“Ramai orang bertanya, mana gambar saya dan keluarga ketika menyambut Aidilfitri ini. Saya lebih bimbang tentang apa yang berlaku terhadap saudara di Palestin daripada mengambil gambar terbaik untuk dimuat naik di Instagram,” tulisnya.
Solidariti terhadap Palestin
Penyanyi berusia 43 tahun itu memberitahu bahawa ramai yang tertanya-tanya berkenaan gambarnya bersama keluarga saat menyambut hari raya.
Bagaimanapun, dia menjelaskan pada waktu ini dia memilih untuk tidak memuat naik sebarang gambar kerana masih diselubungi perasaan bimbang atas tragedi yang menimpa rakyat Palestin.
Dalam pada itu, Faizal tidak menentang orang lain yang ingin bergambar asalkan ia membuatkan mereka gembira. Namun baginya, masa ini bukan yang terbaik untuknya berkongsi gambar raya kepada orang ramai.
“Saya tak maksudkan salah untuk mengambil gambar. Lakukanlah, asalkan ia boleh membuatkan anda dan orang lain gembira. Cuma, buat masa ini ada perkara lain yang lebih saya risaukan,” ujarnya lagi.
Setuju dengan pendirian Faizal
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadapnya tambahan lagi sejak dunia dikejutkan dengan serangan Zionis terhadap Palestin, Faizal aktif memuat naik ‘posting’ perkembangan Palestin.
Saat yang sedih buat saudara di Palestin
Betul seperti yang dikatakan oleh Faizal Tahir. Tidak salah kita bergembira kerana memang ia merupakan hari ‘kemenangan’ istimewa umat Islam.
Namun begitu, jangan sesekali kita lupakan tragedi yang menimpa saudara kita Palestin.
Luangkanlah masa walaupun sedikit, menitipkan doa buat saudara-saudara kita di sana. Biarpun jasad kita tiada bersama memerangi Zionis Israel.. Doa adalah senjata paling kuat bagi umat Islam. Insha Allah.
Sumber: Instagram Faizal Tahir