CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1400|Reply: 5

[Sarawak] Covid19 16/05/2021

[Copy link]
Post time 16-5-2021 06:02 PM | Show all posts |Read mode


Sarawak mencatatkan 405 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 267 atau 65.92 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Miri, Sibu, Kuching, Pusa dan Bintulu.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah

Miri (98),

Sibu (54),

Kuching (42),

Pusa (37),

Bintulu (36),

Kanowit (24),

Kapit (21),

Song (17),

Sri Aman (11),

Pakan (9),

Serian ( 8 ) ,

Sarikei ( 8 ),

Subis (7),

Saratok (6),

Selangau (4),

Bau (4),

Samarahan (4),

Betong (3),

Beluru (3),

Sebauh (3),

Lundu (2),

Merdaong (2),

Tebedu (1)  

Belaga (1).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 38,383 kes.

Daripada 405 kes baharu yang dilaporkan seramai 43 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 344 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:
• 277 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (6 kes bergejala).
• 66 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (Tiada kes bergejala).
• 36 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
• 25 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (1 kes bergejala).
• 1 kes melibatkan individu yang balik dari luar negara (Import A) iaitu dari negara Papua New Guinea (Tidak bergejala)



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2021 06:17 PM | Show all posts
Hari ini terdapat lima (5) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 224 orang.

I. Kes Kematian Ke-220.
Kes kematian ke-220 adalah kes ke-26,183 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 78 tahun telah menerima rawatan di Hospital Bintulu kerana saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 pada 22 April 2021 dengan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.
Kes juga didapati mempunyai sejarah batuk dan demam sejak seminggu yang lalu yang kemudiannya reda.

Kes dimasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC) dan telah dirujuk terus ke Hospital Bintulu apabila mulai mengalami kesesakan pernafasan.

Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 07 Mei 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, penyakit paru obstruktif kronik.

II. Kes Kematian Ke-221.
Kes kematian ke-221 adalah kes ke-37,705 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 52 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Mukah kerana mengalami kelesuan, cirit birit dan kesakitan di bahagian perut sejak 2 hari yang lalu.

Saringan COVID-19 dengan Rapid Test Kit antigen pada 11 Mei 2021 adalah positif COVID-19.

Kes telah dirujuk ke Hospital Bintulu untuk rawatan selanjutnya.

Swab bagi ujian rT-PCR pada 13 Mei 2021 adalah positif COVID-19.

Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 12 Mei 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang tahap akhir.

III. Kes Kematian Ke-222.
Kes kematian ke-222 adalah kes ke-30,301 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 65 tahun telah menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC) apabila saringan pengesanan kes aktif di kawasan berisiko tinggi pada 26 April 2021 dengan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.

Kes didapati mempunyai sejarah batuk, hilang deria bau dan kurang selera makan sejak beberapa hari yang lepas.

Kes telah dirujuk terus ke Hospital Bintulu kerana mulai mengalami kesesakan pernafasan.

Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 13 Mei 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia. Kes juga adalah dari Kluster Batu 25.

IV. Kes Kematian Ke-223.
Kes kematian ke-223 adalah kes ke-32,682 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 29 tahun telah dirujuk ke Hospital Bintulu dari sebuah klinik swasta kerana megnalami gejala demam.

Kes telah dimasukan ke wad dan swab pada 04 Mei 2021 bagi menjalani ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.

Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 13 Mei 2021.

Kes mempunyai ko-morbid obesiti.

V. Kes Kematian Ke-224.
Kes kematian ke-224 adalah kes ke-34,759 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 92 tahun telah ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC) apabila swab pada 05 Mei 2021 bagi saringan kontak rapat kes positif dengan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.

Kes dirujuk terus ke Hospital Bintulu disebabkan kemerosotan keadaan buah pinggang.

Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 15 Mei 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit dislipidemia, darah tinggi dan penyakit buat pinggang kronik.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2021 06:18 PM | Show all posts
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) kluster baharu iaitu Kluster Kampung Boyan, Kuching. Ringkasan kluster tersebut adalah seperti berikut:

I. Kluster Kampung Boyan, Kuching
Kluster Kampung Boyan merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan tiga (3) buah keluarga di Kampung Boyan di Kuching. Sejumlah 69 individu telah disaring di mana:
• 19 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; dan
• 50 kes didapati negative.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2021 06:22 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 11:08 AM | Show all posts

ada jak lah berita palsu..
baca jak jangan forward
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2021 12:33 AM | Show all posts
Vellfire replied at 17-5-2021 11:08 AM
ada jak lah berita palsu..
baca jak jangan forward
nak molah berita palsu ya ... apa lah dapat ...
selain dari kepuasan menipu




Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.055077 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list