CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2191|Reply: 8

[Sarawak] Kuarantin dilanjutkan kepada 21 hari

[Copy link]
Post time 15-5-2021 04:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 15-5-2021 04:55 AM
PELANJUTAN TEMPOH KUARANTIN KEPADA 21 HARI BAGI PENGEMBARA YANG TIBA DARI INDIA DALAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA SERTA PENERBANGAN REPATRIASI

Negara India telah merekodkan bilangan jangkitan harian melebihi 300 ribu kes sejak April 2021 dan yang tertinggi di dunia pada masa ini.

Mengambil kira situasi ini, Kerajaan Malaysia telah meluluskan Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (Humanitarian Assistance and Disaster Relief - HADR) untuk membawa pulang dari India rakyat Malaysia dan pasangan/keluarga mereka. Misi HADR ini telah diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), BOMBA, Airport Fire & Rescue Service (AFRS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Aviation Security (AVSEC), syarikat Follow Me, syarikat UTW Electrical dan syarikat pengangkutan swasta. Misi ini telah melibatkan 219 orang petugas.

Pada 11 Mei 2021 jam 9.15 pagi, Syarikat Penerbangan Malindo telah berlepas ke India dan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mei 2021 jam 12.53 pagi.

Penerbangan ini membawa pulang 132 orang (64 lelaki dan 68 perempuan) iaitu 117 orang rakyat Malaysia, lapan ( 8  orang warga Brunei, empat (4) orang warga Denmark, dua (2) orang warga India dan seorang warga Indonesia.

Mereka adalah terdiri dari 92 orang dewasa dan 40 orang kanak-kanak.

Misi ini hanya membawa pulang penumpang dengan keputusan ujian RT-PCR COVID-19 negatif sahaja.

Seramai 20 orang petugas iaitu 14 anak kapal, empoat (4) orang anggota KKM dan masing-masing seorang anggota dari NADMA dan KLN telah menyertai penerbangan ini. Mereka telah mengenakan kelengkapan PPE (Personal Protection Equipment) penuh.

Sebaik sahaja mendarat di KLIA, penumpang-penumpang ini telah dibawa melalui laluan khas ke Air Disaster Unit (ADU) KLIA untuk menjalani saringan kesihatan.

Didapati tiada penumpang yang mengalami gejala, namun mereka telah diambil swab untuk ujian pengesanan RT-PCR COVID-19.

Keputusan ujian yang diperolehi pada 13 Mei 2021 menunjukkan tujuh (7) dari 132 penumpang telah dikesan positif COVID-19 dengan kadar positiviti 5.3%.

Mengambil kira keputusan di atas dan penilaian risiko yang dijalankan, maka KKM telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh kuarantin wajib bagi penumpang yang tiba dari India bagi misi HADR pada 12 Mei 2021 dan juga penumpang yang tiba melalui penerbangan repatriasi pada 13 Mei 2021, iaitu daripada 14 hari kepada 21 hari.  


Mereka dikehendaki menjalani kuarantin wajib ini di stesen kuarantin yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Mereka juga perlu menjalani ujian makmal RT-PCR bagi pengesanan COVID-19 mengikut SOP yang ditetapkan.

Selanjutnya, KKM akan memantau situasi ini, dan akan membuat penilaian risiko untuk segera melihat keperluan memanjangkan tempoh kuarantin dari 14 hari kepada 21 hari bagi semua penumpang lain yang akan tiba dari negara India (misalnya rakyat Malaysia).

Sekatan sedia ada bagi penumpang Bukan Warganegara ke Malaysia dari India masih berkuatkuasa seperti biasa.

Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk memberi kerjasama dalam mengekang kemasukan varian baharu dari India, iaitu varian B.1.617.

Varian ini dilaporkan lebih cepat menular dan menyebabkan gejala yang lebih serius termasuk dalam kalangan yang berusia di bawah 50 tahun.

Sentiasa patuhi SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Bersama kita perangi COVID-19!


credit



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2021 04:57 AM | Show all posts









Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila kena pada geng sendiri, ubah tempoh kuarantin 3 hari ajer..itu bukan kuarantin,tapi gua kawtim..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 15-5-2021 01:24 AM

Baru cakap pasal ni dgn cousin semalam. Dia yg handle rakyat Malaysia yg nak balik ni.  KKM mengamuk dekat wisma. Sebelum balik swab test semua negatif, sampai MY swab test balik 10 orang positif. Marah betul KKM. Dah kena kuarantin 20 hari semua. Padan lah, tak pasal2 merebak variant India kat sini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2021 02:25 PM | Show all posts
Belibis replied at 15-5-2021 07:16 AM
Bila kena pada geng sendiri, ubah tempoh kuarantin 3 hari ajer..itu bukan kuarantin,tapi gua kawtim. ...
kan ...
patut nya sama rata jer la


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2021 02:32 PM | Show all posts
nazzse replied at 15-5-2021 09:22 AM
Baru cakap pasal ni dgn cousin semalam. Dia yg handle rakyat Malaysia yg nak balik ni.  KKM mengamuk ...
10 positip sama terbang dengan 100++


harap kekal la takat 10 tu jer ...

FC heran kenapa warga lain pun ada ...
lapan ( 8 ) orang warga Brunei, empat (4) orang warga Denmark, dua (2) orang warga India dan seorang warga Indonesia.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2021 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 15-5-2021 06:32 AM
10 positip  sama terbang dengan 100++



Tumpang balik then ambil flight drp malaysia balik negara masing2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2021 02:54 PM | Show all posts
nazzse replied at 15-5-2021 02:43 PM
Tumpang balik then ambil flight drp malaysia balik negara masing2
owh .. transit jer ...

harap bukan pembawa la ...sebab kena kuarantin dulu ... tu pun kalo negara mereka terima kemasukan ...banyak negara menutup kemasukan ke negara mereka


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 15-5-2021 06:54 AM
owh .. transit jer ...

harap bukan pembawa la ...sebab kena kuarantin dulu ... tu pun kalo negar ...

Rakyat sendiri kena lah terima kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.087034 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list