CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1144|Reply: 8

[Tempatan] Jangkaan kerana tahun lepas PKP1.0 ramai berkurung ledakan byk kelahiran tahun n

[Copy link]
Post time 16-5-2021 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Jangkaan ledakan kelahiran tak berlaku, Malaysia ke arah negara menua
Bernama
Diterbitkan 16 May 2021, 11:16 am

Baru setahun yang lalu, ketika sekatan pergerakan ketat kali pertama dikenakan dan orang ramai kebanyakannya berkurung di rumah mereka, banyak pihak yang menjangkakan kemungkinan akan berlaku ledakan kelahiran di Malaysia, Namun setahun kemudiannya jangkaan itu ternyata meleset sama sekali.

Sebaliknya unjuran populasi bagi tempoh 2010-2040 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan bahawa Malaysia mungkin menjadi negara menua menjelang 2030 dengan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas melepasi paras 15 peratus daripada jumlah penduduk.

Kedua-dua situasi itu mencetuskan kebimbangan kerana negara menua akan menjejaskan tenaga kerja negara serta ekonomi secara keseluruhannya dan peningkatan warga emas akan menyebabkan kerajaan terpaksa menggunakan sebahagian besar dananya untuk menyokong peningkatan pemintaan terhadap penjagaan kesihatan dan pencen.

Kelahiran Bayi

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berdasarkan data yang diperoleh DOSM, jumlah kelahiran bayi baharu di dalam negara tidak begitu tinggi seperti yang dijangkakan. Menurutnya, salah satu faktor termasuklah penangguhan majlis perkahwinan pasangan bagi mengelak penularan pandemik COVID-19.

“Bagaimanapun kita juga melihat beberapa pasangan (yang sudah berkahwin) yang sebelum ini berdepan kesulitan mendapatkan anak memperoleh kesan positif daripada kurangnya pergerakan sepanjang pandemik ini dan berjaya melahirkan bayi.

“Tetapi, melihat kepada sudut yang lebih luas, antara faktor lain yang menyebabkan penurunan populasi muda juga disebabkan masyarakat yang lebih cenderung untuk memilih kerjaya mereka dan gaya hidup yang lebih bebas daripada komitmen.

“Selain daripada itu, ada juga pasangan yang berkahwin di lewat usia yang kemungkinan sesetengah daripada kalangan mereka mempunyai masalah kesuburan,” kata Mohd Uzir berkata kepada Bernama.

Sementara itu, Profesor Ekonomi daripada Universiti Sunway Yeah Kim Leng berkata peningkatan kos hidup merupakan satu lagi faktor yang mengekang pasangan daripada mempunyai anak.

Beliau berkata, kira-kira 80 peratus daripada populasi Malaysia tinggal di kawasan bandar.

“Ia melibatkan bukan hanya kos menyediakan pendidikan yang baik tetapi juga perbelanjaan tambahan bagi aktiviti sukan, hiburan, seni dan budaya yang merupakan sebahagian daipada gaya hidup di bandar,” kata Yeah.

Negara Menua dan Impaknya ke Atas Ekonomi

Mengikut data terkini yang dikeluarkan DOSM bagi 2020 penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah sebanyak 32.7 juta, terdiri daripada 90.9 peratus (29.7 juta) warganegara dan 9.1 peratus (3 juta) bukan warganegara. Kadar pertumbuhan tahunan berada pada 0.4 peratus, menunjukkan aliran pertumbuhan perlahan.

Pada 2020, populasi berusia 60 tahun dan ke atas meningkat daripada 3.4 juta (2019) kepada 3.5 juta yang mewakili 10.7 peratus daripada jumlah penduduk, manakala penduduk bersia 65 tahun dan ke atas meningkat daripada 2.2 juta (2019) kepada 2.3 juta (2020) membentuk 7.0 peratus daripada jumlah penduduk.

Populasi muda (usia 0-14 tahun) turun sepanjang tahun, yang hanya membentuk 23.3 peratus atau 7.6 juta, manakala penduduk usia bekerja (15-64 tahun) susut kepada 69.7 peratus (22.8 juta).

Sebaliknya, penduduk lebih berusia (65 tahun dan ke atas) meningkat kepada 7.0 peratus (2.3 juta).

Prof Yeah berkata perubahan demografi akan menyebabkan peralihan dalam penggunaan isi rumah dan corak tabungan.

“Implikasi penting adalah kita perlu berdepan dengan isu dan cabaran sosial dan ekonomi berkaitan dengan penduduk menua lebih awal lagi,” katanya.

Beliau berkata peningkatan penduduk usia bekerja di Malaysia (usia 15-64) memuncak pada 2018 dan 2019 dan mula menurun pada 2020.

Ini, katanya, bermakna potensi dividen demografi atau pertumbuhan ekonomi negara daripada pengembangan populasi usia bekerja telah mula menyusut apabila bahagian tanggungan, terutamanya yang berusia 65 tahun dan ke atas meningkat tinggi.

Mohd Uzir berkata sekiranya kadar populasi muda di negara ini berkurangan, ia akan menyebabkan berkurangnya pengutipan cukai kepada negara.

“Mungkin pada suatu masa kita (populasi yang bekerja) perlu membayar cukai yang lebih kerana ia merupakan salah satu sumber hasil negara.

“Selain daripada itu, ada kemungkinan juga negara perlu menyediakan sistem pekerjaan kepada orang yang sudah berumur supaya mereka mempunyai wang simpanan mereka sendiri. Bagaimanapun ia bukanlah seperti pekerjaan di pejabat dan tidak memerlukan tenaga yang banyak," katanya.

Penawaran Buruh yang Berkurangan

Pertumbuhan perlahan populasi ditambah dengan kadar kesuburan dan kelahiran yang rendah akan membawa kepada pengurangan penawaran buruh.

Prof Yeah berkata peningkatan perlahan jumlah populasi, terutamanya dalam kumpulan usia bekerja (16-64) yang susut kepada 0.4 peratus pada 2020 berbanding tiga peratus setahun dalam dekad-dekad sebelum ini telah mengurangkan kemasukan penyertaan baharu dalam pasaran buruh.

“Ini membantu mengurangkan peningkatan kadar pengangguran semasa kegawatan ekonomi seperti yang dialami ketika ini.

“Bagaimanapun, apabila aktiviti ekonomi meningkat dan pekerjaan penuh berlaku, negara mungkin berdepan kekurangan tenaga kerja yang akan membantutkan lagi pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Keadaan semakin ketara sekarang apabila kerajaan mengehadkan pengambilan pekerja asing.

“Kuantiti pengeluaran, hasil dan produktiviti sektor makanan dan pertanian perladangan negara terjejas oleh kekurangan buruh dan peningkatan kos baja dan input lain,” katanya.

Walaupun teknologi pertanian canggih digunakan bagi meningkatkan hasil tanaman, kualiti dan keuntungan, sektor tersebut masih memerlukan tenaga kerja tempatan yang kukuh dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.

Beliau berkata ketika aktiviti ekonomi meningkat dalam fasa pemulihan semasa, kadar pengangguran negara pada 4.8 peratus yang dilaporkan pada Februari dijangka menurun.

Sokongan daripada Kerajaan

“Sokongan dan insentif kerajaan untuk mengurangkan kos penjagaan anak seperti memberi subsidi kepada pusat penjagaan kanak-kanak dan tadika penting bagi mengurangkan kos sara hidup bagi mereka yang ingin memiliki lebih ramai anak,” katanya.

Selain itu, ahli ekonomi berkenaan berkata cuti bersalin dan paterniti yang lebih panjang yang diberikan oleh kerajaan adalah langkah yang sewajarnya bagi memastikan purata saiz keluarga melebihi nisbah penggantian dua.

Pertumbuhan pendapatan isi rumah perlu melebihi peningkatan kos hidup namun ia menjadi semakin sukar dengan peningkatan bilangan tanggungan.

Pelepasan cukai lebih tinggi berdasarkan kepada bilangan tanggungan akan menggalakkan ibu bapa bekerja untuk menimbang memiliki lebih ramai anak, sarannya.

Bagi populasi berusia, kerajaan perlu bersedia untuk berdepan dengan cabaran itu.

Antara cara untuk menanganinya ialah dengan menggalakkan populasi berusia agar terus aktif menggunakan minda mereka untuk mengelakkan mereka menjadi nyanyuk.

Selain itu aktiviti sukarelawan perlu diadakan di setiap komuniti bagi memberi peluang kepada golongan warga emas berkongsi pengalaman dengan masyarakat dan membolehkan mereka terus menyumbang kepada negara, kata Mohd Uzir.

Forum Ekonomi Dunia

Menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), Singapura merupakan satu daripada negara yang memiliki masyarakat sedang menua paling ketara di dunia dengan jangkaan hayat sekitar 83 tahun.

Kerajaannya banyak melabur dalam inisiatif pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan potensi modal insan masyarakat serta menggalakkan pembangunan peribadi dan integrasi sosial, demikian menurut sebuah artikel yang dikeluarkan pada Februari 2020.

Jepun yang merupakan sebuah lagi negara Asia yang memiliki populasi semakin menua di Asia telah mengambil pelbagai pendekatan bagi menampung keperluan penduduk Jepun dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Ketika ini, kira-kira 25 peratus daripada penduduk Jepun berusia di atas 65 tahun dan ia dijangka meningkat kepada 40 peratus menjelang 2060

Antara lainnya, Jepun melaksanakan pelan Long-Term Care Insurance menyeluruh yang dikenali sebagai satu daripada insurans kesihatan paling komprehensif dan berpatutan di dunia.

Dari segi ekonomi, kerajaan Jepun juga memberi dorongan kepada pewujudan Teknologi Perubatan dan industri penjagaan orang tua dengan memanfaatkan kepakaran Jepun dalam pembuatan perindustrian, reka bentuk dan perkhidmatan pelanggan.

Sebagai contoh, dibantu oleh pembiayaan daripada kerajaan, syarikat Jepun kini melabur dalam mereka bentuk robot seperti ‘Paro the robotic seal’ bantuan penjagaan mekanikal bagi pengasuh dan terapi regenaratif dan sel yang inovatif, demikian menurut artikel tersebut yang bertajuk “These countries are most ready to deal with ageing populations.”

Umur penduduk yang panjang akan mempengaruhi setiap aspek sesebuah negara. Negara-negara perlu mengambil pendekatan kerajaan secara keseluruhan bagi memastikan mereka telah bersiap sedia untuk meraih keuntungan daripada manfaat usia yang panjang, kata laporan itu

Justeru, kerajaan Malaysia juga perlu mula melakukan sumbang saran bagi mencari jalan untuk menangani perkara tersebut.  

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 03:53 PM | Show all posts
cerdik apa nak romen time ekonomi meleset nak pancut dalam pun berkira harga kondom nak2 lg perisa tart nenas macam forumer fetish tart nenas confirm harga mahal kondom itu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:02 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-5-2021 04:04 PM

hahaha

alahai

i 've never thought that  this issue would come out ? hahahaha of all the issues we are facing now.

ya Allah,  u know dalam kegentingan  isu covid-19, Isu palestine-israel , ekonomi etc

heheheh bila ada isu ni i was like hmm...dalam sisi perspektif lain , hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing iols yang menambah anak. Lepas tu neuter and spay.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:16 PM | Show all posts
benda ni nampak picisan tp menggambarkan suasana ekonomi zaman skrang ni. dulu2 umur 23thn kawen dh kire lewat la tu, tp dulu gaji rm1k pun dah kire banyak siap boleh beli rumah. skrang ni ko umur 23thn gaji pun rm1.5k, makan sendiri pun tak lepas ni plak nak tanggung anak bini
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rmi cerai jaHehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
penceraian bertambah rasanya.....

rakyat stress....mana yg kena buang kerja, yg kena potong gaji, yg kerja sendiri lg lah tension....

doakn yg baik baik je lahhhj
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu takkn nk beranak mcm arnab zaman2 org ramai yg susah sb kobid ni..
Dah kalo takut sgt org tua je byk, bior je yg tua2 kna kobid ni mati, x yah masuk spital..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg beringat, ekonomi tak menentu lepas covid merebak ni. Kalau mampu takpe ler.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062539 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list