SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Israel kini melakukan kekejaman sama seperti dilakukan Nazi terhadap rakyat Palestin dahulu.
Beliau yang tampil bersiaran langsung di sebuah stesen televisyen tempatan itu turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel yang disifatkan sebagai 'tindakan pengecut'.
"Kami menyangka bahawa setelah menderita di bawah rejim Nazi, ketika berjuta-juta daripada mereka ditempatkan di kem konsentrasi, orang-orang Yahudi akan merasa simpati kepada mereka yang menderita.
"Sebagai gantinya, orang Israel sekarang menimbulkan rasa ngeri yang sama kepada orang-orang Palestin dalam usaha mereka merebut tanah Palestin," katanya menerusi siaran langsung disiarkan Astro Awani pada Jumaat.
Sebagai seorang tokoh pemimpin yang terkenal lantang menyokong Palestin, Dr Mahathir berkata, perlu ada penyelesaian diplomatik untuk menyelesaikan masalah itu kerana tidak ada yang dapat diperoleh daripada keganasan.
Beliau juga meminta semua negara Islam dan negara-negara lain yang mempercayai hak asasi manusia untuk mendukung kepentingan rakyat Palestin seterusnya "duduk dan memikirkan strategi yang tepat" untuk mencapai kemenan
"Dengan mereka menyokong perjuangan rakyat Palestin, saya percaya kita akan mencari jalan keluar untuk konflik Arab-Israel ini. Tidak berbaloi hanya memikirkan balas dendam atau berperang," katanya.
Dr Mahathir menyifatkan juga mengutuk polis Israel kerana menyerang warga Palestin di Masjid Al-Aqsa di Jerusalem ketika mereka sedang solat dan berada di tempat paling terdedah.
"Saya harap dunia Muslim akan terjaga dengan keadaan sekarang, " katanya.
Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/138534/BERITA/Nasional/Israel-lakukan-kekejaman-sama-seperti-Nazi-Dr-Mahathir
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
kalau Atok mahathir ni, mmg satu dunia pun dah tau dia memang kuat anti israel, tapi kalau bang non tu mmg tak terkenal lah perjuangan palestine dia tu. yg aku tau sejak dia dari dulu org chop budak amerika
Post time 16-5-2021 07:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku pun cuba respek orang tua ni tapi jangan camporlah fasal kepentingan negara . Ini tentang kesejahteraan negara . Setiap kata2 boleh menghiris perasaan kawan dan lawan . Pakailah otak . Itu pasallah ringgit boleh jatuh sampai mengalahkan duit siam . Dengan spore jangan ceritalah .. dah macam bumi dan langit . Pasai apa ?? Pasai suka sangat bergado . Kritik orang kat public ..