke Aymara dan Sepanyol.

Menurut legenda, orang Uru berasal daripada keturunan yang bertutur dalam bahasa Puquina dan turut menganggap diri mereka pemilik tasik dan air.

Kaum Uru turut mendakwa mempunyai darah hitam kerana mereka tidak rasa sejuk. Atas sebab itu juga, mereka menggelarkan diri sendiri Lupihaques yang membawa maksud anak matahari dalam bahasa tempatan.

Kami akan kongsikan punca masyarakat Uru membina tempat tinggal mereka di atas pulau terapung buatan manusia menerusi artikel ini:

Pulau terapung buatan manusia



Kaum Uru sudah mendiami Tasik Titicaca selama hampir 4,000 tahun. Kaum Uru terpaksa tinggal di atas pulau terapung selepas orang Inca merampas tanah mereka pada suatu ketika dahulu.

Sumber pendapatan mereka pada masa kini adalah melalui hasil tangkapan ikan dan menjual kraftangan buluh buatan sendiri kepada para pelancong.



Selepas membina dasar tanah liat yang kuat menggunakan batu-batu, masyarakat Uru kemudiannya memotong buluh lalu mengikatnya bersama-sama.

Pulau-pulau tersebut juga lengkap dengan kemudahan pondok penginapan dan ruang makan. Selepas ia siap dibina, pulau tersebut akan ditunda ke tasik menggunakan tongkat dan tali panjang.

Walau bagaimanapun, buluh akan mereput atau hancur jadi penduduk kampung terpaksa menambah lebih banyak untuk pastikan tapak pulau berkenaan terus kukuh.

Pada mulanya, kaum Uru membina rumah mereka di atas pulau terapung sebagai mekanisme pertahanan. Sekiranya berlaku ancaman pada masa hadapan, mereka dapat memindahkan pulau-pulau tersebut.

Kaum Uru tidak menentang teknologi moden


Satu perkara yang pasti, kaum Uru tidak menentang teknologi moden meskipun mempunyai gaya hidup yang agak tradisional. Terdapat beberapa buah keluarga yang mempunyai bot motor dan menggunakan panel solar untuk sumber cahaya, air panas dan pengecasan alatan elektronik.

Mereka juga menggunakan tandas mesra alam yang tidak memerlukan penggunaan sistem kumbahan. Para pelancong akan dibawa ke pulau-pulau yang berbeza.

Sekiranya bernasib baik, anda akan dapat lihat bot yang digunakan untuk membawa kanak-kanak ke sekolah dari rumah mereka dan begitu juga sebaliknya. Adakah anda akan lawat tasik ini pada masa hadapan?



Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.036913 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list