CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6633|Reply: 21

[Lain-Lain] 3 Filem Seram Ini Punyai Penamat Paling ‘Mindblown’

  [Copy link]
Post time 18-5-2021 07:51 PM | Show all posts |Read mode
3 Filem Seram Ini Punyai Penamat Paling ‘Mindblown’



Sebuah filem perlu mempunyai babak permulaan, klimaks dan pengakhiran yang sangat meyakinkan supaya jalan cerita tersebut tidak menimbulkan tanda tanya kepada para penonton.

Penamat baik akan membuatkan anda sebagai para penonton terus berfikir tentang apa sahaja yang baru ditonton. Sementara itu, pengakhiran yang gagal digarap dengan sempurna hanya akan membuatkan anda berang dan kurang puas hati selepas semuanya selesai.

Kami akan kongsikan tiga filem seram yang mempunyai pengakhiran paling mindblown dalam artikel ini:

1. The Others (2001)



Dibintangi oleh Nicole Kidman dan Fionnula Flanagan, The Others mengisahkan bagaimana seorang ibu bernama Grace Stewart perlu melindungi keluarganya bersendirian selepas tempat tinggal mereka mula mengalami gangguan aneh.

Sepanjang filem ini, terdapat banyak babak bertindak sebagai pembayang yang mampu membantu para penonton teka apa yang bakal berlaku.

Satu perkara yang pasti, kejutan filem ini hanya akan ditemui pada penamatnya yang digarap dengan cantik untuk menyimpul keseluruhan filem ini.

Anda boleh tonton trailer penuh filem ini di bawah.



2. Orphan (2009)



Dibintangi oleh Vera Farmiga dan Isabelle Fuhrman, Orphan mengisahkan pasangan suami isteri bernama Kate dan John yang membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat.

Anak angkat tersebut ialah seorang kanak-kanak bernama Esther yang berusia sembilan tahun. Pada awalnya, Esther kelihatan seperti seorang kanak-kanak biasa tetapi gadis berkenaan mula menunjukkan perangai aneh dan mula bertindak memecah-belahkan keluarga angkatnya sendiri.


Filem ini pula mengambil inspirasi daripada satu penyakit sebenar yang benar-benar mampu berlaku. Anda boleh tonton trailer penuh di bawah.



3. The Platform (2020)



Dalam filem The Platform, manusia diasingkan secara berkumpulan dalam sebuah penjara yang mempunyai beratus-ratus tingkat berbentuk platform. Setiap platform hanya mempunyai dua orang penghuni yang mempunyai kemudahan asas.

Semua individu yang masuk ke penjara tersebut hanya dibenarkan untuk membawa satu barang yang paling mereka perlukan sepanjang berada di sana.

Makanan akan disediakan sekali sehari dan dihidangkan menggunakan lif yang akan turun ke setiap platform untuk dinikmati penghuninya. Agihan makanan yang tidak adil ini telah diangkat menjadi isu utama dalam filem ini.

Setiap watak dalam filem ini adalah cerminan individu yang wujud di dunia sebenar. Terdapat segelintir masyarakat yang masih memikirkan tentang orang bawahan.

Terdapat juga individu yang hanya memikirkan tentang diri mereka sendiri manakala ada yang lebih mementingkan keluarga daripada diri sendiri.

Untuk filem ini pula, penonton perlu bijak memahami dan mentafsir apa yang cuba disampaikan oleh pengarah.



Pada pendapat anda, filem manakah yang paling meninggalkan kesan sebagai seorang penonton?

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
The Sixth Sense tak mind blowing ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
The platform..menunjukkan golongan atasan,kayangan yang tamak.makan bukan sekadar kenyang tapi merosakkan lebihan agar marhaen kebuloq.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
The platform je belum tgk, yg the others tu baru gak tgk sblm puasa walaupun cite tu dah lama.
Filem The Others lebih kurang mcm filem Hidden, plot twist dia tu laaa.

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 08:03 AM | Show all posts
Orphan sedap

cukup2 puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:03 AM | Show all posts
sampai skrg orphan still the best
tgk dr zaman sekolah smpai dh kertu ni pn ingt lagi jalan cerita dia
tgk skali je pn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2021 09:28 AM | Show all posts
Levespa replied at 18-5-2021 08:07 PM
The Sixth Sense tak mind blowing ke?

Agreed.aku rasa antara yang paling mind blowing ah sebab zaman tu still mcm original plot twist dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 12:34 PM | Show all posts
Belibis replied at 18-5-2021 08:31 PM
The platform..menunjukkan golongan atasan,kayangan yang tamak.makan bukan sekadar kenyang tapi meros ...

mslhnye ai masih kompius ending die tu..maksudnye ape tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 19-5-2021 12:34 PM
mslhnye ai masih kompius ending die tu..maksudnye ape tu..

Aku pun tak faham..ha ha..metafora tinggi sangat.
Sebab tu suka layan action movie..kejar2 ,letup2,jahat mati,cerita tamat..klise movie mat saleh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 19-5-2021 12:45 PM
Aku pun tak faham..ha ha..metafora tinggi sangat.
Sebab tu suka layan action movie..kejar2 ,letup ...

Anak tu pon amazing btol dpt selamat..dgn xde mknnyanye..sian lak kwn die yg kene follow tu akhirnye mati..tp stress tol tgk cite tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
The others tu aku suka… mmg x tfkir yg diorg tu yg hantu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 02:11 PM | Show all posts
Orphan, tak jemu tengok
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 10:38 PM | Show all posts
Levespa replied at 18-5-2021 08:07 PM
The Sixth Sense tak mind blowing ke?

ntahnya... aku rase the others tu yg meniru the sixth sense..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
The platform tu menarik
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 04:30 PM | Show all posts
Orphan tu mind blowing...
nobody would have ever thought of such thing...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
the other tu plot twist dia power gile walaupun masa tengok cite tu aku dah tahap fedud apa la yang cuba disampaikan dalam cite ni..

orphan best gile aku macam tak sangka gile..dah la kisah benar..platform tu belum ada rasa nak tengok lagi best ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 02:32 AM | Show all posts
Edited by Helmihenna at 10-7-2021 07:39 PM

Coherence

Kill List

The Conspiracy

The Triangle (not the one on the boat)
https://www.downloadtexasgisdata ... lveston-county-gis/
https://www.downloadtexasgisdata ... rt-bend-county-gis/

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 10:13 PM | Show all posts
Belibis replied at 18-5-2021 08:31 PM
The platform..menunjukkan golongan atasan,kayangan yang tamak.makan bukan sekadar kenyang tapi meros ...

menarik mesej cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 10:18 PM | Show all posts
Semua I dah tengok
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 04:59 PM | Show all posts
semua dh tengok

orphan mmg best sgt2
isabelle furhman performance superb yach

the platform...mesej yg sungguh mendalam ya
jijik sgt

the others...1st time tgk mmg mind blowing
lps tu klu nk tgk lagi tunggu la dlm 3 tahun lagi at least bila ko dh lupe plot, jln cerita dia
so that u can get the blowing again
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.288057 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list