Dalam pada itu, Shahrulezad turut memberitahu yang dia juga pernah menolak pelakon Elvina Mohamad untuk proejek Baby Ana Milik Siapa terbitan Radiusone sebelum ini.
“Dia kena
reject masa
casting sebab
nervous sejenis tak masuk akal sampai nak lari daripada
casting session sebab
give up dan gelabah berdepan dengan abang yang dia kata garang ni.
“Tapi berkat pujukan daripada sahabat abang, pengarah Nizam Zakaria (masa ni Nizam jadi co-director, abang cuma sempat
direct first five episodes sahaja) yang memang cekap kesan artis-artis baharu yang berpotensi, especially yang rupa-rupa helok.
“Elvina akhirnya terselit juga berlakon dalam drama Baby Ana Milik Siapa sebagai pelakon tambahan berdialog. Tetap jugak gelabah tak tahu hujung pangkal bila setiap kali aku kata
action.
“Lepas project tu dia ada berlakon sana sini sikit dan dia muncul semula dalam drama lestari abang, Mariam Alissa dengan Ben Amir. Masa tu abang nampak dah banyak perubahan dan abang
impressed.
And few years after abang panggil dia sekali lagi dalam
Takdir Yang Tertulis –
BAMMM! She really nailed it. Dari budak baru yang
forever gelabah depan aku ni tiba-tiba bertukar menjadi pelakon yang cantik, professional serta
skilled full. Proud of you dik,” tulisnya.