CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2003|Reply: 9

[Sarawak] PUI, kontak rapat, PUS jangan hadir ke PPV: Khairy

[Copy link]
Post time 16-5-2021 03:57 AM | Show all posts |Read mode
15 Mei  – Bakal penerima vaksin yang berstatus individu dalam siasatan (PUI), kontak rapat pesakit COVID-19 atau individu dalam pengawasan (PUS) tidak dibenarkan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata setakat ini pihaknya mendapati beberapa individu yang berstatus sedemikian hadir ke PPV, sedangkan mereka sepatutnya berada di rumah.

Menurutnya, pihaknya akan menjadualkan semula vaksinasi bagi mereka yang berstatus sedemikian kerana individu berkenaan berisiko untuk menjangkiti orang lain.

Kita boleh periksa kita punya status risiko dalam MySejahtera, ia sentiasa dikemas kini. Kalau kontak rapat jangan datang (ke PPV),” katanya ketika ditemui dalam tinjauan beliau ke PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi vaksin AstraZeneca di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata bagi mereka yang tiada janji temu di MySejahtera juga tidak perlu hadir ke PPV untuk mencuba nasib mendapatkan vaksin kerana ia boleh menimbulkan kesesakan serta menimbulkan kawasan jangkitan COVID-19.

Pada masa sama, Khairy turut menasihatkan mereka yang mempunyai janji temu penerimaan vaksin supaya hadir pada waktu yang ditetapkan atau 15 ke 30 minit awal sahaja bagi mengelakkan kesesakan.

Ditanya mengenai keluhan beberapa pasangan suami isteri yang mempunyai janji temu penerimaan vaksin pada tarikh berlainan, sama ada boleh diselaraskan pada hari yang sama, Khairy berkata semuanya bergantung kepada kapasiti PPV.

Beliau berkata sekiranya petugas di PPV mendapati ramai yang tidak hadir pada hari berkenaan, mereka mungkin akan menyuntik vaksin kepada pasangan yang hadir pada hari itu.

“Atas dasar budi bicara PPV tetapi tolong, itu tidak bermakna anda boleh terus pergi (tanpa temu janji), itu sekiranya anda menemani suami atau isteri bukannya terus serbu PPV,” katanya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan membuka lagi pendaftaran untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca untuk penduduk di Lembah Klang serta beberapa negeri lain dan pengumuman berhubung berkara itu akan dilakukan pada minggu hadapan.

Pada 2 Mei lepas, kerajaan membuka pendaftaran suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela dan terbuka bagi individu yang layak serta berumur 18 tahun dan proses suntikan vaksin itu bermula pada 5 Mei. – BERNAMA


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2021 04:01 AM | Show all posts
PETALING JAYA: Individu berstatus pesakit bawah siasatan (PUI) serta kontak rapat pesakit Covid-19 dinasihatkan berada di rumah dan menjadualkan semua janji temu vaksinasi mereka.

Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, kehadiran mereka di pusat pemberian vaksin (PPV) akan membawa risiko jangkitan kepada orang lain.

“Kita dapati ada beberapa kontak rapat datang (ke PPV). Mereka patut tak datang.

“Jangan risau dengan janji temu kerana mereka boleh hubungi kita untuk dijadualkan semula bagi mendapatkan suntikan,” katanya dalam video yang dimuat naik ke Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19.

Khairy berkata, kontak rapat perlu terus berada di rumah dan mengelakkan ke luar.

Sesetengah pengguna media sosial bagaimanapun berkata, aplikasi MySejahtera tidak membenarkan mereka membatalkan janji temu, manakala talian selalu sibuk.

Ada pula yang berkata, mereka tidak jelas dengan proses menjadualkan semula janji temu.

Seorang kontak rapat memberitahu FMT, beliau diminta membatalkan janji temu vaksinasi pada Isnin, selepas dimaklumkan pihak berkuasa dirinya ialah kontak rapat.

“Saya juga diberitahu saya tidak boleh menjadualkan semula janji temu saya kerana semua slot lain sudah penuh.

“Jadi, saya sama ada perlu tunggu giliran saya dalam program vaksinasi Covid-19 atau mendaftar untuk pusingan kedua program AstraZeneca.”

FMT
cuba menghubungi Khairy untuk mengulas lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 05:53 AM | Show all posts
PUR beli karpet tak pe kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2021 05:56 AM | Show all posts
gedik




Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 16-5-2021 04:01 AM
PETALING JAYA: Individu berstatus pesakit bawah siasatan (PUI) serta kontak rapat pesakit Covid-19 d ...

Dh ngko pny sop berterabur.. Nk salahkn rakyat.. Dh roll out lame kot.. Still huru hara dgn bekalan xsmpila.. Queue kne potong la.. Pastu xde reschedule. How la org xbsg. Pfft
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kancilkering at 16-5-2021 03:26 PM

tertiba nerbes plak....dh lah lps raya company buat random swab test ....i nye vaccine appointment end of this month....
nak wfh memang x lah......tuntutan kerja tidak mengizinkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hati hati..
Vaksin pfizer adalah corminaty
Iaitu ejen illuminati..
Ada cip dalamnya yang boleh kawal.pergerakan uols semua

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 10:20 AM | Show all posts
elok juga saranan ni mana tahu , sebab kesedaran masih rendah kot kot ye lah ada yg tak faham kan naya semua. Okaylah good reminder.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2021 02:05 PM | Show all posts
Kancilkering replied at 16-5-2021 09:28 AM
tertiba nerbes plak....dh lah lps raya company buat random swab test ....i nye appointment end of th ...
semoga semua nya d permudahkan ... aamiin

pa2 pun ... jager diri bebaik tau


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2021 02:06 PM | Show all posts
shernazz replied at 16-5-2021 09:59 AM
Hati hati..
Vaksin pfizer adalah corminaty
Iaitu ejen illuminati..
hahahahampes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061212 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list