CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18029|Reply: 194

[Tempatan] Sabarlah Duhai Hati:Menantu dakwa ibu warga emas dalam TV buang 9 anak-anaknya.P

  [Copy link]
Post time 15-5-2021 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 15-5-2021 09:43 PM

KISAH seorang ibu warga emas yang ditemuramah dan disiarkan dalam sebuah televisyen tempatan malam tadi mengundang simpati masyarakat.

Warga emas itu dilaporkan mempunyai sembilan orang anak namun tidak ada seorang pun yang mahu menjaganya. Lantaran itu dia ditempatkan di sebuah rumah penjagaan orang tua.

Bagaimanapun seorang wanita tampil di media sosial mengaku sebagai salah seorang menantu kepada warga emas terbabit.

Wanita berkenaan mendakwa, warga emas terbabit bukan dibuang keluarga tetapi sebaliknya dia yang telah mengabaikan anak-anaknya sejak dari kecil.

Menantu terbabit juga mendakwa bahawa warga emas berkenaan mempunyai harta dan telah menjadikan keluarganya sebagai musuh.

“Sahabat sekalian. Untuk makluman ini adalah ibu mertua saya. Dan untuk makluman juga bukan anak-anak yang buang dia tapi dia yg buang anak-anak. Buang anak-anak sejak mereka kecil ya kawan-kawan.


“Berpisah dengan arwah ayah dan terus tak ambil peduli pasal anak-anak. Dia banyak duit ya. Memang hidup tak susah. Ada rumah sendiri. Ada harta. Tapi anak-anak dan menantu semua adalah musuh dia.

“Suami saya adalah anak yg selalu dia hina. Suami saya ni miskin, orang susah. Anak-anak suami saya bukan cucu dia. Padahal masa dia tinggalkan arwah ayah, anak-anak masih kecil dan suami sayalah yang uruskan semua,” katanya.

Tambahnya lagi, ibu mertuanya itu juga berkeras untuk pulang ke Kuala Lumpur ketika dia dipelihara oleh salah seorang anaknya.

Wanita terbabit juga mendakwa, adik iparnya yang paling bongsu hampir bercerai disebabkan oleh ibu mertuanya itu.

“Abang ipar yang sulung jaga dia elok-elok tapi dia yang tak nak dan berkeras nak balik KL. Maki hamun memang mainan dia ya. Anak bongsu hampir bercerai berai kerana dia.

“Bukan nak buka pekung tapi kenyataan harus diperbetulkan. Orang yang tak tahu memang akan kesian kat dia. Biasalah naluri kita manusia mudah kesian nak pulak dia org tua.

“So, please do not judge when you do not even know the whole story. The truth!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Berita wanita warga emas itu tular di media sosial selepas disiarkan dalam berita.

Ceritanya mengundang simpati masyarakat selepas mendakwa dia dibuang oleh sembilan orang anaknya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2021 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Menantu plk lbh2
Even if it's true


Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 15-5-2021 01:37 AM
Menantu plk lbh2
Even if it's true

Selalu org sekeliling kita yg akan rasa mcmtu uol... Contoh situasi mcm kalau dicurangi, selalunya yg dicurangi tu bodoh2 je lagi memaafkan meanwhile yg mendengar segala permasalahan kita yg benci gila2 dekat si pencurang... Mungkin the wife tu ada lah kot baca mesej atau mmg ada waktu konflik anak beranak tu berlaku sbb sheol ckp abg ipar ada je nk jaga mak tu kan... Isteri mestilah nk jaga nama baik suami..  I sokong yg cakap patutnya muka nenek tu di blur kan lah sbb bila tunjuk cenggitu, haruslah org menyalahkan si anak... Isteri tu mestila terasa jgk bila suaminya dikutuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer dah basi
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 05:57 AM | Show all posts
menantu je yg sibuk.. anak-anak tak bersuara ke..
bukan mak ko, boleh laa ckp.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 06:03 AM | Show all posts
tak kira lah siapa yang bersuara, sekurang kurang nya orang luar tahu cerita sebenar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2021 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau anak sendiri yang bukak cerita, kena cop anak derhaka. So baiklah menantu yang bukak mulut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 06:49 AM | Show all posts
Bagi aku buatlah pengajaran untuk kita yang dah ada keluarga sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2021 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadilah manusia yg x berdendam terutama pada ibubapa yg melahirkan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 07:56 AM | Show all posts
Cerita ni aku blh percaya...mmg keluarga aku ada pengalaman lbh kurang camni...mak aku sabar lebih 30 thn (not as easy kalau nak nilai dlm forum)-30 thn makan hati, dari kami adk beradik kecik sampai beranak pinak perangai tak berubah, pakcik aku bercerai sbb kan sikap arwah nenek aku (bapak aku ckp if not because nenek aku pakcik aku takan bercerai berai)..semua senyap tanak melawan...habih2 kuat pun kalau bapak aku taktahan sgt dia "hilangkan" diri sekejap barang sehari dua...
Kesudahannya nenek saudara aku (kakak nenek aku) yg marah dia sampai ugut tanak lagi ziarah dia...itupun perangai masih tanak berubah sampai akhir hayat.
pada  korang yg tak pernah merasa mmg taktau....tak mudah utk bersabar mcm tu lama...semua org disekeliling dibuatnya musuh...termasuk arwah datuk aku (cuma tak sampai bercerailah).
Pada aku walaupun nenek aku tu pangkat mak/ mertua pada anak2 menantu dia...takda ugama atau didikan sivik yang membenarkan perlakuan dia...sangat menyakitkan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalah family x perlu la viral kat internet. Kitaorg x mo tau.
Baik ambik tau masalah palestine.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 15-5-2021 07:56 AM
Cerita ni aku blh percaya...mmg keluarga aku ada pengalaman lbh kurang camni...mak aku sabar lebih 3 ...


kenapa kau tak viralkan nenek kau tu....
amik gmbar dia & viralkn.....

nenek bakal ahli neraka....


Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
menantu hantu.....

dia yg bunyi lebih.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 15-5-2021 08:47 AM
menantu hantu.....

dia yg bunyi lebih.....

Dah hilang sabar agknye
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Species org tua macam nenek aku ni. Play victim dan burukkan anak2 kat stranger. So bila menantu dia ni cerita mmg aku percaya je. Chuols yg marah2 ckp menantu dia ni lebih2 ni lucky dapat mak mentua / mak yg baik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Malas aku nk side sesiapa.mesti ada plot twist.pehtu dlm plot twist ada lagi plot twist.cincau!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2021 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah terbuang baru nak tagih simpati manusia

Dulu kau yg birah buang anak2..banyak je kes mcm ni di mesia


Lepas tu guna quote anak derhaka


Menyampah..meluat...tak nak simpati dgn makcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nenek ni ckp menantu dia yg xbagi anak dia jaga die kan,  thats y menantu naik hantu and clear the air mcm tu.. Mls nk side sape2 kossserrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 09:05 AM | Show all posts
sfrnna replied at 15-5-2021 08:56 AM
Species org tua macam nenek aku ni. Play victim dan burukkan anak2 kat stranger. So bila menantu dia ...

Dalam kes ni pada aku menantu tu has seen enough...dah tak tertanggung lagi...dia consider mak mertua tu sebagai outsider yg serang keluarga dia, dan tanggungjawab dia jugak utk pertahankan dgn kudrat yg dia boleh.
Majoriti yg tak dapat mertua mcm ni bersyukurlah korang...benda ni (baik atau buruk) korang akan "makan" seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 15-5-2021 01:37 AM
Menantu plk lbh2
Even if it's true

Habis kalau dah nama menantu dipetik, mestilah pertahankan diri.
Lagi2 kalau org tau siapa anak menantu nenek ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.078868 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list