CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12280|Reply: 121

[Tempatan] Bekas penggodam,Aman Shah kata Sistem bank Malaysia tidak selamat."sekarang

  [Copy link]
Post time 18-5-2021 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Terlalu banyak kelemahan dalam sesetengah sistem perbankan di negara ini membolehkan penggodam memintasnya sekali gus merisikokan wang pendeposit hilang.

Bekas penggodam, Aman Shah Ahmad yang juga pakar teknologi maklumat (IT) mendakwa, sistem yang digunakan oleh beberapa bank di Malaysia bersifat copy and paste daripada sistem terdahulu.
Dakwa beliau, tindakan sesetengah bank menggunakan perisian (software) serta program bersifat terbuka (open source) mengakibatkan wujud kelompongan yang mendedahkannya kepada ancaman penggodam.

Justeru, katanya kepada Mingguan Malaysia, kelompongan inilah membolehkan penggodam memintas sistem keselamatan sesetengah bank dengan mudah.

“Jika kita cakap pasal struktur keselamatan bank, sebenarnya banyak lompong. Bila orang macam saya ini godam, baru orang sedar. Sistem sekarang ini juga macam itu, sebenarnya ‘cucu’ sahaja kepada sistem yang terdahulu.

“Yang ada sekarang ini adalah ‘cucu’ kepada sistem dahulu, sebab itu contohnya Windows ada versi 2.0, 3.0 dan 2000 misalnya. Semua sama sahaja. Saya beritahu, sekarang lagi senang nak godam. Kamu bagi saya laptop sekarang, besok saya boleh pindahkan wang. Nak buat atau tak sahaja,” katanya ketika ditemui di sini Rabu lalu.

Aman Shah, 54, yang pada 1990 didakwa atas kesalahan pecah amanah membabitkan puluhan juta ringgit sewaktu bertugas di sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, berdasarkan pemerhatian, masih terdapat 20 peratus kelemahan dalam sistem keselamatan bank sekarang.

Beliau diminta mengulas mengenai wujudnya aduan daripada orang ramai mengenai wang mereka hilang daripada akaun ban walaupun tidak melakukan transaksi pengeluaran.

Kata Aman Shah, kesilapan paling ketara yang dilihat adalah tindakan sesetengah bank yang ingin menjimatkan kos dengan membangunkan sistem keselamatan yang kurang optima.

“Bank-bank pakai apa sekarang? Firewall? Saya perasan sesetengah bank di Malaysia sekarang, kesilapan paling ketara, banyak program dalam itu mereka nak jimat kos. Mereka guna open source sahaja, bermakna ia kurang selamat,” katanya.

Menjelaskan lagi beliau berkata, urusan membangun keselamatan sistem perbankan harus dilakukan oleh pakar IT yang mempunyai merit, dan bukan dipilih dalam kalangan kroni yang tidak layak.
Hal ini, katanya supaya meningkatkan keyakinan pendeposit agar tidak membuat pengeluaran wang besar-besaran, yang boleh melumpuhkan ekonomi negara.

“Di Malaysia ini, maaf cakap, ia bukan tentang merit. Orang yang membangunkan sistem keselamatan perbankan pun, ada kait dengan pihak atasan. Jadi kamu tiada merit untuk bangunkan sistem itu. Benda ini sampai sekarang berlaku.

“Kalau kamu dedahkan maklumat bahawa sistem itu tak selamat, saya rasa semua orang akan keluarkan duit dari bank masing-masing. Depositor akan lari dan kesannya, musnah ekonomi,” tambahnya. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2021 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah ini Anonymous? Atopon DragonForce?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:02 PM | Show all posts
ala tak perlu hacker...scammer pun terror...cuma guna air liur jer...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:03 PM | Show all posts
wow gambar terbaru ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa dia kata tu betul, haritu pun ada mat salleh dah hack tapi dia hack ATM la.

Kalau online banking pun boleh, dengan syarat pengguna pakai open public wifi macam kat MCD, sekaligus kita boleh dapatkan TAC code dia sekali dengan harapan dia tak perasan atau dengar bunyi SMS.

Sebabtu jangan sesekali gatal pakai public wifi dik walaupun sangkak macam mana sekalipun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2021 03:09 PM | Show all posts
basi daa
cite bulan bape ni aritu da kua surat kabar
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-5-2021 02:59 PM
Adakah ini Anonymous? Atopon DragonForce?

Yang ni otai kaka, bukan level2 anonymous & dragonforce tu. Zaman dia jadi Matrix ala2 movie tu. Boleh lawan agent2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dedulu terkejut jugok dgr nama dia 'wat mende tu'...igtkan penyanyi Aman Shah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm apak dah gayanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupe2nye ini rupe hackers
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu jumpa dia nak gek mintak  dia transfer duit scammer2 tu pada kita.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:38 PM | Show all posts
wow..aman shah dah tak jambu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:39 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 18-5-2021 03:06 PM
Apa dia kata tu betul, haritu pun ada mat salleh dah hack tapi dia hack ATM la.

Kalau online bank ...

Bagi yang tak reti boleh tiru ireland sodok pakai excavator, angkut dgn van

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:41 PM | Show all posts
Amboi gambo
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-5-2021 02:59 PM
Adakah ini Anonymous? Atopon DragonForce?

Bukan. Dia ni pakar IT. Dia ni la yg kes curi 1 sen dlu smpai dpt rm1juta. Dia ada explain kenapa dia buat mcm tu. Sbb dia dah tegur boss dia ckp sistem x selamat tp boss dia xpercaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2021 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mamichik replied at 18-5-2021 03:38 PM
wow..aman shah dah tak jambu lagi

Ni bukan aman shah artis tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo macamni dah rupa dia sekarang ye. Pernah tengok gamba lama dia macam sopan santun je rupa orgnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pd mak dia ni bukan hacker tp lebih kepada pencuri..

Tetiba teringat dia ni pernah couple dgn bini cikkebum cikkebum
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pergi ja kt fb dia. aman shah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-3-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.258667 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list