CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6055|Reply: 62

[Dunia] NGO Nafi Dana Tidak Sampai Kepada Rakyat Palestin

  [Copy link]
Post time 16-5-2021 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sumber: Berita Harian Online
www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/02/656927/ngo-nafi-dana-tidak-sampai-kepada-rakyat-palestin

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang membuat kutipan sumbangan menyerahkan dana secara terus kepada rakyat Palestin melalui wakil yang dilantik mereka, sekali gus menafikan dakwaan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali yang mendakwa dana berkenaan diseleweng.

Timbalan Presiden Muslim Care, Mohd Johari Ismail, berkata kebanyakan NGO tidak melalui kerajaan untuk menyerahkan sumbangan.

“NGO Malaysia tidak melalui kedutaan kerana Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tidak mesra dengan kita,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi malam tadi.

Sementara itu, Pengarah Media dan Korporat Aman Palestin, Anas Abdul Wahab, berkata bantuan daripada pihaknya disalurkan terus menerusi wakil mereka di Palestin.

“Aman Palestin memberi tumpuan membantu dalam aspek kebajikan untuk rakyat Palestin seperti ubat-ubatan, makanan, pakaian dan tajaan rawatan hospital (pembedahan).

“Sumbangan Aman Palestin tidak melalui kerajaan tetapi disalurkan terus kepada rakyat Palestin dengan seliaan wakil kami di sana,” katanya.

Bagi rakyat Malaysia tunggal yang menetap di Palestin, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman yang juga pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM) menyifatkan dakwaan bahawa sumbangan tidak sampai tidak tepat kerana NGO Malaysia banyak memberi tumpuan kepada rakyat Palestin, terutama di Gaza.

“Gaza berjaya menampilkan isu Palestin yang peranan itu diambil Hamas. Setakat yang saya pernah bekerjasama dengan NGO Malaysia, kebanyakannya melancarkan kutipan dana dan program untuk Gaza, manakala sebahagian kecil disalurkan ke Baitulmaqdis,” katanya.

Katanya, kerajaan PLO perlu bekerjasama dengan NGO Malaysia bagi menyelesaikan isu berbangkit di Masjid al-Aqsa bagi memastikan dana disalurkan ke sana.

“Pihak kedutaan perlu mengumpulkan NGO dan memberi kefahaman tentang isu di al-Quds, termasuk wakaf, isu rumah penduduk terpaksa bayar cukai tinggi hingga 60,000 shakel setahun,” katanya.

Mengulas perkembangan sama, Pengerusi MyCare, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, berkata banyak dana rakyat Malaysia disalurkan ke Gaza berbanding di Baitulmaqdis.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuduh menuduh la korang.

Aku nak tahu sapa yg legit jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2021 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 16-5-2021 02:21 AM
Tuduh menuduh la korang.

Aku nak tahu sapa yg legit jer

ni berita dah lama, puak2 kafir dan munafik yang benci islam cuba nak pengaruhi umat islam jangan menderma supaya dana tak sampai kepada palestin yang tengah dibantai zionist yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 15-5-2021 06:23 PM
ni berita dah lama, puak2 kafir dan munafik yang benci islam cuba nak pengaruhi umat islam jangan  ...

Whateverlah. Memang terang bersuluh pun ada bantuan tak sampai. Tak salah nak alert balik isu tengah panas ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2021 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 16-5-2021 02:26 AM
Whateverlah. Memang terang bersuluh pun ada bantuan tak sampai. Tak salah nak alert balik isu teng ...

baca dan fahami ayat berita di atas sebelum komen. Dia tulis bantuan diberi pada penduduk gaza bukan pada kerajaan palestin plo, kerana mereka kata kerajaan palestin tak mesra alam wakakaka. So bantuan dah diberi lama dah, so macam sesetengah tulis ada bantuan diberi pada kedutaan atau kerajaan palestin disalah guna oleh pihak sana..Mungkin atas dasar itu NGO malaysia tak nak beri pada mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
masuk poket la tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-5-2021 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bantuan Kecemasan Untuk Palestin, 17 NGO Sasar 10juta Untuk Al-Aqsa

1#ItzyLv.7 Revolutioner

29016-5-2021 02:16 AM

Sumber: Siakap Keli
Penulis: Adnin Razak

Kumpulan Mempertahankan Al-Aqsa Malaysia atauMyAqsaDefendersmenyasarkan kutipan sumbangan kecemasan sebanyak RM10 juta untuk disalurkan ke Palestin ekoran isu krisis kemanusiaan yang terjadi baru-baru ini.

MyAqsaDefendersyang juga merupakan gabungan 17 badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan memaklumkan, bantuan tersebut akan dibahagikan melalui bantuan kecemasan, bantuan jangka masa sederhana dan bantuan jangka masa panjang di mana sejumlah RM2 juta telah berjaya dikumpulkan setakat ini.

“Daripada jumlah tersebut, dana sebanyak RM1 juta telah pun disalurkan bagi memenuhi keperluan membaik pulih Klinik Al-Aqsa yang terjejas di samping memastikan stok ubat dan juga keperluan rawatan kecemasan sentiasa tersedia termasuk alatan sepertiventilatorbergerak.

“Sebahagian daripada juga telah dimanfaatkan untuk bantuan kewangan segera kepada muratibin Al-Quds, bayaran kos guaman mereka yang telah ditangkap sama ada dalam insiden Al-Aqsa atau Perkampungan Syeikh Al-Jarrah, sertakafalahsara hidup penduduk Kota Lama Al-Quds,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, RM1 juta seterusnya pula turut telah diperuntukkan bagi bantuan membaik pulih infrastruktur dan juga rumah penduduk di Kota Lama Al-Quds dalam usaha memastikan mereka dapat terus bertahan dan mengekalkan demografi rakyat Palestin di kawasan tersebut.

JelasMyAqsaDefenders, pertambahan jumlah bantuan akan seiring dengan jumlah sumbangan yang diterima dari semasa ke semasa, selain pelan perancangan strategik jangka masa panjang seperti pembangunan kekuatan ekonomi, wakaf dan juga pendidikan akan turut diberikan perhatian.

“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia dengan kepelbagaian latar agama dan kaum untuk bersuara serta menyokong perjuangan Palestin dalam menuntut dan mempertahankan hak mereka.

“Justeru itu kami mengalu-alukan penglibatan dan sokongan mana-mana institusi, badan bukan kerajaan (NGO), tokoh-tokoh berpengaruh dan para selebriti untuk bersama menanam tekad mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan Kota Al-Quds,” jelasnya

GabunganMyAqsaDefendersdianggotai 17 NGO iaitu Cinta Gaza Malaysia (CGM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, MAPIM Malaysia, Malaysia For Syria (MFS), Iman Care, Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia (One Nation), Azhar Care, Pertubuhan Dana Kita, Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Cinta Syria Malaysia (CSM), MyFundAction, Philandure, Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Warga Cakna dan Cakna Palestin.

Dalam masa sama, gabungan tersebut turut disertai beberapa selebriti tanah air dan ‘influencer‘ seperti pasangan penyanyi adik-beradik, Helize Helmi dan Hazwana Helmi; pasangan selebriti, MizzNina dan Noh Salleh (MinQalby Foundation); penyanyi isu-isu kemanusiaan, Faizal Tahir (IamFaithMen); badan dakwah, Info Taqwa Malaysia; pengacara terkenal, Fedtri Yahya; pendakwah program realiti Imam Muda, IM Fakhrul dan pengacara, Dahlia Syazwan.

Sumbangan kecemasan boleh disalurkan terus kepada mana-mana NGO yang tersenarai di atas. Orang awam juga boleh menyalurkan sumbangan kepada MVM melalui kempenEmergency Appeal For Palestine 2021di pautanwww.donation.mvm.org.myatau hubungi wakil MVM di talian012-2356854.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2021 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 16-5-2021 02:40 AM
masuk poket la tu

kahkahkah masuk poket ko kot broder
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 16-5-2021 02:23 AM
ni berita dah lama, puak2 kafir dan munafik yang benci islam cuba nak pengaruhi umat islam jangan  ...

Laah, negara2 kapir bagi sumbangan ke palestin jauh jauh lebih banyak dari M'sia lar
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:45 AM | Show all posts
Sempadan Gaza dikawal ketat oleh Mesir & Israel.. coba lobai2 tukang kutip derma ni justify betoi2.. depa guna kuasa magis apa sampai buleh lepas kawalan Mesir mahupun Israel ..

Kelentong no 1... G2G relationship mungkin logic lagi.. siapa pernah p sana tahu laa betapa ketat kawalan sempadan Mesir tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 15-5-2021 06:39 PM
baca dan fahami ayat berita di atas sebelum komen. Dia tulis bantuan diberi pada penduduk gaza buk ...

Tak payah suruh baca ke apa. Bila mampu komen maknanya dah baca. Bukan ko sorang yg post artikel ni.

Kisahnya semua sama. Bantuan drp mana2 pun especially luar kena melalui pihak berwajib lah, nak cross the line kenapa. Mana2 negara pun sama.
Alah, dalaman ngo pun ada ambik %, inikan pulak pihak berwajib.

Aku tak nampak benda ni patut jadi isu. Bagus ada kenyataan mcm ni, at least penderma akan alert dgn ngo2 yg wujud bak cendawan tumbuh lepas hujan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 16-5-2021 02:46 AM
Tak payah suruh baca ke apa. Bila mampu komen maknanya dah baca. Bukan ko sorang yg post artikel n ...

Sis, off topic ni, mohon balas pertanyaan iol kat thread move to heaven... Gituhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 03:09 AM | Show all posts
bantuan boleh masuk dalam rupa alat2 medikal, makanan etc...
kalau deorang kata duit boleh lepas masuk ke sana memang iols tak cayer langsung sebabnya bank palestin tu pun israel control... jadi transaksi2 tu semua belum tentu boleh lepas... selalunya bank akan reject kepada account owner atau sender balik... pakai paypal pun sama... ni bank sana sendiri bagitahu ye...

sedangkan ngo2 yang masuk ke gaza tu pun bagitahu barang2 dan duit semua kena rampas kecuali bantuan perubatan je...

nak bagi derma jangan sesekali rasa berat... tapi kalau nak kurang rasa was2 tu cari la yang bagi alat bantuan macam perubatan ke apa semua tu yang sah2 boleh masuk ke Gaza tanpa masalah...

kalau deorang kata duit boleh sampai ke sana tu choiii. jangan tertipu... last2 masuk poket sendiri.. esoknya dan2 renovate rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 03:12 AM | Show all posts
silencekiller replied at 16-5-2021 02:45 AM
Sempadan Gaza dikawal ketat oleh Mesir & Israel.. coba lobai2 tukang kutip derma ni justify betoi2.. ...

tu la... kalau kata duit masuk terus ke sana awal2 iols was2...
sebabtu kalau nak usaha derma... cari yang gunakan dana untuk barang2 kelengkapan seperti barang medikal.. yang ni memang boleh lepas ke Gaza...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 05:57 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 16-5-2021 03:12 AM
tu la... kalau kata duit masuk terus ke sana awal2 iols was2...
sebabtu kalau nak usaha derma...  ...

jadi ngo mana yang scammer tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Seee ujung2 sesama ummah syorga juga yang mrnipu..walaulun islam semahyang seku sembe, berpuasa semua..tapi maintain menipu..di mana mesialamanya kau sis?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Berebut2 org kutip dana utk palestin sekarang. Iklan merata2 ...Mcm ambik kesempatan je
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 07:36 AM | Show all posts
skrg ni ngo kutip dana utk palestin tumbuh mcm cendawan...
tak tau mana satu yg legit...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 07:50 AM | Show all posts
mijot replied at 16-5-2021 07:36 AM
skrg ni ngo kutip dana utk palestin tumbuh mcm cendawan...
tak tau mana satu yg legit...

yang lebih penting berapa peratus sampai ke sana..

kalau 10 peratus saja sampai tapi orang tak tahu kira menyumbang juga.... yezaa aku kayaaa


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 16-5-2021 02:26 AM
Whateverlah. Memang terang bersuluh pun ada bantuan tak sampai. Tak salah nak alert balik isu teng ...

so far mmg x pernah derma pun..
negara2 Arab tu kaya raya kot...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.074274 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list