CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3443|Reply: 23

[Dunia] Di mana Biden di sebalik kekejaman Israel?

  [Copy link]
Post time 16-5-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sumber: Sinar Harian (Online)
15 May 2021
Terjemahan Sinar Harian

SEPERTI Presiden-Presiden Amerika Syarikat (AS) pada masa lalu, pertempuran antara Palestin dengan Israel juga telah mengheret Presiden AS ke-46, Joe Biden ke dalam krisis yang melibatkan kedua-dua belah pihak itu.

Pertempuran tersebut meletakkan Biden berhadapan dengan situasi sukar bukan sahaja dari segi diplomatik tetapi juga di AS apabila parti Demokrat yang disertainya itu pernah mengritik beberapa tindakan Israel dengan lantang.

Sebelum ini, rejim Zionis memperoleh sokongan kuat ketika Donald Trump sehingga beliau memberikan pengiktirafan bahawa Baitulmuqadis menjadi ibu negara haram Israel.

"Tidak ada prospek tentang sebarang kejayaan akan diperoleh dalam isu ini. Anda tidak mempunyai pemimpin-pemimpin yang bersedia untuk membuat keputusan.

"Cara terbaik buat pentadbiran Biden yang boleh dicapai dalam isu ini ialah mengurangkan pertempuran tersebut," kata Aaron David Miller yang menjadi perunding AS mengenai Asia Barat dan Felo Kanan pertubuhan Pembiayaan Carnegie Untuk Keamanan Antarabangsa kepada AFP.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, Jake Sullivan berusaha untuk memulihkan ketenangan selepas ketegangan tercetus setelah sebuah mahkamah daerah di Baitulmaqdis mengusir keluar beberapa keluarga Palestin dari rumah mereka di Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis Timur.

Israel menganggap Baitulmaqdis Timur sebagai sebahagian daripada ibu negara haramnya tetapi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menganggap Baitulmaqdis Timur dijajah oleh rejim Zionis.

Berikutan rayuan AS, Israel pada Ahad lalu menangguhkan pendengaran rayuan daripada beberapa keluarga Palestin yang sepatutnya dibuat pada Isnin lalu tentang arahan pengusiran yang telah dibuat pada awal tahun lalu oleh mahkamah daerah itu.

Bagaimanapun, anggota-anggota polis telah bertempur dengan para penunjuk perasaan Palestin dalam satu siri tunjuk perasaan yang membantah arahan pengusiran tersebut di pekarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur pada hari-hati terakhir Ramadan baru-baru ini.

Ratusan penduduk Palestin cedera dalam kejadian itu manakala Hamas yang mentadbir Gaza memberikan kata dua kepada Israel supaya mengundurkan anggota-anggota polis dari Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat ketiga paling suci dalam agama Islam pada hari Isnin lalu.

Namun, rejim Zionis tidak mempedulikan kata dua tersebut menyebabkan anggota-anggota Hamas melancarkan serangan-serangan roket ke arah Israel sebelum tentera Yahudi itu melancarkan serangan udara yang sehingga kini menyebabkan lebih 100 penduduk Palestin terkorban.

Kuil Gunung atau Temple Mount yang berbentuk segi empat dan empat buah dinding di bahagian tenggara Kota Lama Baitulmaqdis yang terletak di pekarangan Masjid Al-Aqsa juga adalah tempat suci bagi agama Yahudi.

Sejak Isnin lalu, Tentera Israel melancarkan serangan-serangan udara ke atas beberapa sasaran Hamas dengan menggunakan jet-jet pejuang dan helikopter yang menyebabkan beberapa komander kanan Hamas gugur dalam medan pertempuran termasuk penduduk biasa Palestin.

Menurut AFP, beberapa Presiden AS sebelum ini telah cuba untuk menyelesaikan masalah di Asia Barat ketika mereka baharu mentadbir negara tersebut.

Bagaimanapun, pentadbiran Biden dilihat tidak tergesa-gesa untuk menjadi pencetus perdamaian antara Palestin dengan Israel ketika Benjamin Netanyahu masih menjadi Perdana Menteri sementara selepas keputusan pilihan raya umum di Israel pada Mac lalu menunjukkan pakatan politiknya gagal mendapat majoriti di Parlimen.

Ketika sesi pendengaran untuk mengesahkan jawatan Setiausaha Negara AS di Dewan Senat pada Januari lalu, Blinken menyokong usaha-usaha bagi mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka tetapi beliau berkata, secara realitinya adalah sukar melihat penubuhan negara itu dibuat dalam tempoh terdekat.

Semasa pemerintahan Trump, beliau membuang sikap berpura-pura AS yang tidak menyebelahi mana-mana pihak apabila memenuhi beberapa hasrat Netanyahu termasuk mengiktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu negara haram Israel.

Ketika hari-hari terakhir menjadi Presiden AS, Trump menyokong rancangan menantunya merangkap penasihatnya, Jared Kushner tentang cadangan meluaskan lagi pemilikan paksa Israel ke atas beberapa kawasan di Tebing Barat sebagai pertukaran untuk Palestin menerima wang daripada negara-negara Arab yang kaya selain mendapatkan sebuah negara kecil dan merdeka serta mempunyai sebuah ibu negara di pinggir Baitulmaqdis.

Lebih mengejutkan Trump juga berjaya mendapatkan pengiktirafan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAS), Bahrain, Maghribi dan Sudan untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Israel pada tahun lalu.

Senator Bernie Sanders yang pernah bersaing dengan Biden untuk merebut pencalonan sebagai calon Presiden AS pernah berkata, AS perlu menyatakan dengan tegas bahawa ia menentang keganasan yang dilakukan oleh Israel.

Satu rang undang-undang yang disokong oleh anggota-anggota parti yang disertai Biden iaitu Demokrat pada bulan lalu telah melarang sebarang bantuan diberikan oleh AS bagi menyokong pertambahan kawasan peneroka haram Yahudi, merobohkan rumah penduduk Palestin atau menahan kanak-kanak Palestin termasuk di Baitulmaqdis.

Pada Selasa lalu, agensi berita Anadolu Agency melaporkan, Sanders berkata, AS perlu membuat desakan supaya gencatan senjata diadakan selain menamatkan aktiviti haram peneroka haram Yahudi.

"Dan kita (AS) perlu membuat komitmen untuk bekerjasama dengan Israel dan Palestin untuk menamatkan konflik ini (pertempuran antara rejim Zionis dengan Palestin)," katanya seperti dilaporkan oleh agensi berita itu. - Agensi




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Biden dah replied la...dia kata tak masuk campur hal ni, tapi tambah kata :"Israel ada hak utk mempertahankan diri..."

Dan senjata amerika yahudi yg palinh canggih mmg disalurkan kpd israel
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaga...lihatlah media melayu islam sendiru tak laporkan bhw Biden ni kata :"Israel ada hak utk pertahankan diri.."

Betul2 anjing kpd amerika yahudi yg bernama islan
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat twitter yg bersorak sgt biden menang haritu la mangkok yg sama  jugak bersolidariti palestin ke hulu ke hilir.muka x tau malu.xdak conscious langsung .
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tentulah dia kafir laknat lagi buat2 x faham.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:50 PM | Show all posts
alesandra replied at 16-5-2021 02:01 PM
Kat twitter yg bersorak sgt biden menang haritu la mangkok yg sama  jugak bersolidariti palestin ke  ...

Yg skong2 Pkcik Bidin ni dh tntu lh psl legasi LGBTQ+ msih d truskn. Klau c Bidin ni x truskn legasi tu, mmg dh lama kna cancelledt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kamala Harris pun dh ckap US stand with Israel….. ms election lepas iols mmg berharap sgat Trump menang
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 16-5-2021 02:50 PM
Yg skong2 Pkcik Bidin ni dh tntu lh psl legasi LGBTQ+ msih d truskn. Klau c Bidin ni x truskn lega ...

Bukan pasal lgbt apa sgt la..dah biden masa kempen calon presiden acah2 democrat sejati hormat hak asasi manusia.majoriti muslim kt usa rmai undi biden pun.dia pun menongang muslim jadi calon senat mcm ilhan omar tu.hipokrit je diorg ni.kalau mike pence kata i stand  with israel tu xde la heran sgt..dah sejak bila usa bukan pro israel ??? yg aku menyampah hipokrasi dan org yg bodo menyokong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Si biden mmg zionist pon. Dia sendiri ngaku da. Hehehh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm United Nation, Israel tiada hak menetap di Palestin, drp undian kuasa veto dlm UN, semua negara2 rejected Israel, kecuali Amerika yg sokong Israel.

Jadi sepatutnya Israel adalah langgar undang2 UN, tapi kenapa Israel tetap menceroboh tanah org lain? Jawapannya, amerika sekali lagi tak peduli UN dan annouced Israel adalah legal.

Sama seperti cara Amerika tak peduli ICLOS, dan suruh filipina buat satu mahkamah palsu yg mewakili ICLOS utk bicara pulau yg ada dispute dgn china. Juga, Amerika tak peduli WHO, tak membenarkan WHO utk siasat punca kejadian wabak covid di Amerika
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 10:46 PM | Show all posts
hahaha Trump iktiraf baitul muqaddis as the capital state of Israel ( so siapa soko trump ?????)
then Joe Biden kata : hmm....dia sokong sapa


betul tak i kata sesiapaun kepala presiden di US foreign policy depa tang palestine and israel tu  yg menarik
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
bidin dgn midin dekat sini lebih kurang jer perangai
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 16-5-2021 02:54 PM
Kamala Harris pun dh ckap US stand with Israel….. ms election lepas iols mmg berharap sgat Trump me ...

sama la iols mngharapkan trumph menang even heols bukan la baik pun tapi sekurang kurangnya x de peperangan masa era dia.. malah dia jugak bwk balik tentera usa dari afghan & iraq sebab menghabiskan duit negara jer.. heols jugak sibuk nk baik2 kan pemimpin arab dgn israel.. x kisah la heols jahat pun janji x de pertumpahan darah x sanggup tgok budak2 terbunuh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 02:02 AM | Show all posts
lagi herlokkkk trump yang semua orang benci dulu memerintah...
sebab trump tu tak berminat untuk berperang pun...

biden ni pun iols rasa tak lama jugak la ala2 kerajaan tak sampai sepenggal...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Senyap tak berkutik.. sbb israel ada lobi yg besar dlm kerajaan US..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 12:19 AM | Show all posts

Biden talam dua muka.

satu side hantar convoy utk "talk ceasefire"

satu side lagi "Biden administration approves $735 million weapons sale to Israel"


Tu la korang dulu kemain kutuk Trump.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak sokong jah tindakan Joehari Biden dan Kamala binti Harris
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 11:44 PM | Show all posts
alesandra replied at 16-5-2021 03:50 PM
Bukan pasal lgbt apa sgt la..dah biden masa kempen calon presiden acah2 democrat sejati hormat hak ...

Iol sbut psl LGBTQ+ tu psl kat sna klau siapa2 yg mngagungkn puak ni, mmg x kan d cancelledt. Periodt.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat celah ketiak mummy zionis.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
haifawehbe replied at 17-5-2021 01:57 AM
sama la iols mngharapkan trumph menang even heols bukan la baik pun tapi sekurang kurangnya x de p ...

tapi trumph juga yg mula iktiraf baitulmaqdis sbg ibu negara israel
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.803093 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list