CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14797|Reply: 67

[Tempatan] Pakar Kesihatan Gesa Total Lock Down, Korang Pulak Rasa Macam Mana?

[Copy link]
Post time 19-5-2021 09:47 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Pakar Kesihatan Awam menggesa agar kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya atau total lockdown bagi mengurangkan kes kematian yang berpunca daripada virus Covid-19.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, langkah membenarkan sebahagian sektor dibuka telah menyebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan kes meningkat mendadak.

“Situasi yang dihadapi Malaysia sekarang sangat membimbangkan kerana apabila kes meningkat, sistem perkhidmatan kesihatan dibebani dengan kes yang meningkat mendadak.

“Pada pandangan saya, kita tidak boleh menunggu lagi untuk beberapa ketika sebelum mengambil keputusan drastik sedemikian kerana data telah menunjukkan peningkatan jangkitan Covid-19 yang konsisten di kebanyakan negeri,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambahnya, beliau juga turut mengesyorkan pintu keluar masuk negara ditutup sementara kecuali pada kes-kes yang melibatkan kepentingan negara.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Dr Malina turut mencadangkan beberapa langkah bagi mengurangkan kes kematian akibat Covid-19.

Menurutnya, antara inisiatif yang boleh dilakukan adalah melalui program promosi kesihatan, memberdayakan masyarakat melalui penggunaan alat perlindungan khas serta pengesanan jangkitan dengan lebih awal.

“Nyawa dan kesihatan perlu dipertahankan untuk mengelakkan kadar kematian yang tinggi. Dari segi perubatan, setiap nyawa adalah sangat bernilai,” katanya lagi.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... gesa-total-lockdown
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Single Polls, Total 54 Users voted
75.93% (41)
24.07% (13)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 09:49 AM | Show all posts
total lock down aja la macam nih....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:50 AM | Show all posts
kau keje makan gaji.......dok rumah gaji jalan boleh lah sembang total lockdown la apa la bagai.

kau nk lockdown brp lama? patut nya kau bantu spread awareness......bukannya bagi idea lousy mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:55 AM | Show all posts
PKP Semula - Marah kata kerajaan zalim

Laksana PKPB - Marah kata ia tak cukup berkesan

Perketatkan SOP - Marah sebab rasa terkongkong.

Longgarkan SOP - Marah sebab kes masih tinggi

Tak boleh rentas negeri dan daerah - Marah

Bagi rentas negeri dan daerah - Marah

Buka Sesi Persekolahan - Marah bahaya

Tutup Sesi Persekolah - Marah susah belajar. Anak tiada sapa jaga.

Tutup kilang dan pembinaan - Marah Sekat Rezeki pekerja

Buka kilang dan pembinaan - Maki hamun punca kluster

14 hari Kuarantin - Marah sebab lama sangat susah nak cari makan

10 hari Kuarantin - Tak cukup masa boleh sebar kes

Kuarantin di Hotel - Marah sebab Mahal kena byr

Kuarantin di Hostel Kerajaan - Marah sebab tak selesa/ rasa dianaktiri oleh kerajaan sendiri

Bagi keluarkan KWSP akaun 2 - Marah tu duit sendiri kenapa kerajaan tak bagi bantuan

Tak bagi keluarkan KWSP akaun 1 - Marah lagi sebab tu duit sendiri kenapa nak sekat

Bagi BPN 2021 - Marah sebab hanya bersasar untuk b40/m40

Tak bagi BPN 2021 - Mengamuk sebab rakyat terjejas

Cucuk Vaksin - Marah kata tu agenda Yahudi

Vaksin lambat sampai - Maki kerajaan lembab bagai

Menteri Cucuk Vaksin Dulu - Kenapa Ambik Slot Vaksin Kami?
Kenapa Tak Bagi Frontliners Dulu?

Menteri Tak Cucuk Vaksin Dulu - Kenapa Menteri Takut Vaksin?
Jangan jadikan kami tikus makmal.

Ape pon tak boleh semua tak kena 🤣😂

Tu la netizen, serba serbi kerajaan buat tak kena.

Pesanan kawe buko spital dan balai polis sendiri sb anda seorang yang hebat 🤣
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:55 AM | Show all posts
Sebenarnya lock down ke tak kalau sikap rakyat (kaya or kedana) masih
pentingkan diri xjalan juga. Kesalahan Kerajaan sebab pelaksanaan tak buat
betul2.

Masa PKP 1.0 pun ramai ja rakyat langgar sop. Kerajaan bg ketua keluarga
beli barang si bini pun diseludup nak ikut juga. Dah bagi laki bini beli barang sibuk nak usung anak.
Buatlah apa pun sampai AJM masih akan ada yang langgar.

Mall dibuka untuk beli barang keperluan. Gigih la dok bersalam raya bagai. Si bini polis sibuk la bersalam di jalan. Cuba kerajaan benarkan rentas, si bini nak salam ke suami kat jalan

Peliknya yang langgar sop ni xmampus kena covid pula.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:58 AM | Show all posts
never ending story.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2021 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
batusembilan replied at 19-5-2021 09:50 AM
kau keje makan gaji.......dok rumah gaji jalan boleh lah sembang total lockdown la apa la bagai.

...

Simpanannya dah cukup utk last 7 keturunan la itewww....

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
TT berapa lama kuarantinnya baru muncul?

Atau kena lokap 4 bulan sebab tak mampoo bayar kompaun langgar SOP?


Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 10:10 AM | Show all posts
akak cuma nak tanya kepada so called pakar kesihatan awam UPM ni lah kan, berapa kerat patient covid kat hosp pengajar upm tu? ada 5 orang? ada takkkkk???
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
ONEK replied at 19-5-2021 09:55 AM
PKP Semula - Marah kata kerajaan zalim

Laksana PKPB - Marah kata ia tak cukup berkesan

Hahaha. Kan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ONEK replied at 19-5-2021 09:55 AM
PKP Semula - Marah kata kerajaan zalim

Laksana PKPB - Marah kata ia tak cukup berkesan

Betul tuhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ais_kosong replied at 19-5-2021 09:55 AM
Sebenarnya lock down ke tak kalau sikap rakyat (kaya or kedana) masih
pentingkan diri xjalan juga.  ...

Well said..so.nasib baik ada jugak forrumers berfikiran betul mcm.ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
MelahJanda replied at 19-5-2021 10:10 AM
akak cuma nak tanya kepada so called pakar kesihatan awam UPM ni lah kan, berapa kerat patient covid ...

Adham baba tak nak ke guna hosp uni mcm upm uitm tu sbg pusat rawatan covid..dgr citer smlm dia g jenguk2 hosp uitm sg buloh dah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
batusembilan replied at 19-5-2021 09:50 AM
kau keje makan gaji.......dok rumah gaji jalan boleh lah sembang total lockdown la apa la bagai.

...

Wow taktau pulak spread awareness adalah satu cara yg terpalingggg penting kekang pandemik yg dah masuk 2tahun neh.kat UK haritu agaknya terer giler laa diorg spread awareness ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:47 AM | Show all posts

... ramai ramai lah desak kerajaan utk buat total lockdown ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:47 AM | Show all posts
mrsamz replied at 19-5-2021 10:44 AM
Adham baba tak nak ke guna hosp uni mcm upm uitm tu sbg pusat rawatan covid..dgr citer smlm dia g  ...

nak aje...cuma payah sbb diorg ni ketegaq lain macam..tunggu kkm hantar barang kot or bagi duit, baru nak terima covid patient

hosp dia kosong bukan ada ramai patient..parking pun boleh main bola sepak 4 pasukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 10:49 AM | Show all posts
mmg kena lockdown dlm 4 weeks utk redakan semua ni.. bkn soal mkn gaji atau tak..
ini je caranye.. dr mcm ni yang tak kesudahan..
skrg pn buat pkp mcm ni, peniaga kecil still terjejas.. so until when..
smp lockdown, smbl completekn vaksin..
semua dh tak boleh nk selfish... kita berperang dgn virus kot skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Total lock down klu kayangan dpt exemption n escape penalty all the time mmg xjln jgk
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:54 AM | Show all posts
Setuju dgn lockdown.

Golongan B40 kais pagi makan malam, kais pagi makan subuh mohon utk berpuasa straight 2 minggu. Buka & soq minum ayaq kosong ja.

Tolong buat demi kemaslahatan semua.

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:55 AM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 19-5-2021 10:38 AM
Well said..so.nasib baik ada jugak forrumers berfikiran betul mcm.ni

Thank you
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.091190 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list