CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4327|Reply: 44

[Tempatan] Situasi PKRC Maeps. Semakin banyak pesakit Covid-19 kategori 3. Katil ditambah k

[Copy link]
Post time 16-5-2021 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Situasi PKRC Maeps makin mencabar, katil ditambah kepada 1,000
Diterbitkan 16 May 2021, 3:01 pm
Dikemaskini 3:01 pm



Situasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) semakin mencabar dengan kemasukan lebih ramai pesakit Covid-19 bagi kategori 3.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan, pada awalnya PKRC MAEPS hanya mempunyai sebanyak 60 katil untuk pesakit kategori 3 pada awal Januari lalu tetapi kini PKRC Bersepadu MAEPS menempatkan seramai 757 pesakit kategori berkenaan.

Sehubungan itu JKNS bercadang menambah kapasiti kepada 1,000 katil bagi menyokong sistem kesihatan di Lembah Klang selaras dengan peningkatan angka pesakit Covid-19 terkini.

"Oleh yg demikian, pesakit dengan kategori 3 ditempatkan di dewan-dewan yang berdekatan dengan ICU sementara supaya pemantauan lebih rapi dapat dilaksanakan manakala pesakit kategori 1 & 2 yang stabil ditempatkan di dewan DG.

"Bagaimanapun, pihak PKRC cuba sebaik mungkin memisahkan kategori pesakit warganegara dan bukan warganegara di dewan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pesakit kategori 1 dan 2 Covid-19 merupakan pesakit yang tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, manakala kategori 3 adalah pesakit dengan gejala sederhana.

PKRC Maeps pada awalnya bertujuan menempatkan pesakit kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah sahaja, namun diperluas kepada pesakit kategori 3 akibat peningkatan jumlah kes harian Covid-19.

Terdahulu, beberapa pengguna Twitter mengadu mengenai proses pendaftaran di Pusat Penilaian Covid (CAC) di Stadium Melawati, Shah Alam dan juga keadaan di PKRC Maeps.

Seorang wanita menceritakan pengalaman bapanya yang diberitahu oleh pegawai Kementerian Kesihatan  supaya tidak perlu menjalani ujian RT-PCR dan perlu ke Stadium CAC Melawati keesokan harinya.

Namun, ketika bapanya tiba di CAC, dia diberitahu oleh doktor bahawa mereka memerlukan keputusan ujian RT-PCR sebelum dimaklumkan untuk pulang ke rumah.

Seorang lagi pengguna Twitter menceritakan pengalamannya menunggu sembilan jam di CAC Stadium Melawati sebelum terpaksa menunggu dua jam untuk mendaftar di PKRC Maeps.

Lelaki berkenaan juga mengatakan rasa terkejut apabila dia dihantar ke kawasan tempat letak kereta di Maeps yang telah diubah suai untuk menempatkan katil pesakit.

Sementara itu, PKRC MAEPS mengucapkan terima kasih dan menyambut baik aduan berhubung isu proses kemasukan berkenaan dan akan melakukan penambahbaikan proses tersebut daripada masa ke semasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan semua lebih2 lg frontliners. Semoga diberi kesembuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan dan cepat sembuh semuanya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dimudahkan semuanya..
Harap orang selangor insaflah bila baca ni.. Sila follow sop & duduk rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Astagfirullah hal azim...
Kalu org selangor still nak kesana kesini .. x tau nak kata apa ..
Duduk la kat rumah and patuh sop
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aip...kategori 3 pun beramai2 kt maeps tu...kalo sesak nor..ada icu kosong msk la icu..kalo takdo?aiii ra'yat malaysia ni sedar dak oii?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-5-2021 04:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sebab dalam kepala dah terpahat, apa2 jadi salahkan saja kerajaan, dan diri sendiri takkan terkena walau ngelat sop

bila dah kena, cOviD iS reAL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Maeps tempat bergelek aje bak kata covidiot
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi lah mall.. Tgk bapa ramai bertenggek... Mujurlah da x boleh dine in.. Klu x full manjang.. Kite jaga kite da x blh pakai langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh ngko kata situ tmpt bhibur bmain.. Ha. Amikkkk.. Makin ramai masuk.. Agk2 mkn kos sape tanggung? Solat cmne ye.. Ke sume cuti solat gk..

First wave ko maki cluster tabligh.. Now tgkla.. Sume usaha makin ke laut.. Well done
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok parking almost full pung dah tahu
Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok2 tambah la katil tu smpi ke dataran bawah maeps tu skali
Dah alang2 ramai bongok sgt x patuh sop khueeen
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut tengok pics..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:53 PM | Show all posts
semoga tiada minum arak dan buat judi dalam dewan maeps
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dahsyatnya....

thn lepas atil 1000, brp kerat je yg pesakit covid penuhkan.....thn ni mcm tak cukup je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 05:07 PM | Show all posts
18 mei ni suntikan ke 2.. kita jaga kita. tetap jaga SOP supaya kita tk susahkan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak insaf lagi ni, tak tau nak kata apa.

Sama2 ler mainkan peranan utk kekang covid ni daripada terus merebak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingerenault at 16-5-2021 05:16 PM
Normabaru replied at 16-5-2021 04:33 PM
Dh ngko kata situ tmpt bhibur bmain.. Ha. Amikkkk.. Makin ramai masuk.. Agk2 mkn kos sape tanggung?  ...


Anak jiran aku kata kalau tak boleh solat berdiri, kita duduk, kalau tak boleh duduk baring, kalau baring pun tak boleh dgn isyarat dari salah satu pancarindra pun boleh....

Kheunz? So wats the problem?

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2021 06:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.487289 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list