CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 871|Reply: 2

[Tempatan] Bekalan ikan, sayur sekitar Lembah Klang pulih esok. Pasar Borong KL tutup sebab

[Copy link]
Post time 16-5-2021 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Bekalan ikan, sayur pulih esok
Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Masalah kekurangan bekalan ikan dan sayuran yang dialami peniaga di beberapa pasar di sekitar Lembah Klang dijangka pulih selepas Pasar Borong Kuala Lumpur akan beroperasi semula esok.

Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata, pihaknya yang melakukan tinjauan pagi hari ini mengakui peniaga kecil berdepan sedikit masalah mendapatkan bekalan ikan dari pasar borong terbabit.

"Keadaan itu berlaku disebabkan penutupan pasar borong itu selain operasi perniagaan di pasar borong lain yang belum dibuka sepenuhnya ekoran cuti Aidilfitri.

"Jangkaan saya bekalan akan mula kembali normal esok selepas Pasar Borong Kuala Lumpur dibuka kembali," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai luahan peniaga kecil yang mendakwa bekalan ikan dan sayuran terhad.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan menutup operasi bahagian ikan di pasar borong itu berakhir hari ini, berikutan ada beberapa kes Covid-19 membabitkan operator dan pekerja di pasar berkenaan.

Azman berkata, tinjauan pihaknya di pasar borong lain dan pasar raya di sekitar Lembah Klang mendapati bekalan ikan, ayam, daging dan sayuran masih mencukupi.

Beliau berkata, harga yang dijual juga masih di bawah kawalan meskipun ada bekalan seperti ayam dan daging mendapat permintaan tinggi pada musim perayaan.

"Berdasarkan tinjauan di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan dan Pasar Borong Selayang serta beberapa pasar raya besar lain mendapati bekalan masih ada dan mencukupi.

"Ada peniaga yang masih bercuti dan menutup operasi perniagaannya menyebabkan bekalan kepada peniaga kecil ini terganggu.

"Bagi peniaga kecil, kebanyakan mereka bergantung kepada bekalan di pasar borong menyebabkan ada di antara mereka yang terganggu bekalan.

"Namun, bagi peniaga yang mendapatkan bekalan secara terus dengan pembekal, bekalan mereka masih mencukupi dan tiada masalah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga menjalankan penguatkuasaan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di semua pasar borong dan pasar raya selain memantau bekalan keperluan harian.

"Ada beberapa penambahbahbaikan yang kita minta pasar raya lakukan termasuk tiada lagi aktiviti memotong ayam. Ini untuk mengelakkan pengunjung berkerumun di kawasan itu sekali gus menyukarkan penjarakan sosial," katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh membuat aduan menerusi portal e-aduan KPDNHEP; Call Centre 1-800-886-800; e-mel kepada e-aduan@kpdnhep.gov.my; Ez ADU KPDNHEP; Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245 atau WhatsApp kepada 019-2794317.

Disiarkan pada: Mei 16, 2021 @ 5:33pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
""Ada beberapa penambahbahbaikan yang kita minta pasar raya lakukan termasuk tiada lagi aktiviti memotong ayam. Ini untuk mengelakkan pengunjung berkerumun di kawasan itu sekali gus menyukarkan penjarakan sosial," katanya.""

Acik2 kena standby cleaver kt umah masing2 nk potong ayam sekor..hihihih..n bersedia lah nak buang segala mala kt dlm tuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tesco sini dah lama taknak siangkan ikan. Aku pun dh lama lah tak beli kt situ. Harga sama tapi kena siang sendiri. Mmg taklah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.061151 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list